Lagi seminggu je nak raya. Mesti ramai dah kelam nak siapkan kuih rayalah, gaduh-gaduh ngan tailor sebab baju tak siap-siap mau pakai raya, tiket habis dan macam-macam lagi. Harap bersabarlah dan ingat raya bukan sekali, lain tahun ada lagi. Hoho apakah???
Gembiralah sebab tak payah masak. (dasar pemalas) |
Dah lama aku ngidam nak makan nasi dagang dan akhirnya bersua juga dekat bazar semalam. Walaupun hanya dekat 4 tahun aku duduk terengganu tapi tekak terengganu memang melekat-lekat kat aku. haha mampus bahasa aku.
Okay ni memang kurang ajo. Aku makan tak habis sebab tak sedap. huhu (T_T) Ke nasi dagang terengganu dan nasi dagang kelantan lain. Aku rasa ni orang kelantan jual sebab dia sebut nasi dage. Huhu. Spoil..
Teringat dulu duk sane. Nasi dagang ni orang sana makan untuk breakfast tau. Macam-macam ada nasi kerabu, nasi briani, nasi hujan panas, nasi lemak dan macam-macam jenis kuih. Heaven ok sarapan pagi. Yang penting murah-murah. Biasa sebelum aku pergi sekolah aku akan singgah Pasar Cabang Tiga. Tak jauh pun dengan rumah aku kat Kubang Buyung. Ok kalau korang pergi sana pasti akan rambang mata dengan pelbagai jenis kuih dekat situ. Aiii bukan tu aje tau.. nama pun pelik-pelik ada. Murah pulak tu. Beli 50sen dapat tiga biji. Beli seringgit dapat enam. Mane tak heaven?
Yelah pergi sekolah bawak duit belanja limapulohsen. Mestilah rasa heaven dapat banyak dengan harga yang minimum. Seketol leh makan untuk sarapan dan dua ketol lagi makan time waktu rehat dalam kelas. Kadang-kadang aku beli keropok lekor je kat sekolah sepulohsen satu. Keropok lekor pantai timur ko makan hari-hari pon tak muak tau. Selalu kalau tak ada duit belanje aku makan kerusi meja dalam kelas. tsktsktsk....
Nak tau tak kalau dekat terengganu korang jangan terkejut kalau dalam karipap pon inti ikan. Pulut panggang juga begitu. Er mula-mula aku pelik tapi lama-lama sedap pulak kan.. Aku semuanya sebat janji makanan yang halal namanya. Yang pahit aku tak suka.
Ok memang bab melalut akulah juara. Dah macam orang tua cerita satu bab dan berjela-jela ke sub bab. Haha fine.
Penutupnya aku beli air tebu. Arghhhh leganya time puasa tekak haus dapat air tebu. Lega rasa tau. Siap beli dua bungkus tu.
Round kedua dan nak habis dah |
Perut masing-masing penuh dengan air.
Babai. (~_O)v
wah hari2 masak bagusnyer!
ReplyDelete