Jul 2, 2012

# Filem Mael Lambong 2012

Mael Lambong : Kurang Menyengat

 Salam...


Kecohkan korang nak tengok Mael Lambong. Jadi aku pun menerjahlah jugak di pawagam berhampiran. Mula-mula ingat nak tunggu keluar dekat astro first je beli RM15. Tapi apakah salahnya tambah lagi RM5 untuk merasa aircond dan sound yang bingit. Hehe. 



Meh aku ceritakan sedikit jalan cerita Mael Lambong ni.

Mael Lambong si penarik kereta yang tak makan rasuah ok. Dia memang hebat bab-bab tarik kereta. Bapak dia pon selalu je telefon masa dia tengah nak tarik kereta. Tanya Mael ada masalah ke? Nak bapak bawak orang-orang kita ke?. Haha.. Ok sekarang aku gelak sebab dah tahu full cerita. Mula-mula aku biase je tak gelak pon. Korang yang belom tengok nak tahu. sebenarnya tu bukan bapak dia yang telefon. Tu rakaman suara. Agak-agak nak kasi takut orang lah. Perjalanan dia lancar je sebelum tu tetapi bertukar dalam sekelip mata sejak bertemu dengan Maria (Juliana evans).

Tiba-tiba je si Maria ni masuk dalam kereta Mael masa Mael baru lepas tarik kereta orang. Maria suruh Mael jalankan kereta cepat sebab ada orang nak bunuh dia. Mael tunjuk hero dan keluar dari kereta. Bang Bang Bang!!!!!!! Orang jahat tu tembak tapi tak kena pon Mael sebab dia lentur-lenturkan badan dia dan cepat-cepat masuk kereta balik. Mael marah sebab tak bagitahu yang orang tu guna pistol. Dia pon pecutlah kereta tapi..... tak gerak-gerak. Hahaha  sebab dia nerves sampai tak turunkan handbreak. Ok ni lawak. Pada akhir cerita ni kita akan dapat tahu kenapa Mael yang terlibat dengan masalah ni dan kenapa Maria masuk kedalam kereta Mael. Sebenarnya Maria nak keluarkan kereta dari parking tapi kereta Mael menghalang kereta dia sebab masa tu Mael sibuk tarik kereta orang. Nak tahu apa alasan Mael lepas Maria ceritakan kisah sebenar? Dia kata ala... kenapa tak suruh dia reverse je. Tak ada lah dia terlibat sampai macam ni sekali. hahaha., Ok fine ni masih boleh aku kata luculah.

Optimized ML 16 1024x680 Review Filem Mael Lambong
Macam ni lah rupa masa nak kena tembak tu
Perjalanan dorang terus sampai ke pantai timur. Dalam perjalanan yang lawak sikit part Mael mengantuk sampai kereta terbabas ke laluan kereta bertentangan. Pastu Maria bawak kereta. Bangun-bangun tidur je Mael tengok yang dia dah dekat kampung dia. Lepastu tiba-tiba lak kawan dia nampak dia dan ajak minum dekat kedai dia. Masa dekat kedai tersempak lah pulak dengan kekasih hati lama Mael iaitu Rozie. Cinta dorang ditolak sebab perbezaan hidup. Rozie kini bertunang dengan Tiger (Tai). Tiger bengang sebab Mael dan Rozie bertemu kembali. 

 Optimized ML 13 1024x685 Review Filem Mael Lambong

Masa malam pesta pantai dekat kampung tu Maria kena tangkap. Mael nampak Maria terbaring dekat tempat macam bus stop kot. Dia kejutkan Maria kenapa tidur dekat situ. Maria bagitahu dia kena serang dan Microchip yang dicuri dah diambil. Mael sangka dia pencuri dan tak mahu masuk campur urusan maria lagi. Maria pun explain yang tu microchip tender kerajaan yang orang jahat tu ambil dan dia sebenarnya adalah perisik. Ok part ni serius sangat bosan.

Mael dan Maria menginap di homestay dekat kampung tu. Masa dekat situlah berlaku adegan lawan-lawan antara Mael dan Maria. Ada part tak senonoh sikit sebab terkangkang lah ape lah. Aku tahu part tu yang korang suka tengok dan bagi korang lawak. Bagi aku no point. 

Apa yang abang kat hujung kereta tu fikirkan? Haha

Masa Maria dan Mael nak gerak balik ke KL tiba-tiba Rozie nak ikut siap bawak beg lagi. Berlakulah adegan kejar mengejar dengan Tiger pulak. Time ni ada sikit lawak bila Tiger kejar pastu kereta dia langgar ampaian sampai tersarung tudung dekat dia. Haha ni lawak sikit. Yang lain biasa-biasa bagi aku.

Lepas jugak dorang dari Tiger. Masa dekat KL Mael hantar Maria dan terus balik ke rumah dia. Part ni ada orang tua lalu dan tengok dia. Dia terus cakap jangan risau dan pesan dekat pak cik tu jangan tulis dalam blog sebab dia tidur dekat dalam kereta dan Rozie tidur dekat dalam rumah.

Masa dah pagi dia bangun tengok ada surat dari Rozie dekat pintu. Rozie bagitahu dia keluar ke kedai. Time tu tiba-tiba ada orang tangkap Mael. Dia sedar-sedar je dah ada dalam bilik gelap. Ada dua lelaki ala-ala Man In Black (MIB) lakonan Shuib dan siapa sorang lagu aku lupa nama. Siasat punya siasat. Tiba-tiba ada bunyi telefon, Mael kata bapak dia telefon. Ayat yang bapak dia cakap sama je masa Mael tengah nak tarik kereta orang dan tiba-tiba bapak dia telefon, Kantoi.... bila Shuib kata jangan nak tipu sebab dalam bilik tu tak ada line telefon. Haha.... Part ni baru kita akan tahu yang sebenarnya bukan bapak dia yang telefon selalu. Tapi hanya rakaman suara je. kiki~ lol. MIB pon siasat lagi tanya mana microchip tender kerajaan tu. Microchip itu telah dimasukkan kedalam laptop Mael. Dia kata Maria yang penipu dan jahat sebenarnya. Segala-galanya adalah perancangan Maria. Ok Mael percaya. Dia kena sembur cecair pastu pengsan. bangun-bangun dah ada dalam kereta balik. Pastu kena tangkap lagi. Kuncu-kuncu Maria pulak kali ni. Maria terang balik dan Mael pon percaya pulak.

Mael pon disuruh ambil laptop dekat kedai kawan dia. Sebab laptop tu dia hantar dekat kedai kawan dia. Time ni aku pelik bila masa sebelum ni dia hantar laptop dekat kedai tu. Sebab tak ada tunjuk. Abaikanlah.

Masa sampai dekat kedai dia tengok orang jahat tu dah pegang laptop dia dan bawak lari. Berlaku kejar mengejar dan orang jahat tu nak tembak Mael. Maria halang dan tembakan tu kena dekat Maria. Mael kejar orang tu, akhirnya dapat. Senangkan..

Masa dekat hospital Maria bagitahu Rozie yang dia dengan Mael tak ada pape dan Rozie beruntung dapat Mael. (Kira macam tu kot. Tak berapa ingat lah. Haha) Masuk pulak Ahmad Idham dan berterima kasih dekat Meal dan cakap kalau Mael perlukan apa-apa boleh bagitahu. Mael terfikir sesuatu. (Rupanya dia suruh skuad perisik tu pergi tangkap Tiger). Masa Tiger disoal siasat dia ditanyakan sama ada dia ada melakukan guna-guna dan menipu dekat mak Rozie supaya mendapatkan Rozie. Tiger pon mengiyakan.

 

Akhirnya nama Mael bersih, mak Rozie terima Mael dan Mael pon dapat kerja di bahagian perisikan. Selesai.

Kritik:

1. Banyak lagi unsur lawak yang boleh dimasukkan. (contoh: part berlari turun tangga bergerak tu. Diaorang turun kebawah tapi ikut tangga yang bergerak keatas. Dekat situ boleh lawak kalau dorang berlari tiba-tiba baru perasan yang dorang masih dekat tempat yang sama sebab tangga tu sentiasa naik keatas. Bila dah perasan barulah tunjuk dorang lari laju-laju turun ke bawah. Ni biase je. huhu)

2. Banyak kelopongan cerita. Agak lembap dan masih ada part-part yang bosan.

3. Watak Juliana Evans sebagai perisik tu tak sesuai. Sebab suara kecik dan lembut dan air muka dia memang macam tak sesuai.

4. Bukan ulik mayang dah tak boleh dimainkan ke sebab ada unsur pemujaan. (maaf kalau aku salah lah).

Kesimpulan: Kurang berpuashati dengan tiket yang dibeli. Kenapa korang suka sangat sampai aku ingat best sangat!







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates