Nov 15, 2011

Petua Badan Langsing

10:03 AM 0 Comments
Selamat Pagi..
Sekarang ni makin ramai yang mula gemuk. Ke aku je sebenarnya yang makin gemuk???
ekceli memang aku dah gemuk dan sangat malu dengan bentuk badan macam nih. Stress ok. Gemuk tanpa makna ni yang runsing. Kalau ada sebab tak pe gak. Masih boleh lah diterima akal. grrrr... mesti korang tak nampak sekarang ni aku tengah geram. (apekah??) Tak payah tahu lah berat aku berapa sekarang. Wat malu je. aku nya fat sangat berlebihan walaupun berat badan aku ideal je lagi. Tolong.....
around 8 kg dah naik. Amalan gaya hidup aku kurang sihat maybe. Nak tahu antara faktor-faktor korang including me menjadi gemuk.




ialah:

1. Makan nasi penuh sepinggan/ berpinggan-pinggan
2. Makan berulam dengan air. (tak boleh makan sikit pastu minum air pastu makan pastu minum)
3. Lepas makan je baring
4. Makanan berlemak (especially dekat ayam tuh buang tang lemak-lemaknya yang kuning-kuning tuh)
5. Makan aiskrim banyak kali tanpa mengira waktu (errr aku lah tuh. malam pon layan)
6. Tiada senaman
7. Kurang bergerak atau aktiviti yang sihat. (macam lebih kurang dengan hok atas kan. Belasah je. Kalau  
    boleh 3 or 4 kali pergi berjogging. Baru sihat dan cergas. Tak ada lah melepek je kan.)
8. Makan selepas pukul 7 malam. (elakkan makan nasi waktu malam)
9. Kurangkan tidur/tidur secukupnya jangan overdose (errr aku kategori mana pon tak berapa nak sure)
10.Ceria-ceria selalu (orang kata kita gemuk sebab happy selalu) OMG..

Ok sampai part kegemaran orang gemuk.
Semalam aku berkenalan dengan seorang kakak nih. Tengok badan dia aku agak-agak dalam 45 above n below 55kg. Memang dia akui berat dia kurang dari 55. So apa kaitannya??? Ha for your information berat dia sebelum nih adalah 72kg. Seriously tak tipu woo.... can you imagine??

Ha mesti tak sabar-sabarkan nak tahu..

Ok ini bukan lah penggunaan pil-pil pelangsing. Hanya menggunakan kaedah semulajadi dan pengawalan diri.






1. Kurangkan makan nasi / kuantiti makanan
    - dalam seminggu sekali dua kali je makan nasi. (Ko boleh tahan ke??)

2. Lepas makan tunggu 4jam baru boleh nak baring or tidur.
    - hal ini kerana proses penghadaman kita mengambil masa 4 jam. Kalau tidur dia mendak lah kot) hehe

3. Yang ketiga tak perlu sebab 1 dan 2 pon sudah cukup.


kikiki~  Tak banyak kan petuanya. Tapi jika kita mengamalkan 1 dan 2 itu sebenarnya mampu menerbitkan sesuatu di dalam diri kita iaitu kesabaran dan percaya pada diri. Ianya menguji kemampuan kita untuk menahan nafsu makan kita.



Puas hati tak???

Aku pon sebenarnya rasa tak puas hati. Boleh tak aku kurus langsing balik nih.. Baju pon dah ketat sume.
peace je lah. huh!!! bai.





*gambar cilok dari google ok.








Nov 13, 2011

Petua kebahagiaan

2:22 PM 0 Comments
Ha hari ni cik pelangi nak bincang cikit ciri-ciri cari pasangan dan mendapat sesebuah keluarga yang utuh. Bagi point je lah eh. Tak lah berjela-jela lak kang.
1. hensem/cantik (hahahha gurau je. Kalau hensem tapi perangai cam hampeh tak guna gak kan)
2. bijak cikit dari kita. (supaya kita akan lebih menghormatinya.
    Tapi jangan yang bijak tapi tau kutuk orang je. hehe)
3.jangan cari yang tidur sampai tengahari baru nak bangun (orang kata bangun lambat rezeki kurang)
4.jangan liat bangun solat. (especially subuh tuh)
5.boleh membimbing kita (contoh sembahyang berjemaah. Bila macam tuh akan menjadikan masing-masing   
   saling mengingati antara satu sama lain)
6.kelakar (buat hidup sentiasa bahagia dan hilang stress)
7.jangan cepat marah. (memang harem lah sape yang kuat marah/berang tuh korang tinggakkan je)
8. ha lu pikir lah sendiri. wawawa~

terakhir jangan lupa buat solat istiqarah untuk memastikan jodoh kita yang sebenar...

babai..............



PUlau Langkawi~

10:30 AM 0 Comments
Salam. :)
Tajuk dah terang-terang mempunyai maksudnya yang tersirat. Ok hari isnin ni aku akan berangkat ke pulau langkawi. Follow en.bunbun kesana sebab dia ada urusan di sana. So as his wife aku diarahkan terikut.
Errrr apa bunya bahasa tah aku guna nih. Sekali skala beruntung juga kalau tak bekerja. Bila-bila pun ON je kalau dia kena outstation. Tapi bila sudah bekerja sila buat-buat paham lah yang ko akau putus harapan.
Duduk dekat rumah dan pakai cantik-cantik duduk depan tv. hehe..

Rasa macam banyak je nak cerita sebab lama tak post something dekat sini. Ha hari tu (tah hari apa aku pon xhingat) memang kelemahan aku nak mengingat hari atau tarikh-tarikh keramat nih. (someone told me the same thing)
Eh dah masuk bab lain pulak dah. Ok haritu setelah sekian lama tak makan McD. Best betol.. makan McChicken tengah malam. Ha tibe-tiba teringat pulak. Hari tu jem gila sebab hari raya aidil Adha. So nak check tarikh sila semak calender anda. Dekat sejam macam ada perbarisan kereta-kereta pulak. Memang lama betol boleh gerak sampai ada yang berpatah balik. Tapi kami masih tegar... hahaha~ Sebab kami lapar McD.
Pesan en.bunbun tak ada pape pon yang nak dirushingkan (apa ni rojak bagai) Parking fulamak jauh di atas bukit. Time nak turun bukit tuh kami buat macam gelongsor. syunggggggggggggg~ cepat sampai. (grrrrr tipu je)
Kami makan sampai tengah malam. Bukan menghayati sangat. Borak je lebih. En.bunbun kalau sekali dah buka mulut, tak mau benti. kikiki~

Eh aku baru tahu rupa-rupanya ada jugak orang nak baca blog merepek aku nih. Siap ada silence reader gituh. Trimas sebab sentiasa nak tahu perkembangan aku. Memang badan aku dah kembang. Gemuk dan bulan. huh!

Nanti aku akan ceritakan pengalaman aku kat pulau langkawi nanti ye. Tapi tak adalah yang menarik mana pon sebab en.bunbun sibuk konvensyen seharian. Dan aku akan outing cuci-cuci mata. yeah!
Nanti jangan lupa pakai eyemore. Peace!!





Rahsia Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

10:14 AM 0 Comments
Adakalanya sebagai seorang lelaki anda masih tidak mengenali diri atau peribadi
sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas untuk memberitahu anda
akan menyatakan setiap kelebihan mahupun kelebihan diri anda. Namun, apakah
anda mempunyai rakan yang sanggup berterus-terang? Minggu ini disiarkan
beberapa perkara berkaitan dengan keperibadian seorang lelaki berdasarkan
bulan kelahirannya. Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan
panduan. Jika anda memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan, anda
boleh memperbaiki diri anda.

sumber:  http://www.lelaki.com.my (dekat article tu yang tulis oleh website tuh)
Just for fun. Kita pun tak pasti kebenarannya.
Mari-mari check ciri-ciri jejaka idaman kita. Mungkin ada yang tepat dan ada yang terpesong.
Jangan sampai bergaduh sudah. jommm search~


Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Dia seorang yang agak tinggi, kurus, gerakannya pantas tetapi lembut. Bentuk
matanya besar dan menarik dan kemungkinan mempunyai rambut yang ikal.
Bibirnya mungkin nipis. Mempunyai sikap suka menolong orang lain. Dia
berkeyakinan pada diri sendiri dan ini membolehkannya menjadi pemimpin. Dia
juga suka menjadi popular dan dipuji. Cinta merupakan sesuatu yang penting di
dalam hidupnya. Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya
merasa bertuah.

Namun sikap yang paling tidak digemari oleh isteri atau kekasihnya, ialah sikap
cemburunya. Lelaki ini juga apabila berkahwin sering menganggap rumahnya
sebagai tempat berehat dan sering menganggap isterinya memberikan
keselesaan padanya setelah penat bekerja.

Virgo (24 Ogos - 23 September)


Dia adalah lelaki yang agak kurus, tingginya serderhana, bahunya agak lebar,
bulu keningnya panjang dan cantik, dan dahinya luas, matanya nampak sedih
tetapi lembut, dan ini menarik perhatian wanita. Dia adalah lelaki yang
mementingkan kebijaksanaan. Dia mahukan kesempurnaan, sentiasa mahu
mengawal, dan jarang sekali terbawa oleh cinta.

Dia mengkritik dan mengadu. Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus
terperinci. Di dalam soal kahwin, dia akan mengahwini wanita yang ada wang dan
yang boleh membantunya. Dia seorang yang mengambil berat mengenai
kesihatan dan kecergasan. Namun seringkali dia menyalahkan orang lain, sukar
untuk mengakui kesilapan diri sendiri.

Libra (24 September - 23 Oktober)


Dia seorang yang seksi, tubuhnya agak menarik, pakaiannya agak kemas dan
sukakan kebersihan. Mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan
seperti bulu roma yang sedikit, atau bahu yang kecil. Dia tidak gemar tangannya
kotor, dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti
mendandan rambut, pereka fesyen atau menjual barangan kecantikan. Sikapnya
terbuka, menyenangkan, suka bergaul dan ramai kawan. Sopan dan simpati.

Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak disukainya,
ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai.
Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita, emosinya terkawal dan dia
kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi. Pada mulanya wanita tertarik
padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati, kemudian setelah
beberapa lama, sikap itu tenggelam. Dia biasanya adalah orang yang cermat
dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju, wangian, atau
perabot. Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang
dicintainya atau sesiapa yang dianggap penting.

Scorpio (24 Oktober - 22 November)

Tubuh biasanya kecil, tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana.
Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain. Sama
ada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan. Dia akan
berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia kegelisahan.
Dia seorang yang mudah tersinggung perasaannya, tetapi dapat
menyembunyikan keadaan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal. Dia akan
berusaha bertahun-tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas
dendam. Suka jika dapat menunjukkan kuasa, dan nampak lebih dominan dalam
perhubungan.

Sagitarius (23 November - 22 Disember)


Dia seorang yang suka bergaul, suka kehidupan yang baik tetapi gemar berfoyafoya.
Dia adalah insan yang paling romantik. Dia menarik, mudah bergaul dengan
seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat-tempat yang
menawan. Dari segi berpakaian, dia suka memakai pakaian yang kasual dan
longgar.

Dia lelaki yang agak boros, dan jika tidak berhati-hati, mungkin terlibat dalam
perjudian. Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula
jatuh hati. Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang.

Capricorn (23 Disember -20 Januari)


Lelaki ini lebih berhati hati dalam hidup, dan selalu melakukan sesuatu
berdasarkan keadaan. Dia tidak suka menukar rancangan yang telah dibuatnya.
Dia agak pendiam dan suka bekerja sendiri. Dia adalah jenis pendendam dan
akan ingat pada kejahatan yang dilakukan terhadap dirinya hingga bertahuntahun.
Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan
cara intelek. Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi
tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai
kejayaan dalam kerjaya. Lelaki ini sukar jatuh cinta, tetapi jika sudah jatuh cinta,
dia akan amat mencintai wanita itu. Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi
kewangan. Dalam pergaulan, dia lebih suka kepada yang lebih tua dan
konservetif.

Aquarius (21 Januari - 19 Februari)

Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek. Dia
agak kurang romantik. Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. Dia
suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang.
Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara- perkara yang menarik untuk
dilakukan, tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak
mengecewakan kekasihnya. Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka
terikat. Sebagai lelaki, dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza
dan menarik, tetapi mengecewakan dari segi membuat komitmen.

Pisces (20 Februari - 20 Mac)

Dari segi berpakaian, mungkin dia kelihatan kurang kemas. Walaupun dari segi
zahiriah dia agak kurang menarik, dia mempunyai personaliti yang bagus boleh
berjenaka dan baik hati. Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati
tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang. Dia tidak suka berkelahi dan sedaya-upaya
mengelakkannya.

Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain, dia agak romantik dan
mementingkan perasaan pasangan. Tetapi dia agak pemalu dan kurang
keyakinan, menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita. Dia agak sukar
dari segi membuat keputusan, dan agak bertangguh untuk kahwin. Oleh kerana
kelemahan ini, dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan. Dari segi bercinta, dia
adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi, serta
menghiburkan.

Aries (21 Mac - 20 April)

Dia kuat bekerja, suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia
seorang pemimpin. Dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah .Dia
lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain
menyelesaikan kerja itu. Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi
agak kurang keyakinan. Dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan
dengan wanita, tambah lagi dia merupakan seorang yang panas baran. Padanya
cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan, dan kerana dia
merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya.
Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila
telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.

Taurus (21 April - 20 Mei)

Dia seorang yang praktikal serta berseni, mungkin boleh mengukir atau melukis.
Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik, malah mungkin seorang ahli
muzik. Lelaki ini mudah bergaul, suka berjenaka dan ketawa. Bagaimanapun dia
kurang yakin pada diri sendiri dan menyebabkan dia menggunakan bakat seninya
untuk menarik hati wanita.

Dia juga adalah lelaki stabil, konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu ke
manakah arah tujuan dirinya. Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan,
begitu juga dari segi rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil
risiko atau memperjudikan hidupnya. Lelaki ini menanti-nantikan
perkahwinannya. Pada masa inilah dia akan berasa selamat. Perasaan itulah yang
tidak ada pada dirinya sebelum itu, disebabkan itu dia akan memilih pasangan
hidupnya dengan agak teliti agar rumahtangganya berpanjangan. Kebolehannya
menghias rumah dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik. Dia
tidak begitu minat dengan idea orang lain.

Gemini (21 Mei - 21 Jun)


Senyumannya menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. Dia
seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan
yang menarik. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang
memujuk dan mempengaruh orang lain. Dalam menjadi pasangan hidup dia suka
wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam dan yang cerdik bukan
cantik menjadi keutamaanya.

Dia suka kepada luahan emosi kerana itu dianggap kebudak-budakan dan remeh
kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila
jatuh cinta, dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya. Pasangannya
yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati.


p/s: ha puas hati ke tidak? terpulang. Hanya untuk suka-suki je ok. Babai.

Nov 12, 2011

Mimpi apa malam tadi?

10:54 AM 0 Comments
Check it out..

Air
Jika anda bermimpi berjalan diatas air alamat anda akan beruntung. Sedang mimpi tenggelam
dalam air sungai alamat buruk. Dan bila bermimpi lihat air masuk kedalam rumah alamat anak dan
anda akan mengalami sakit. Anda bermimpi menangis melelehkan air mata alamat akan datang
kegembiraan. Dan memimpikan air buah menandakan tak lama lagi (dalam hitungan hari) akan
menerima kabar gembira dari sanak famili atau teman Anda. Mimpi melihat air banjir, bersirat akan
mendapatkan rerzeki. Mimpi melihat air mengalir, bermakna aka mendapatkan kabar yang
mengejutkan

Buang air kecil/Kencing
Jika anda bermimpi buang air kecil (kencing) bertanda akan ada yang menimpa rumah yaitu
pencuri akan datang. Waspadalah.

Hantu
Jika anda bermimpi berbicara dengan hantu, bertanda keuangan anda akan meningkat, sedang
melihat hantu, alamat akan sukses dalam usaha. Dikejar hantu, alamat timbul kesalahan anda.
Mimpi melihat hantu tersenyum bersirat akan berumur panjang.

Hidangan
Jika anda bermimpi ada pada suatu hidangan yang teratur rapi dengan rupa-rupa makanan yang
enak dan lezat, bertanda anda mencapai keberuntungan hidup selama-lamanya.

Jatuh
Jika anda bermimpi jatuh dalam kolam atau dari atas tempat tidur, bertafsir suatu peringatan dan
anda harus berhati-hati benar dalam pekerjaan. Sedangkan jatuh dari bukit atau tanah tinggi
bertanda (yang belum punya isteri) akan beristeri. Mimpi jatuh dari jendela bertanda anda akan
terganggu kesehatannya. Mimpi jatuh dari kapal bermakna akan mendapat kekecewaan.

Kemenyan
Jika anda bermimpi mencium bau kemenyan terbakar, bermakna pekerjaan anda akan
menguntungkan. Sedangkan membakar kemenyan, tersirat kehidupan cinta akan bahagia

Kenderaan
Jika anda bermimpi melihat kenderaan ditarik oleh empat kuda, bermakna akan memperoleh
kemajuan dari pekerjaan yang tadinya sangat mundur. Mimpi ada kenderaan lewat diatas jembatan
bersirat kurang baik dalam percintaan. Mimpi naik kenderaan umum, bermakna kepada anda akan
datang khabar gembira.

Kupu-kupu
Jika anda bermimpi melihat kupu-kupu, bermakna akan ada suatu kebahagiaan yang akan datang.

Makan
Jika anda bermimpi makan rembulan atau bulan, bermakna akan terima rezeki yang besar. Jika
mimpi makan berdiri, alamat rezeki murah datang pada anda dan jika makan direstoran bersirat ada
perhatian dari orang lain kepada anda. Mimpi makan bangkai, bermakna akan mendapatkan rezeki
besar. Bermimpi makan kotoran bermakna akan mendapat uang. Mimpi makan seorang diri
bermakna akan mendapatkan kebahagiaan. Mimpi makan bersama-sama, bermakna anda akan
mendapat kehormatan dari masyarakat. Mimpi makan buah-buahan bermakna anda akan mendapat
pujian dari orang banyak. Mimpi makan makanan yang pedas, asam atau pahit bermakna anda akan
mendapat kesulitan besar. Mimpi makan bermacam-macam kue, bermakna anda akan tertimpa
penyakit.

Mati
Jika anda mengimpikan seseorang teman atau keluarga meninggal dunia, bermakna yang diimpikan
akan umur panjang. Dan mimpi anak anda meninggal dunia, bermakna akan ada perselisihan dalam
keluarga. Mimpi meninggal/mati lalu hidup kembali, bermakna anda akan panjang umur.

Menangis
Jika anda memimpikan sedang menangis, bermakna akan mendapat khabar bahagia dan mimpi
mendengar orang menangis anda akan berkewajiban menyelesaikan suatu perkara yang
sesungguhnya sangat sulit.

Menyeberangi
Jika anda bermimpi menyeberangi sungai, bermakna akan memenangkan dalam suatu pekara..

Minum
Jika anda bermimpi minum, bertanda murah hati, dan bila minum madu bertanda bersirat akan tiba
rezeki, begitu juga bila minum air kali. Mimpi meminum air dari mata air, bersirat akan mendapat
ilmu pengetahuan (dari sumbernya yang benar). Mimpi meminum susu bermakna kesehatan anda
akan terjaga.

Perkawinan
Jika anda bermimpi berada dalam satu perkawinan atau anda mengiringi pengantin, bermakna
sahabat anda tidak akan terlepas dalam pergaulan sehari-hari ia juga akan memberi pertolongan
kepada anda. Dan jika anda sendiri yang mimpi kawin, bersirat keberuntungan akan tiba.

Rambut
Jika anda bermimpi rambut beruban, bermakna panjang umur. Mimpi rambut jatuh putus dan
rontok, bersuratan akan sedih dan membuat anda susah. Mimpi rambut panjang, bertafsir akan
gembira jiga panjang umur dan mimpi rambut menutup mata, bermakna akan dicela orang. Mimpi
melihat rambut palsu, bermakna anda akan dikhianati teman baik.

Sembahyang
Jika anda bermimpi sembahyang bermakna akan memperoleh kebajikan dari orang yang anda
pernah tolong.

Sikat
Jika anda bermimpi menyikat gigi/rambut, bermakna akan membaharui hidup yang sesuai dengan
cita-cita anda setelah menyesali kesalahan yang pernah dibuat dan bejanji untuk memperbaikinya.

Tangga
Jika anda bermimpi mimpi jatuh dari tangga, bermakna anda menunda keberuntungan dalam
dagang. Atau kepercayaan akan hilang.

Terbang
Jika anda bermimpi terbang dengan pesawat terbang, bertanda akan datang panggilan undangan
istimewa karena anda mempunyai kelebihan yang sangat berharga. Jika mimpi melihat perahu
terbang bermakna akan berhasil dalam usaha. Sedang kalau diri anda yang terbang, artinya anda
akan mendapatkan suatu pengalaman/ilmu yang sangat bermanfaat bagi anda yang dapat membantu
hidup atau karir anda.

Ular
Jika anda seorang jejakan atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular,
bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah menikah bermimpi
demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular kecil dengan tibatiba
berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda. Melihat ular
berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda. Mimpi melihat ular yang banyak
sekali, bermakna akan panjang umur. Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak
orang yang memusuhi anda.
------------------------------------------------TAMAT-----------------------------------------------------
Kalau rasa-rasa ada lagi mimpi anda yang tak tersenarai. Itu bermakna anda bertuah kerana mempunyai keistimewaan mimpi yang sangat unik dari kebanyakan orang. Oleh itu sila KLIK.  

Aku select mana-mana mimpi yang mungkin popular jer. hehe... Seronokkan bila check-check apa agaknya maksud mimpi kita yang pernah kita alami. Tapi kadang-kadang mimpi itu hanyalah mainan tido. Tak ada maknanya kalau korang tido pon tak reti basuh kaki. wekkk~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates