Showing posts sorted by date for query TUTORIAL. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query TUTORIAL. Sort by relevance Show all posts

Jul 5, 2012

Tutorial: Memakai Pashmina

1:58 PM 8 Comments
Salam..

Sekarang ramai yang pakai pashmina atau shawl termasuklah aku. Tapi lebih prefer memakai pashmina sebab bila pakai nampak lebih labuh dan kainnya yang tak jarang. Tudung sarung aku jarang pakai. Bawal aku pakai sebab ada banyak stock bawal. Haha..

Jomlah tengok tutorial ni.

Jenis 1


1. Macam biasalah sebelah pendek.
2. Sebelah panjang.
3. Lipat tepi bahagian panjang macam di gambar.
4. Kemudian tarik bahagian yang sudah dilipat tu ke sebelah dan pinkan.
5. Lebihan bahagian panjang tu ikut bawah bahagian pendek, pusingkan ke atas kepala dan pinkan.
6. Bahagian pendek pula di bahagian muka lipat seperti gambar dan pinkan.

Setelah mengikut cara di atas. Bahagian pendek akan dibiar terlepas begitu sahaja selepas dipin pada peringkat ke 6. Kalau korang tak suka, boleh teruskan cara kat bawah ni pula.

 Jenis 2


1. Ambil hujung bucu pashmina bahagian pendek tu. 
2. Tarik ketepi macam dalam gambar.
3. Ha.. pinkanlah supaya tak jatuh. (Guna pin yang dah ada kat situ je)
4. Peace. Hehe~

Tutorial ini hanya menggunakan tiga jarum je. Kalau korang nak ganti dengan butang pon boleh jer. Aku pakai jarum sebab aku lupa mana aku letak butang keronsang aku. Hahaha..Lagi satu aku suka pakai cara ni sebab tak guna butang dekat bawah leher. Tak adalah aku tergaru-garu sebab aku ni elergik pakai butang. Dia jadi gatal. Nak pakai butang emas tak mampu aku karang hilang-hilang. Lalala~

KALAU KORANG RASA LECEH PAKAI MACAM NI. 
PAKAILAH TUDUNG SARUNG JE. KAN SENANG!!! (^^)v

May 18, 2012

Digi Internet RM3 Memang Hebat

4:15 PM 152 Comments
Salam...

Bosankan kalau ada broadband tapi takut nak tengok video dekat youtube atau website yang lain. Takut-takut nanti dah pertengahan bulan kuota dah sampai. Alamatnya internet baru pertengahan bulan dah macam siput. (T_T). Tak ada ke internet yang unlimited sekarang ni dengan harga yang berpatutan?

Ya kepada Digi. Broadband ke internet mobile? Mari sini dekat-dekat aku nak cerita. Meh meh...

Aku pernah pakai broadband celcom dan maxis (aku potong sebab takut dorang blacklist aku. Haha). Service yang diberikan sedikit mengecewakan. Tak pasti pula kalau telco tersebut dah upgrade service tu. Tahun lepas dah start tak pakai broadband celcom (RM60++). Sekarang ni masih lagi pakai broadband maxis (RM40++). Sangat perlu bercatu-catu kalau nak main internet seperti tengok cerita online, download video dan macam-macam yang menyebabkan kuota internet cepat habis. Boleh setakat nak tengok fb, search biasa, dan baca-baca. 

Bila teringin nak tengok cerita. tutorial atau apa-apa dekat youtube. Aku subscribe internet mobile maxis yang RM2/100mb/day. Sebelum ni hanya untuk satu jam je kita boleh guna. Tapi sekarang dah per day pulak. Tetapi... ha ada tapi lagi. Kalau korang dah guna internet lebih dari 100mb, makanya korang dah tak boleh guna dah internet. Sebab dia bukan unlimited. Kesian. Bolehlah setakat nak tengok satu cerita lagi berapa minit nak ending tup-tup sampai mesej yang korang dah guna 100% 100mb tu. 

Sehinggalah aku temui salah seorang pengguna orang kuning (digi) yang dengan selumber badak mendownload sebarangan tanpa henti. Hanya dengan Rm3 korang boleh layan seberapa banyak cerita dan mendownload sampai kering otak nak fikir cerita dan video apa lagi korang nak download. Memang nampak macam mahal dari maxis mobile internet je sebab maxis Rm2/day. Korang tak perlu risau sebab walau pun masa nak beli internet mobile digi ni dia tulis Rm3/100mb. Tetapi dia unlimited dan laju. Happy tak? 

Antara yang perlu korang ingat bila dah subscribe digi internet Rm3 tu ialah:

1. Tempoh 12 am - 12 am (bukan sistem rotate. Er maksudnya kalau korang subscribe pukul 2 petang, dia tetap akan tamat pada 12am)

2, Automatik tolak kredit RM3 kita bila dah pukul 12 am kalau korang tak hentikan langganan. Memang macam tu kot style dia. Dah tolak baru hantar mesej. Grr... Tapi kalau korang memang guna lagi esok so biarlah dia tolak. Untuk hentikan langganan dial *116#

Kalau nak rasa berbaloi bolehlah guna digi mobile internet. Jangan tanya pasal broadband digi or pakej internet yang Rm30/500mb/montthly sebab tak guna lagi.

p/s: Kalau korang setakat surf biasa-biasa je boleh je pakai broadband maxis/celcom/digi. Terserah.

Mengapa perlu berbelanja lebih??
(^_^)v

Mar 26, 2012

Tutorial: Tudung Bawal Versi Zaman Sekarang

12:59 PM 5 Comments
Salam.

Wah wanita-wanita apa khabar semua. hik3x..

Sekarang ni macam-macam style tudung dipergayakan. Cuma tak berapa berkenan dengan yang siap bersanggul tinggi macam unta tu. Sampaikan sekarang ni aku nampak dah ada yang jual anak tudung siap toncet sanggul. Erk?

Kalau korang mengikut perkembangan semasa, tudung bawal yang telah tenggelam dengan kitaran tudung dunia kini telah kembali menggegarkan kita semua dengan kemunculannya bawal era baru. Hahaha.. ;p

Dia nak bersaing nih dengan tudung sarung, shawl, syra dan tah pape lagi. Ramai jugak golongan remaja sekarang sudah terpikat kembali dengan bawal yang macam-macam design dah sekarang.

Sekarang ni cara pakai tudung bawal pun dah pelbagai. Tak payah google-google.. Meh aku tunjuk walaupun aku guna bawal dulu kala. hikhikhik~

Cara 1:

Tutorial 1

Ini style apa nama aku pun tak tau ok. Ramai jugak yang pakai tudung style macam ni. Tapi tak taulah kalau steps yang aku buat ni sama ke tak. Meh aku huraikan supaya lebih jelas.

1. Tudung bawal tu buat jadi tigasegi macam biasa.
2. Bucu tudang biar sama panjang kedua-dua belahnya.
3. Bahagian kiri tudung dilipat dan ditarik keatas dan dipin seperti di gambar 3. Haha~
4. Ha macam ni lah rupanya bila dah pinkan macam dekat 3 tadi.
5. Bahagian kanan tudung pula kita lipat sikit menghala kebelakang.
6. Kemudian kacau (ekeke macam nak buat kuih lak) pinkan.
7. Bahagian bawah kanan tudung tu kan panjang. Jadi korang angkat dan toskan sikit dan pinkan di bahu.
8. Siap sudah. (~_^)v

Cara 2:
 
Tutorial 2
Ok cara kedua ni aku reka sendiri. Tak taulah kot-kot ada yang sama otak macam aku ada buat style yang sama. Sangat simple dan mudah je cara dia. Dia dia aku ni apa ke dia tah. Hoho. Layan je lah..

1. Pakai anak tudung tak kiralah nak beratap ke tak. Pakai tudung bawal macam biasa cuma   
    kebelakangkan  sedikit.
2. Ambil bucu tudung belah kiri dan bawak ke atas.
3. Pin bucu tudung.
4. Bahagian tudung belah kanan tu kemas-kemaskan sikit.
5. Bahagian bawah tudung kanan tu kan macam panjang. Jadi pinkan seperti di gambar nombor 5.
6. Selesai sudah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates