Nov 27, 2012

Lip Tint Yang Comel

5:42 PM 8 Comments
Salam...

 

Hai fuh fuh berabuk lak.

Baru-baru ni aku ada beli benda alah yang kecik comel sangat. Untuk makluman korang, aku ni tak suka pakai lipstik sangat. Rimas melekit-lekit kat bibir. Pastu ada sesetengah tu berkilat bibir bila pakai. Siapa yang suka kilat2 dekat bibir tu sesuailah. haha. 

Okay. Benda yang aku maksudkan ni adalah lip tint. Erk pernah dengar tak apa tu lip tint? Check google ok. Malesss nak explain. Kih3~

Rupanya macam-macam jenis lip tint dah ada kat Malaysia nih. Cuma sekarang baru popular sedikit kowt. Aku usha-usha terus berminat bila tengok warna dan hasilnya dekat bibir bila kita pakai lip tint ni. Harga pon murah dan berbaloi sebab hanya perlu pakai sikit je kt bibir pastu kau ratakan lah.

Pheww~ Aku menghabiskan duit dengan beli seberapa banyak yang aku suka. Lalala~ 

Siap bagi list
1. Tony moly lip tint
2. Pa dolly (warna merah nyah..)
3. Odbo lip tint (orange)
4. Obuse tint (pink gugurl haha)
5. Kaka tint (tak ingat nama warna apa. :p)

Total= Kira sendiri. Hahahaha~ Kalau berminat boleh beli dekat Lip Secret

Tauke dia very baik. Haha~ K lah jom tengok model lip tint >>>>jom muntah beramai-ramai


Ada ala-ala bibir korea tak? Aku tak paham kenapa orang kata pakai lip tint ni ala-ala bibir Korea. Lawa sangat ke bibir Korea tuh???? Puhhhh~



Sila abaikan muka tak mandi tapi pakai tudung siap sapu lip tint bagai. haha~

 P/s: Ini adalah iklan tak berbayar lagi. Silalah tolong bayar.. Wahahaha~

Okaylah kalau korang minat cube tengok dekat SINI dan SINI. Babai darlingku sekalian. Nanti saya update lagi ok. Kalau malas tu nipis. Lalala~


Oct 22, 2012

Menikmati Pizza hut chicken spicy delight

10:32 PM 1 Comments

Assalamualaikum.

Bila merajuk haruslah mintak macam-macam. Baru lega rasa hati. Hahaha~ Kalau nak save money kenalah sentiasa bodek dan ambik hati aku. Boleh? argh apakah? haha.

Jadi hari tu aku call pizza hut dan order. Gila kau. Aku tak tau nak cakap menu apa aku nak. Nak pizza lah. Pizza apa-apa lah. Haha bole? janji pizza yang bulat2 macam lempeng tu. Huh. Berpeluh-peluh aku bukak internet cari nama yang sesuai dan senang untuk aku sebut. Air muka jatuh ke pizza lah kalau salah sebut menu. Maaf aku memang kampungan sikit. Anak jati lah katakan. Kalau sebut lempeng pisang ke, kelapa ke reti lah aku.

Meh nak review ckit rasa pizza nih. Arghh rasa kari kuat. Tapi heaven gile aku taruk sos cili lagi. Baru kebabom. Sebab tak pedas sangat pon cuma rasa kari dia kuat. Huu~

Saiz regular boleh dihabiskan dalam masa 30 minit.

Sekian.

Oct 11, 2012

Inner Neck Pelangi Isya

8:47 AM 0 Comments
Salam...

Owh tajuk macam blogshop gituh. Gegege~
 
ce tengok ce tengok ni
 

Inner neck ni sebenarnye tudung sarung awning keras. Tak pernah aku pakai sebab buruk giler. Muka serius macam orang tua bila pakai. So aku bukak lah awning tu dah gunting2 jadi macam dekat gambar yang ada diterterakan. Pergh~ berpeluh-peluh.

Kelebihan ini ni
1. Melekat cantik je kat muka
2. Muka yang bulat terus jadi bujur
3. Yes dah boleh guna shawl yang jarang dan pendek.
4. Inner neck ni tak pendek. Sedang2 elok je.
5. Buat kita nak pakai hari-hari je. Hoh apakah? haha

Bestkan 5 manfaat dalam satu benda. Hik~
Jomlah layan

 


Sekarang ni kita bolehlah kitar semula tudung-tudung yang kita tak pakai menjadi tudung yang menarik dan sesuai dengan kita.

Suami Itu Suami Saya

8:39 AM 0 Comments
Salam.

Tajuk aku pon sendiri tak paham kenapa begitu rupa. Haha.

Iye saya dah lebih setahun berkahwin. Macam-macam perangai dia yang saya kenal. Saya sayang suami saya. Muuuahhh. Haha. Dia baik sangat dekat saya. Saya nak pergi jalan-jalan dekat tesco dia ok je. Tak pernah larang saya nak pergi mana-mana kecuali pergi jauh-jauh. Pokoknya dia susah nak kata tak. Kalau nak apa-apa beli jelah.

"Abg nak baju" Dia kata ambiklah. "Abg nak beli mekap hehe" hish belilah nah duit ni. "Abg jom pergi Poh Kong" Dia lari dan tukar topik. Hoh pulak! hehe.

Macam-macam aku nak belikan. Tapi bukan selalu ye. Kalau selalu alamatnya makan nasi ikan kering aku nanti. Hah "aku" pulak.

Tadi bukan main cantik bersaya-saya.

Ok masuk balik.

Perangai dia tak pernah nak pikirkan diri sendiri. Asyik pikir orang lain. Ni yang jeles ni. Jangan pikir orang lain. Pikir i je tauu. lalala~ 

Eh dekat mana kita tadi?

Ok suka tau bila dapat baju baru. Ala kita beli murah-murah jelah. Jangan demand lebih dan membazir beli mahal-mahal. Selalu beli baju kat tesco sebab senang beli barang dapur sekali kehendak buaya sekali. Kihkih. Nanti kita snap gambar kalau dah pakai baju baru tu. Ala... tapi kalau nak sepasang ngan kita bolehlah beli dekat tesco. Semua tesco ada baju ni kot. Ala... janganlah pakai depan kita tau. Nanti terpaksa ambik lipstik corak2kan dekat baju macam iklan sabun basuh baju tuh. Kita pakai daia lah. Tak tau boleh hilang ke tak nanti. hihik~

Kami tak giler branded. Pakai murah janji sedap pakai.
Tapikan bukan selalu tau beli pape. Berbelanja jangan ikut nafsu saitonnn dan mengikut ketebalan poket.

Perhatian!!
Kepada semua perempuan jangan kacau suami saya.
Hikhik
Ingat tau.
Babai.

Tau tau tau..
Ingat.

Oct 9, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates