Showing posts sorted by relevance for query TUTORIAL. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query TUTORIAL. Sort by date Show all posts

Jan 27, 2012

Cara Nak Centerkan Gadget Di Sidebar

10:20 AM 2 Comments
Salam.

Setiap kali anda add gadget mesti tidak berada pada keadaan yang menarik. Lagi kelihatan bila gadget yang kita add itu saiznya kecil. Kalau center mesti cantikkan. Aku ada cuba cari dekat google macam mana nak centerkan sidebar. Jumpa satu tutorial nak centerkan post title dan sidebar.

Ikut langkah ini kalau nak centerkan post title dan sidebar

1. Log in > Dashboard > Design > Edit html
2. Then , tekan ctrl + F dan cari kod ni


Untuk sidebar

  • h2 { 
Untuk Post Title

  • h3.post-title {

@atau

  • h4 {


Jan 26, 2012

Tutorial "Enable Right Click"

5:04 PM 0 Comments

tutorial ni khas untuk web browser Mozilla Firefox.

Mesti ramai yang bosan tiap kali nak klik kanan je keluar macam-macam yang blogger buat. Antaranya: eh takmo takmo right click, cubit kang kalau right, kan kita dah pesan jangan right click. Haha geli kan macam tu. Mereka semua ada sebab buat macam tuh. Mereka popular tau. Nanti orang ambik segala maklumat or gambar mereka untuk kegunaan yang tidak sihat.

Eh takmo takmo....

Tapi kalau rasa penting sangat nak copy maklumat sebab nak buat kerja rumah atau nak sangat copy gambar pemilik blog buat kenangan so sila rujuk langkah-langkah dekat bawah ini.

Langkah 1

klik pada “Tools” dan tekan “Option”

 Tutorial Copy Paste (enable right click)

Langkah 2

Pilih “Content” dan buang tick pada “Enable Javascript”

 Tutorial Copy Paste (enable right click)

Langkah 3

Tekan “OK”.. selesai sudah.. nanti jangan lupa tick balik “enable Java script” tu sebab banyak program yang memerlukan javascript.

P/S: kepada pemilik blog or laman web yang taknak hakcipta anda di copy tolong jangan guna Javasript, sebab ianya terlalu mudah untuk diatasi. cara terbaik ialah guna coding yang lain! yang lagi susah untuk mem’belok’ artikel anda dari di copy atau kalau xnk sangat org len copy, takpayah buat blog . :p

p/s lagi: kepada student jangan suka sgt copy-paste je ok!.. hahaa.. :p

Haha itu adalah pesanan pemilik blogger ini

Untuk pengetahuan korang aku sebelum ini pun menggunakan khidmat disable right click. Tapi selepas memikirkan benda alah tu merumitkan aku masa nak refresh dan tangan aku yang gatal selalu nak right click, jadi aku pun buangkannya. Peace (^^)v

Mar 26, 2012

Tutorial: Tudung Bawal Versi Zaman Sekarang

12:59 PM 5 Comments
Salam.

Wah wanita-wanita apa khabar semua. hik3x..

Sekarang ni macam-macam style tudung dipergayakan. Cuma tak berapa berkenan dengan yang siap bersanggul tinggi macam unta tu. Sampaikan sekarang ni aku nampak dah ada yang jual anak tudung siap toncet sanggul. Erk?

Kalau korang mengikut perkembangan semasa, tudung bawal yang telah tenggelam dengan kitaran tudung dunia kini telah kembali menggegarkan kita semua dengan kemunculannya bawal era baru. Hahaha.. ;p

Dia nak bersaing nih dengan tudung sarung, shawl, syra dan tah pape lagi. Ramai jugak golongan remaja sekarang sudah terpikat kembali dengan bawal yang macam-macam design dah sekarang.

Sekarang ni cara pakai tudung bawal pun dah pelbagai. Tak payah google-google.. Meh aku tunjuk walaupun aku guna bawal dulu kala. hikhikhik~

Cara 1:

Tutorial 1

Ini style apa nama aku pun tak tau ok. Ramai jugak yang pakai tudung style macam ni. Tapi tak taulah kalau steps yang aku buat ni sama ke tak. Meh aku huraikan supaya lebih jelas.

1. Tudung bawal tu buat jadi tigasegi macam biasa.
2. Bucu tudang biar sama panjang kedua-dua belahnya.
3. Bahagian kiri tudung dilipat dan ditarik keatas dan dipin seperti di gambar 3. Haha~
4. Ha macam ni lah rupanya bila dah pinkan macam dekat 3 tadi.
5. Bahagian kanan tudung pula kita lipat sikit menghala kebelakang.
6. Kemudian kacau (ekeke macam nak buat kuih lak) pinkan.
7. Bahagian bawah kanan tudung tu kan panjang. Jadi korang angkat dan toskan sikit dan pinkan di bahu.
8. Siap sudah. (~_^)v

Cara 2:
 
Tutorial 2
Ok cara kedua ni aku reka sendiri. Tak taulah kot-kot ada yang sama otak macam aku ada buat style yang sama. Sangat simple dan mudah je cara dia. Dia dia aku ni apa ke dia tah. Hoho. Layan je lah..

1. Pakai anak tudung tak kiralah nak beratap ke tak. Pakai tudung bawal macam biasa cuma   
    kebelakangkan  sedikit.
2. Ambil bucu tudung belah kiri dan bawak ke atas.
3. Pin bucu tudung.
4. Bahagian tudung belah kanan tu kemas-kemaskan sikit.
5. Bahagian bawah tudung kanan tu kan macam panjang. Jadi pinkan seperti di gambar nombor 5.
6. Selesai sudah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates