Salam.
Semalam kecoh pasal gempa bumi yang tak kira di televisyen, radio, twitter, facebook dan macam-macam lagi. Untung tak ada tsunami yang mengorbankan banyak nyawa itu. Mintak dijauhkan ya.
Aku lepas tengok cerita puteri yang ditukar + Endless Story terus baring-baring dalam bilik sambil dengar radio. Tiba-tiba aku rasa katil aku bergoyang. Aku baru teringat ramai yang pernah kena dengan kes goyang katil ni. Arghhhhhhhhhhh!!!!! aku terpaku. Aku tanpa buang masa terus baca ayat kursi 3 kali. Pastu siap sembur-sembur.
Erk... kenapa tak hilang pun. Terus keluar bilik duduk depan tv. Buka pintu, tingkap semua. Bajet kalau jadi pape dekat aku nanti orang senang nampak. Huahuahua~ Arghh.. Aku pening kepala kot sebab tu rasa macam dunia ni bergoncang. Think +ve. Thank You.
Last-last En.bunbun balik bagitahu dekat office tiba-tiba bangunan dia bergegar.
Oooooooo..................
(~_^)v
hantu goyang katil tu pun bergegar sekali waktu gempa tu!
ReplyDeleteweee... takutnyee. (-_-)v
ReplyDeletepukul brape katil goyang tu? siang ke malam?
ReplyDeletesiang.. dalam kol 5 camtu kot. kalau malam bukan setakat pengsan je. Mau demam seminggu. huahuahua~
ReplyDelete