Showing posts with label hari. Show all posts
Showing posts with label hari. Show all posts

Sep 16, 2012

Ada Mood Raya Lagi Ke?

9:12 PM 0 Comments
Salam...

Raya kali ni banyak tempat jauh-jauh kena pergi. Tapi best jugaklah. Sebab bukan terperuk dekat rumah dan tengok tv je kan. 

Eh Eh baru nak cerita pasal raya?

@#$%$^?

Raya tahun ni masih lagi di rumah mak aku. Kesian lak dekat mertua dah dua tahun tak sambut raya pertama dengan anak sulongnya. -_-v

Chop chop.. Jangan korang tunjuk-tunjuk jari dekat aku. Kita orang dah buat kata sepakat dan en.bunbun yang decide keputusan ni ok. Aku hanya tahu memanjakan mata dalam kereta. Aku tak pandu kereta sebab lesen aku lupe yang aku dah framekan dekat rumah. hikhikhik~

Jadi, berhari-rayalah kami di bandar. Aku takde kampung. So sad. 

Jom tengok baju raya orang yang takde kampung ni.

Biasalah mesti gambar dengan adik bongsu aku yang tak suke mandi ni dulu. Ok bila ada aku je, asyik suruh aku tolong pakaikan dia shawl. Nasib jadi je kan.. Ni jelah budak yang aku boleh sakat sekarang ni. Sebab adik perempuan yang atas dia tu dah kahwin. Kalau dengan adik lelaki aku yang sorang tu. Tak mendapatlah.. Sebab dia tu nama je adik tapi badan besar dari aku. Aku kan gemuk. Cube korang bayangkan kalau dia lagi besar dari aku macam mana rupa dia. Haha~ 

Korang jangan main-main walaupun dalam lima beradik aku cuma ada sorang je lelaki. Tapi kitaorang tak de main batu seremban. Kitaorang kalau kecik-kecik bergaduh siap lawan tumbuk-tumbuk. Ganaskan kitaorang. Harap nampak ayu je memasing. Tapi...... hoo~

Dan inilah orangnya yang melahirkan kitaorang yang ganazzzz... Mak kata keturunan bugislah katakan. Haruslah strong!! Tahniah sebab berjaya membesarkan kami dengan usaha beliau. Siapa kata orang yang banyak liku dah lalui ni cepat nampak tua. Tengok mak saya. Dah 51 tahun umur dia tau. 


 
Malah dah ada lima cucu dan nak masuk 6. Ni semua kerja kakak aku. Aku pon tak lepas-lepas lagi. Dia menambah je. ^^V

Ok. Habis bab bodek mak aku. Yang kat bawah ni pulak gambar adik-adik perempuan aku. Yang belah kiri tu Amalina. Masa ni dia belom kahwin lagi. Tengah menunggu hari masa tu.


 Haa... yang berbaju kuning tulah adik lelaki aku. Hensem ker??? No komen. hahaha~ 


Petang tu lepas beraya dekat rumah saudara-mara. Kitaorang pon bergerak ke rumah kakak. Macam banyak je pergi rumah saudara-mara bunyinye. Dua rumah sedare je pergi sebab kitaorang berkumpul sekaligus. Kan senang. Keluarga tak besar macam ni lah. Aku tak faham kenapa kakak buat muka macam tu. Maybe nak kasi muka nampak comels sikit kot.. hewhewhew.


  

Perempuan-perempuan semua... Arghhh. Ni lah hasilnya kalau suruh budak kecik (anak kakak) snap gambar.


Seronok bila dapat berkumpul macam ni. Yelah bila dah berkahwin ni dan duduk jauh terpaksalah kadang-kadang je balik. Sekarang ni dah 3 orang yang dah kahwin. Pasti ada yang tak lengkap kalau raya nanti. Kena atur niii... haihhhh~ 

Okaylah. Selamat hari raya semua.... Harap masih tak terlewat. Mohon maaf kalau ada bahasa yang kasar.

Gambar penutup

Aug 6, 2012

Nak Raya Sudah

11:13 AM 3 Comments
Salam ramadhan.

Setelah lama menyepi. Sibuk memanjang aku ni tak tau apa yang dibuatnya. Sibuk fikir nak masak apa kot untuk waktu bersahur dan berbuka. (sambil juling-julingkan mata)

Kepada pengunjung blog ini secara sengaja atau kebetulan je, aku nak mengucapkan selamat berpuasa dan kepada yang tidak berpuasa sila jangan makan depan aku. Ngee~ 

Maaflah dah setengah bulan puasa baru nak ucap-ucap bagai. Ko popular keee? (-_-)v Bajet orang tunggu ucapan bagai. @#$%

Sekarang ni tengah usaha nak buat satu benda. Malaslah nak bagitau. Babai.

no preview
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates