Dec 7, 2012

# bateri # blog tutorial

Bateri Handphone Kembung!!! Atasinya.

Salam..

Kalau pakai telefon canggih pon banyak masalah kan?

Telefon samsung aku sekarang beterinya mengelembung. Pastu pergi hantar kedai. Tauke kedai tu cam tau-tau je bateri aku kembung. Belom cakap lagi tu. Nak tau apa dia kata? dia kata samsung galaxy w memang banyak problem bateri. Selalu orang pakai w hantar sini sebab bateri cepat kembung. 

Dia ingat aku ada charge fon dekat kereta. Tapi aku rasa sebab overcharge kot. Tapi sebelum ni aku pakai CSL ok je nak berhari-hari charge. Haha. Over tau fon mahal nih. Mengada-ngada.

So aku nak share dekat korang satu info untuk jaga beteri fon korang. Info ni aku jumpa dekat SINI 


Cara Memanjangkan Hayat Bateri Handphone

Handphone merupakan keperluan masa kini. Untuk yang berkemampuan, tukar handphone boleh diumpamakan seperti menukar baju. Tapi untuk yang kurang berkemampuan, mereka seboleh bolehnya mahu menjaga handphone dengan baik.
Bateri merupakan nadi sesuatu handphone. Walaupun bateri tidak mempunyai kaitan dengan fungsi application handphone tetapi bateri juga harus diberi penjagaan yang baik. Tentu ada antara kita yang pernah mengalami masalah bateri rosak, bateri kembung. Masalah ni penting kerana ia menyebabkan handphone kita tidak dapat mengesan kuasa bateri kita.
1. Off handphone ketika mengecas

Ketika sedang mengecas bateri handphone, sebaiknya pastikan handphone anda dalam keadaan OFF. Ini kerana ketika handphone dalam keadaan ON, arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri  kerana terdapat  penambahan beban pada proses kimia dalam bateri.

 
2. Jangan cas handphone di dalam kereta
Ketika mengecas handphone di dalam kereta, kita menggunakan port pemetik api sebagai sambungan. Voltage pada kereta selalunya tidak stabil dan menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Maka apabila anda selalu mengecas dalam kereta, komponen bateri akan mudah rosak.

3. Habiskan bateri (empty) sebelum dicas
Pastikan bateri handphone betul-betul habis sebelum dicas semula. Ini untuk menghidarkan dari terjadi memory effect.
4. Pastikan bateri full sewaktu pertama kali di cas
Apa pun jenis bateri handphone, proses mengecas untuk pertama kali selepas handphone dibeli adalah sangat penting dalam menentukan usia bateri. Ini kerana apabila kita mengecas bateri, seluruh sel dalam handphone berfungsi; maka disebabkan itulah cas untuk kali pertama disarankan waktunya lebih panjang, sekurang kurangnya 3jam. Untuk bateri nikel metal hybrid (Ni-Mh) nikel cadmium (Ni-Cd) ia memerluka masa selama 8jam.
5. Sentiasa kawal 
Mengecas bateri terlalu lama juga tidak baik kerana ia boleh merosakkan komponen di dalam bateri itu sendiri. Oleh itu kita hendaklah mengawalnya. Ini kerana di negara kita  masih kurang charger yang akan off secara automatik apabila bateri sudah penuh.
6. Elakkan Haba
Jauhkan bateri dari sumber haba yang boleh menyebabkan bateri handphone tersebut meletup. Walaupun harga bateri tidaklah semahal mana pun, tapi kenapa kita perlu membazir menukar bateri sedangkan kita boleh memanjangkan hayatnya?

14 comments:

  1. post yg menarik...keep it up! =)

    ReplyDelete
  2. okeh.. baru tahu. thanks for sharing. =) pasni nak kena off hp la time charge.

    ReplyDelete
  3. saya pun pakai samsung galaxy W!time kasih atas tips.
    Kisah Saya & Shaklee

    ReplyDelete
  4. bateri fon galaxy w saye dah kembung kemaren.tak pasal2 kne sapu dngn minyak yuyi cam limau..btw thnx for info :)

    ReplyDelete
  5. bpe harga bateri samsng galaxy w ye..h.p sy pn btri kmbung la..

    ReplyDelete
  6. Bateri fon samsung yang biasa tu tak mahal sgt pon. Dalam RM30 cm tu. Better pakai bateri sunglobal. Lebih tahan lama. Harga RM60 cm tu.

    ReplyDelete
  7. Mmg hp mahal pun xmnjamin kualiti..psti ada yg xoknya....

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Bateri hp samsung saya kembung,skrin tertanggal gam..

    ReplyDelete
  10. adui. point no 3 tu teramatlah salah nya. jgn sapa2 ikut. buat research dulu la. bateri li ion dgn li po xda memory effect. nk jaga battery ni jgn bagi stress. charge dlm lingkungan 20% - 80% ja. jgn bg penuh jgn bg habis betul2. lg satu memandai ja kena off phone masa charge. point no 4 tu pun salah. enset zaman bila tu pkai bateri ni mh.

    ReplyDelete
  11. tu laa sbb dok singgah2 tgk kt google pakar smartphone kata cara cas bateri li-po dgn li-ion dh tak sama mcm hnset dulu2 sbb jenis bateri pon dh berbeza,btw lebih baik semak dulu apa jenis bateri hnset hampa dan survey cara penjagaan bateri jenis tu takut nanti jadi kot lain naya ja

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates