“Sayang, tadi abang nampak perempuan cantik tau.” Si suami yang baru pulang ke rumah bercerita kepada isterinya.
“Oh. Di mana?” Dengan selamba si isteri menjawab. Namun dalam hati, perasaan cemburu telah meningkat dengan mendadak sekali. Maruahnya sebagai isteri seakan-akan dicabar, namun dia hanya bersabar.
“Di Pavillion tadi. Muka dia, sebijik
macam Fasha Shandha tau. Cantik sangat.” Jelas si suami sambil bercerita
dengan lebih lanjut kepada isterinya.
“Oh…” Hati si isteri seperti tercalar bila suaminya memuji wanita lain
selain dirinya. Namun dia cuba mengawal diri agar tidak terlalu ketara
perasaan yang sedang dibendung ketika itu. Si suami pula masih lagi
berminat untuk bercerita dengan isterinya.
“Sayang nak tau lagi tak? Ada perempuan
lain yang laaaaagii cantik dari perempuan first. Rasa macam nak cubit
pipi dia je tau.” Kata si suami. Si isteri hanya mampu mendengar sahaja
perkataan yang keluar daripada mulut suaminya itu.
Akhirnya, air mata wanitanya jatuh juga
ke pipi. Dia menangis teresak-esak kerana berasa suaminya tidak sayang
kepadanya lagi. Si suami melihat isterinya kemudian tersenyum. Dia
mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya.
“Kalau sayang nak tau, perempuan yang
laaaaaagiii cantik tu sebenarnya isteri abang la.” Jelas si suami sambil
mencubit pipi isterinya yang masih menangis teresak-esak.
* * * * * * * * * * * * * * *
Hati perempuan sememangnya lembut. Malah tidak salah sekiranya Pakar Cinta mengatakan yang hati perempuan juga sangat rapuh.
Sekuat mana pun seorang perempuan,
sekiranya satu-satunya lelaki yang mereka sayang mula mengagungkan
perempuan lain selain dirinya, hatinya tetap tidak akan dapat lari
daripada perasaan cemburu.
Di saat itu, hanya kasih sayang yang sejati menjadi pemangkin untuk mereka terus setia kepada lelaki yang mereka sayang.
Sweet Sangatkan (*-*)<3 |
"Oleh itu, kepada mana-mana lelaki yang mempunyai isteri atau pun tunang atau pun yang sewaktu dengannya, jagalah hati wanita mereka dengan seromantik mungkin. Jangan sesekali menyakitkan hati seorang perempuan, kerana sesungguhnya perempuan memerlukan kasih sayang yang sebanyak mungkin daripada insan yang bergelar lelaki"
p/s:Menarik je aku baca article ni. Gambar orang tua tu pun sweet jekan.
Nampak sejuk je hati tengok mereka. Lelaki yang bodoh bangang je suka mengata orang perempuan yang ada hubungan dengan dia. (eh apasal aku marah pulak.Hahahaha~)
Korang kalau nak lagi artikel menarik lawatlah SINI.
mesti sedih sangat bile lelaki yang kita sayang + cinta puji orang perempuan lain kn?????
ReplyDeleteBetol betol betol.
ReplyDeletekalau trnampak pompuan cantik...diam2 jer, jgn bg isteri jeles...haha.
ReplyDeletehehe~ no komen.
ReplyDeletesweet sangat. that picture :)
ReplyDeletetika pun setujukan. Memang sweet sangat tengok. Harap2 kita pon macam tu bila dah tua nanti. Peace.
ReplyDeletesbb kita x cantik 2 sbb suami suka puji perempuan lain, katanya skdar suka2..jika kita dipuji lelaki lain, pasti suami kita cemburu jgk 2.. nak bt mcm mana...terima ajala ujian Allah ini..sabar..
ReplyDelete