Bagi wanita sibuk dan tidak punya masa, tentunya sukar untuk
mengimbangi antara kerjaya, urusan peribadi dan rumahtangga. Nah, usah
cemas pelbagai aplikasi percuma di pasaran mungkin dapat memudahkan
tugas harian anda.
1. Dropbox
Dropbox mampu mengakses dokumen, foto, video serta menyimpan maklumat. Cara mudah untuk berkongsi dokumen secara berkumpulan. Aplikasi ini amat sesuai untuk wanita bekerjaya yang sibuk.
Dropbox mampu mengakses dokumen, foto, video serta menyimpan maklumat. Cara mudah untuk berkongsi dokumen secara berkumpulan. Aplikasi ini amat sesuai untuk wanita bekerjaya yang sibuk.
2. Evernote
Gunakan iPhone untuk ambil atau copy gambar, rekod suara dan tulis
nota. Segala urusan anda, akan terus dicatatkan di komputer rumah atau
pejabat. Evernote ibarat diari catitan perjalanan harian anda.
3. Fruit Ninja
Hiris buah-buahan ala Ninja. Permainan ini ideal dikala waktu lapang sekadar menghilangkan tekanan.
4. Ace Budget2 LIte
Jejaki perbelanjaan bulanan dalam bentuk format mudah dibaca. Bagi yang
boros dan kurang bijak berbelanja, tentu sekali anda amat memerlukan
aplikasi ini.
5. Nike Trainig Club
Teringin mempunyai jurulatih senam tetapi tidak mampu ke Gimnasium?
Jangan putus asa, jurulatih maya sedia membantu mendapatkan bentuk badan
idaman. Yang penting harus disiplin!
6. Big Oven
Big Oven mempunyai lebih 170,000 resepi mudah, cepat dan ekonomi. Jika
tidak pasti sajian apakah yang ingin dihidangkan buat tetamu.. kocakkan
iphone anda untuk mencuba resipi baru secara random.
7. Paypal
Tekan butang click untuk mengirim atau menerima wang. Mudah dan menjimatkan masa. Anda tidak perlu menjejakkan kaki ke bank.
8. Facebook
Kongsi cerita, bersama rakan-rakan. Usah ketinggalan untuk update lokasi dan aktiviti terkini and di Facebook.
10. My Monthly Cycle
Jejak kitaran haid, gejala, mood atau apa jua berkaitan kitaran haid.
Mycycle juga dapat meramalkan tarikh pusingan kitaran haid akan datang.
11. Amazon
Beli belah di alam maya! Isikan shopping cart anda dan cari pelbagai
produk di Amazon.com. Buat perbezaan harga kasut tumit tinggi atau apa
jua barang yang dikehendaki.
12. Jari
Ikuti trend dan fesyen terkini dengan muat turun aplikasi Jari!
Dapatkan Majalah terbitan Karangkraf dari lifestyle, libur, resepi,
perkahwinan dan keibubapaan menerusi Ipad anda. Pastinya ada sesuatu
menarik untuk anda!
Sumber: SINI
Jari?? ok x pernah dengar lg app ni.. kena try ni.. hehe
ReplyDeleteke ade kt iphone jer??
Tu lh. dekat android xde pon. maybe dekat iphone je. huhu
ReplyDeleteTu lh. dekat android xde pon. maybe dekat iphone je. huhu
ReplyDeletekalau ada ni senang ek org pompuan?
ReplyDelete