Oct 19, 2011

The Princess's Man

1:14 PM 0 Comments
Seronokkan hari-hari duduk rumah. Pagi petang siang dan malam tengok tv makan tengok tv balik tengok lagi dan lagi. kih3....

Owh...... tidak!!!!! badanku gemok gemok dan gemok kalau macam nih.
Tak pe lah bila duduk rumah sibuk nak kerja, nanti kalau dah kerja mengamuk nak ponteng aku tak tanggung..
Manusia nih selalu tak pernah nak bersyukurkan. Bila tak dapat dia nak, bila dah dapat dia tak nak pulak.
Mari kita lempang dia beramai-ramai..... >>>>> lari!!!!!!!! (ops apasal aku yang terasa) huhu.

Kadang-kadangkan terfikir juga nak kerja je jadi cleaner ke tukang cuci ke (hoi sama je kan!!) >sambil lutu-lutu kepada<
Ape ingat tu kerja kotor ke? itulah kerja yang paling mulia tau. Asal kerja yang halal. Dapat gaji tiga empat ratus pun sekarang nih aku dah kira seronok sangat dah. Boleh kita enjoyyyyyy...
Wah sangat gila aku sekarang..



Hehe ala-ala low profile.. tak mau tunjuk muka yang tak berapa nak comel dah tuh.
Tak apa... tak payah mengiyakan. Buat aku hangin je nanti.
Dah la sekarang ni memang aku cepat naik hangin. ke banyak angin?? ayoyo.
Kadang-kadang rasa nak marah je. Pastu nak marah nak marah. grrrrrr......

Tapi kalau dapat tengok cite korea rasanya boleh hilang marah. Terus hilang stress tau. hahaha...
Lebih-lebih lagi cerita The Princess's Man. Memang superb. 5 bintang terus lungsum i bagi u....
jom layan...... eh chop chop coco cola. hehe.  eh kol 9 mlm nti lh ye. bye

Oct 15, 2011

Yong tau fu

9:26 PM 0 Comments
(sumber: google)

Alamak terliur teringat yong tau fu.
Hish nak buat tapi tak reti..... en.google ada resepinya tapi si manja ni nak bermanja dengan
en.kedai. Tolong buatkan boleh... Asyik saya je masak. Awak lah pulak masakkan untuk saya. Nanti saya tukar dengan wang emas boleh?? >>>>BOLEH BOLEH SANGAT.
Laju jer tauke kedai tuh nanti kalau aku cakap macam tuh. Adoi..

(sumber: google)

Wahhhhhh... glurp.
Dugaan makan. Kenapalah yong tau fu ni mahal sangat.. Korang tau tak? hmmm
tak apa tak apa. Nanti aku nak kawan baik dengan orang kedai yang ada jual benda alah ni. Untung-untung boleh dapat free kalau datang ziarah kedainya. wahahahah....

K lah malam nih nak mimpi makan yong tau fu. Jom mimpi sama-sama. Tapi jangan mintak yong tau fu aku tau. Hang kene beli sendiri walaupun dalam mimpi. ngee~

Hari ni cikgu nak ajar mengenai... CINTA

9:06 PM 0 Comments

Wah wah wah..... bukan main ayat tuh.
Jadi anak-anak murid semua jangan bermain dengan cinta kalau takut kena panah cinta.
Nanti kamu bernanah. hahaha. Apakah???
Maaflah anak murid sekalian, kebelakangan nih cikgu tak berada dalam keadaan normal sedikit.

Ingat jangan sia-siakan cintanya jika kamu tidak mahu dia pergi.
Ala tapi kalau kamu memang hendak dia pergi, SILALAH sia-siakannya. :)

Pernah putus cinta tak??? kalau pernah padan lah muka... hahahahhaa (gelak ganas-ganas)

p/s: maaf cikgu beremosi. Kalau pernah putus cinta, silalah muhasabah diri. Mungkin ada yang lebih baik dijanjikan untuk kita yang selama ini kita tak pernah terfikir.

sumber ayat pedih: cilok dari facebook.

Kalau sunyi nak buat apa ye...

8:46 PM 0 Comments
Malas nak cerita pasal lama tak post apa-apa kat blog. Pastu tup-tup senyap balik. hhehe..
Ni mesti kes tuan blog nih kering gusi tak tau nak cerita pe.
>>>>>>>>>> BETOL BETOL BETOL... (sambil hantok hantok kepala kat lantai)

Kesian blog nih asyik hilang seri jer. hee~
>>>>>>>>>>>> ALA NI NAK BAGI SERI LAH NIH.. CEPAT-CEPAT SAMBUT SERI.

Macam-macam dah perjalanan blog nih. Selalu memaksa aku menyerikannya sejak aku dekat universiti lagi sampailah aku bukan lagi patut dipanggil cik.
Macam-macam mimpi dan impian yang aku impikan. Ada yang nyata dan ada yang tidak nyata.
>>>>>>> MESTI KORANG MAKIN TAK FAHAM AKU KAN??? aku pon tak paham!! huh.

Sekarang baru aku paham, kita mesti buat sesuatu untuk mengisi hidup kita. Sebab hidup tak akan terisi kalau kita duduk diam je. Contohnya kalau kita perut kita kosong so kenalah makan.
Betol tak??? Sebab kalau tak makan macam mana perut kita nak terisi. (tapi... jangan lah isi sampai lebih had. Nanti jadi gemuk macam aku nih ha)

Nak tau apa yang aku isikan setiap hari???

1. tengok tibi
2. makan
3. main internet
4. macam lapar... jadi makanlah lagi
5. intai-intai peti ais. Ambik mana yang perlu. ehem2
6. tahan diri.
7. tengok cermin. (owhhhhh gemok)
8. skipping lah. nak kurus.
9. 20kali skipping terus kt penimbang. psstttt ppsssttt apasal tak turun sikit pon. Buat penat jer.
10. Korang paham-paham lah.
sekian...

Oct 12, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates