Sep 17, 2012

# charcoal # Daiso

Daiso Kedai Barangan Jepun RM5 - IPOH



Salam...

Owhhh~
Haha pembuka yang sangat buruk. Sabtu baru ni aku ada exam dekat ipoh. Macam nilah rupa orang yang dah lama meninggalkan pen dan kertas.

Habis je exam tu aku cari jusco sebab nak pergi Daiso. Perempuankan suka Daiso sebab masuk je terus feel feel kawaiii gituh. Hoho! Arghhh sesat aku sampai ke Jusco section 2. Kat situ tak ada Daiso ok. Daiso dekat Jusco section 18. Errghh apa punya GPS lah. Sebenarnya aku yang silap sebab tak tahu dekat Ipoh ni ada dua Jusco. Heaven kan orang ipoh ada dua Jusco. Haip!

Berbekalkan Google Maps ni susah betol sebab tak update langsung. Jusco section 18 masih tak nampak dalam Map sebab masih baru. Jadi kalau korang nak cari. Korang taip alamat dia je.

Besar jugaklah Jusco dekat section 18 ni. Sesat mak nak cari Daiso. Kejang urat-urat. Haha..
Tempat dia agak tersorok. Sebab tu tak perasan.



Barang dia ok lah. Tapi tak adalah banyak sangat macam dekat KL. Semua barang RM5 ye adik-adik. Barang rumah ada, kitchen ada, alat tulis ada, health care ada, makeup ada dan macam-macam lagi. Kena mai sendiri baru tahu.

Kalau korang dah masuk, mesti keluar dengan sesuatu. Haha percayalah. Kalau tak ada duit pon mesti beli satu je. ngee~ Jom tengok apa yang aku rembat.

Charcoal Mask Daiso
Sekarang ni banyak dekat internet ada jual produk ni dengan pelbagai jenis harga. Kesempatan tu diambil oleh penjual sebab tidak semua negeri ada kedai Daiso ni. Macam dekat Taiping kan tak ada. Huh! Tapi nasib jiran-jirannya ada Daiso macam dekat Ipoh dan Penang. Hari selasa ni eh esok lah nak pergi penang lak. Husband ada kerja dekat sana. Jadi boleh singgah dekat Queenbay sebab ada Daiso di sana.

Siapa yang nak mintak saya belikan pon boleh. Sila email saya barang apa yang anda nak (pelangi_isya@yahoo.com).

Pastu ternampak benda alah macam pam. Sila lihat gambar di bawah. Tak paham macam mana nak guna. Sebab bahasa Jepun kot. Kata barang jepung.. Rasa benda ni untuk sedut jerawat sebab dalam gambar kat belakang kotak tu ada benda terkeluar lepas kita pam. Aiiii tapi bila buat tak mau nye apa-apa pon keluar. Ke aku salah cara??? hoho.


Yang pink-pink dekat bawah ni cleansing pad. Aku tak paham betol kenapa gambar aku upload jadi tunggang tebalik ni. Cleansing pad ni digunakan bila kita cuci muka. Biasa kan kita gosok-gosok muka kita pakai tangan. Kadang-kadang tak bersih. Tapi kalau pakai cleansing pad ni dia bersihkan muka kita sampai ke liang-liang pori. haha. Lepas tu muka kita rasa licin jer. Trylah beli kalau nak rasa macam mana. Hanya RM5 dekat daiso. Kata kedai RM5. Jadi suma yang saya beli ni RM5 lah. Kena pandai pilih sebab kadang-kadang ada barang yang sepatutnya berharga kurang dari RM5 tapi dijual dengan harga RM5 juga.



Aku  tak faham kenapa En.bunbun beli benda alah dekat bawah ni. Rumah kitaorang ni macam ada empat musim je. Haha pastu bila dah ada asyik tengok je. Kejap-kejap tengok berapa suhu rumah. Pagi tadi suhu rumah adalah 29. Petang nanti mau sampai 33 34 darjah c.



Eh macam-macam lah ada dekat Daiso. Barang perhiasan rumah pon ada. Esok nak pergi lagi. Nak apa-apa tak?? Email ye kalau nak.











12 comments:

  1. I HEART DAISOO so muchhh. Bestt sebab macam2 ada, kadang2 huihhh terbeli pulakk hehehe

    ReplyDelete
  2. Hahaa.. masuk mesti je terbeli. Tak jadi pulak window shoppingnye.

    ReplyDelete
  3. rase rasenye orang akan tertumpu pade gambo atas skali (´o`)

    ReplyDelete
  4. asslamualaikum nak tnye,yang Mask die picture NO 1 kt bahagian mne?penat sye mencari tp x jmpe pencuci 2?:)

    ReplyDelete
  5. Ada dekat bahagian dekat2 barang makeup. Kawasan dia memang tak besar. Mask tu dia letak bahagian atas2. hehe.

    ReplyDelete
  6. Tlg belikan untk sy bleh? Charcoal mask

    ReplyDelete
  7. Haha lama dh tak pergi daiso. baru ni pegi tgk asyik tak ada je. Ada reseller yang dh borong kot. :)

    ReplyDelete
  8. brg2 daiso ni ade tanda halal ker?

    ReplyDelete
  9. boleh tlong belikan tak charcoal mask??

    ReplyDelete
  10. tumpang tanya... kedai daiso kt aeon station 18 ni d tngkat brp ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates