Jan 21, 2019

TRAVEL KE HATYAI, THAILAND (PART 2)

6:36 PM 10 Comments
Assalamualaikum, hi..

Rentetan dari part 1 di Hatyai maka terjadilah part 2. Hahaha..

Sambungan ya..

DAY 3

Bangun pagi-pagi kami dah bersiap untuk keluar breakfast.

Restoran Hamid

Restoran ni berdekatan dengan hotel yang kami nginap. Jalan kaki je. Restoran ni memang popular di kalangan pelancong terutama yang muslim sebab diyakini Halal. Untuk kita yang baru pertama kali datang memang agak susah untuk mengenalpasti restoran-restoran halal. Kami order roti canai dua, roti sekaya, nasi lemak. Air milo, teh o ais dan teh. Total semua adalah 336baht (RM40++). Mahal sangat wei. Bukan lah kedekut tapi kalau dekat Malaysia kita boleh dapat sarapan pagi yang mewah dengan harga macam tu. hihihi..🙊 Untuk rasa pon biasa sahaja. Maybe tak berapa pandai yang pilih menu-menu yang sedap. Lagi pon harga untuk menu yang gempak-gempak harga pon gempak. Tak berbaloi untuk kami yang hanya nak makan untuk breakfast.

Sepanjang jalan dari hotel ke restoran ni korang akan nampak banyak penjaja tepi jalan. Ada jual baju dan souvenir. Beli tshirt budak dua helai total 180baht. Masa singgah pantai Samila hari sebelumnya ada beli satu tshirt dewasa harga 100baht dan satu tshirt budak 80baht.

Check out..

Sebelum keluar breakfast dah kemas sikit time budak2 tidur jadi senang tak banyak dah nak kemas sangat.

Travel bersama-sama anak-anak yang masih kecil ni kita kena pandai urus masa supaya kita tak haru biru sangat. Packing, kemas buat time budak-budak tidur jadi teratur sebab tak ada yang mengacau.

Menuju ke van

Bergambar dengan anak sulung

Kalau korang perasan bibir mak kat atas pelik macam bengkak. Tetiba kan nak dekat-dekat bercuti mulut kena allergic. Tak sesuai pakai makeup remover dekat bibir. Tambah pula mulut jenis kering. Susah betol kulit kering nih. Nanti kita share skincare routine untuk dry skin kalau ada masa.

Bagi gambar kecik je supaya korang tak geli. hahaha. Ketara area tepi bibir sampai ke atas bibir. Sapu pelembab je tak dapat nak warna warni. huhu.. Mak cik bawang mesti cakap sebab mulut jahat tu jadi camtu. 💢
BigBee Hatyai


Kalau datang BigBee Garden kena gambar dekat sini tau. Haha~
Posing belakang tu tandas🙊






















Sampai-sampai sini kami terus masuk ke ruangan untuk test madu secara percuma. Sedap madunya tak terlalu manis. Macam ala-ala teh manis. Lepastu korang boleh round-round dalam kedai ada macam-macam jenis madu yang dah diproses menjadi produk-produk kesihatan.

Nama pon BigBee Garden maksudnya ada kawasan garden tempat nak foto-foto kan.. Tapi cuaca agak terik dengan ramai orang masa tu jadi tak berapa selera untuk bergambar. Gituh..

Nora Plaza

Selain tu Nora Plaza pon antara kawasan tumpuan pelancong. Dekat sini korang boleh try minun air sarang burung walid. Kalau macam teringin tu boleh lah try harga dalam 120baht kalau tak silap. Tapi.. tak sedap... kihkihkih~

Kalau korang cari barang-barang kulit boleh singgah di Nora Plaza ni. Ada juga jual benda-benda lain lagi macam souvenir, tshirt ke apa semua tu standard lah. Kitaorang habis dalam 312baht. Baju dekat Nora Plaza mahal.

Tak turun Nora Plaza sebab budak-budak tidur + ramai giler orang

Chang Puak Camp


Adik bongsu. Nasib tengah cuti sem jadi boleh teman ikut sama kitaorang.
Dekat sini popular kalau nak tengok gajah-gajah besar. Besar giler okay. First time tengok gajah tinggi besar depan mata. Nampak sangat tak pergi zoo. Dekat sini macam-macam aktiviti korang boleh buat tapi semua berbayar ya kecuali nak masuk tengok-tengok tak ada bayaran.

Dekat bawah ni antara aktiviti yang boleh kita buat beserta harga yang dikenakan. ⇊

Gambar google

Ni lah gajah yang korang akan naik nanti. Besar. Tapi seram lak takut jatuh. 
Antara aktivi yang kitaorang buat dekat sini adalah aktiviti tengok tengok sahaja. Hahahaha...🙈


Sebelum balik Malaysia kami singgah lunch dulu. Cuma tak berapa pasti nama tempat dia. Sampai-sampai kita pilih seafood dalam ice box nak makan ikan apa, ketam ke sotong ke. Nampak fresh semua.

Menu ikan masa sweet sour, sayur kailan goreng dan telor dadar. Total 255baht.. murah dan sedap. view pon cantik menghadap laut. Cuma pelik kenapa pergi thailand tak order tomyam.. Adoyai...

Tak tshu lah nama tempat makan ni apa..

Jan 11, 2019

TRAVEL KE HATYAI, THAILAND (PART 1)

9:40 PM 0 Comments
Assalamualaikum, hi... 

Kita throwback tahun lepas, 2 bulan lepas je. Hahaha.. 2 Nov 2018 kitaorang bercuti ke Hatyai. Kos RM250 seorang merangkumi transport dan penginapan. Kami naik van jadi agak mudah lah sebab tak terikat dekat terlalu ramai orang. Kalau trip ramai-ramai kena rushing, nak kumpul orang lah, nak tunggu semua ada lah, ragam pon ramai kan. Naik van nak berhenti mana-mana pon senang. 

BOLEH PERGI MANA DAK BUAT APA KALAU KE HATYAI?????

Kebiasaannya Hatyai lebih popular untuk 'food hunting'. Sesiapa yang giler makan dan suka mencuba kepelbagaian makanan boleh ke Hatyai. Cuma kalau di semenanjung ni tak susah mana nak dapatkan makan makanan Thai sebab terlalu banyak dah kedai masakan Thai. Cuma kena pandai cari je kedai mana yang rasanya terbaik. 

DAY 1

Kitaorang gerak dari Taiping dalam pukul 4 lebih pagi macam tu. Sejuk gila dalam van ni. Aircond terbaik. Takde lah korang sampai basah-basah ketiak tuh. Dalam pukul 11 pagi anggaran sampai kitaorang terus lunch dekat Kedai makan di Satun. 

Budak ni masuk-masuk border Thai je terus shopping jajan sampai 100baht

Sila lah faham bila tiada gambar makanan. Kelaparang masing-masing. hahaha~
Makan

Menu tomyam seafood ada udang besar-besar (tomyam gong ke apa nama yang rasa santan tuh), ikan goreng yang ada sos hitam ngan bijan. Tak tau nama...🙏. Dengan sayur campur dan telor dadar.. Biasa lah tomyam kalau tak gu kan dengan telor dadar macam mandi tak basah rasanya. hihi.😋😋 Total makan untuk 3 dewasa adalah.... jeng jeng jeng... 760 baht. Jap nak check converter. Dalam RM90 lebih guys.. Okay lah sebab udang dia besar-besar. Bab nasi dia memang kena dengan tekak. Nasi dorang ni macam nasi pulut je rasa. cuma tak adalah terlalu keras macam pulut betol. Tapi encik suami tak suka. Lebih prefer nasi biasa.

Habis makan-makan terus gerak check in hotel. Sebab lepas tu nak terus pergi jalan-jalan di Pulau Bara. 

Island Hoping (Pulau Bara)

Orang last turun bot. Terpaksa sebab anak-anak sibuk nak turun.
Pulau Bara (Pakbara) ni dekat Satun juga. Cantik view dia. Kitaorang naik bot keliling pulau. Best sangat. Masa sampai-sampai hujan renyai-renyai. Risau laut bergelora ke apa. Dah la bawa anak-anak kecik. Mak nye tak pandai berenang pulak. Haha. Alhamdulillah.. Tak lama lepas dah sampai tengah pulau sikit hujan dah reda. Nampak tak gambar kat atas. Rancangan asal anak-anak dan mama nya tinggal duduk dalam bot je. Tak berani naik kayak tu. Tapi bila anak korang terlebih berani. Jawabnya mak pon redha turun sekali.. 

Cantik view dekat sini
Bajet naik bot pusing-pusing, guide dengan makan semua 1000 baht untuk sorang. Budak-budak tak dikenakan apa-apa bayaran. Percuma saja budak-budak. Mula-mula rasa mahal untuk pusing tengok-tengok pulau je. Tapi bila dah rasa sendiri berbaloi sangat. Tambah-tambah tour guide yang bawa kitaorang kat pulau ni sangat ramah, baik. Baru jumpa dah macam keluarga je rasa dorang buat. Makanan yang dorang sediakan homemade makanan laut fresh dorang masak. Ketam, siput, sos dia ngan ada lauk tambahan lain-lain. Tak kedekut langsung. Banyak betol ketam dorang sediakan. Siap tolong bukakan lagi. Seronok tengok anak-anak mandi manda. First time dorang mandi air laut open macam nih. Apa-apa pon kalau korang nak bawa anak mandi air di luar berjaga-jaga sebab dorang tak kenal bahaya. Kita kena alert. 

                            

Seronok dorang ni mandi
DAY 2

Check out dan breakfast. Order nasi lemak tapi dapat macam nasi ayam?? memang macam tu ke? haha.. tak pe janji sedap. Try makan pulut ayam dia. Tapi rasa macam kering sangat pulut tu. Plus ayam pon kurang juicy. Maybe tak kena pada tekak.


Pulut ayam

Jeti Pakbara

Aktiviti sebagai tourist tak lari dengan bergambar. Sila lah bergambar di sini sebagai kenangan...


Pantai Samila

Sampai di Songkla City singgah di Pantai Samila. Biasa orang melancong memang akan singgah sini. Kat pantai ni lah ada kes pasal bom tuh. Nasib tak ada korban apa-apa. Kat pantai ni ada booth jual-jual. Boleh la nak beli tshirt atau souvenir.

Hujan masa ni
Floating Market

Perjalanan agak jauh dari pagi dah bergerak dari satun, petang baru kami sampai di floating market. Tempat paling popular bila korang ke Hatyai.. Dekat sini macam-macam makan dengan harga yang murah-murah korang boleh dapat. Sayang masa pergi tu dekat cuti depavali. Sabtu ahad pack giler dengan manusia. Korang rasa macam dekat Malaysia pon ada sebab ramai orang Malaysia semua pakat melancong kat sana gak. hahahaha~😅


Telor puyuh ni feveret. Sedap giler.
Tauke ni tak menang tangan sebab ramai nak makan telor. 😂
Macam panjang dah karangan nih.. penat tak korang?? Tak pe kita habiskan day 2 nih. Next post day 3 lak.

Asian Night Market

Habis beli makanan dekat floating market terus balik hotel. Kitaorang check in di Grand Plaza Hotel. Betol-betol dekat tengah bandar tu senang nak jalan-jalan sekitar. Malam tu kitaorang pergi Asian Night Market naik tuk-tuk. Nak tau tuk-tuk tu macam mana korang boleh google. haha..

Dekat situ memang macam antara lubuk shopping lah kalau kita ke Hatyai ni. Ada jual macam-macam. Bahagian tingkat atas ada macam food court dia. Popular pulut mangga pergi cari tapi kebanyakan kedai dah nak tutup dan habis makanan. Kitaorang datang lambat.

Dalam pukul 11malam kitaorang balik hotel. Tido...

Chop!!!! Pagi hari kedua tu lepas singgah bergambar dekat jeti pakbara kitaorang singgah Pasar pagi pekan Satun kejap. Tapi tak beli apa-apa pon. Nak beli makanan tak tau mana halal mana non-halal. Dekat Satun ni tak ramai yang tahu bahasa Malaysia. Kalau nak beli macam ayam ngan itik bercakap sebab ada yang tak tahu bahasa inggeris gak.

Last day aka hari ketiga kita sambung ke next post...


Jan 8, 2019

Salam Tahun Baru 2019

6:33 PM 2 Comments
Assalamualaikum. Hi..



Setelah sekian lamanya kan... last update 2014. Last update anak satu. Sekarang anak dah tiga. Hihihi.. 

Anak-anak jarak rapat (2013,2015,2017) jadi memang busy apa pon tak nyempat. Alhamdulillah semua membesar dengan baik. Zafran(boy), Zahra(girl) dan Zahrin(boy). Zafran dan Zahrin masa baby kena eczema jadi mama memang beri perhatian 100% menjaga dan merawat dorang. Sekarang dua-dua dah bebas eczema insyaAllah. Harap tak ada lah lagi nanti. Kalau ada kerajinan nanti Sya buat post pasal eczema budak dua orang tuh. Tak janji ya. Hahaha

Jangan rasa macam salah masuk blog tau korang. Semperna nak bagi semangat baru so kita kasi update sikit template baru dan masih dalam proses lagi ubah itu ini ikut kesesuaian tahun 2019 gituh. Ke makin huduh nampak?? (T_T)v 

Harap blog ini masih ada yang nak berkunjung dan masih releven lagi. Wah... 

Selamat tahun 2019 dan makin bertambah umur. Omg!!! 32 dah tahun nih. 


Nov 25, 2014

Aeon Jusco Di Taiping

9:21 AM 4 Comments
Assalamualaikum,

Sekarang di taiping dah meriah tak macam dulu. Jalan baru dan banyak shopping mall baru macam Taiping Mall dan Jusco.. Jusco rasmi dibuka 14nov2014. Kalau sebelum ni teringin nak pergi Jusco kena menapak dekat manjung atau ipoh. Jauh okay. Sekarang 10minit jer dah sampai. Almaklumlah tambah-tambah lagi taiping ni kecik je.

Kalau sebelum ni nak pergi mana mesti Tesco, giant dan taiping central. mihmihmih.

Tapi kalau nak beli barang dapur lebih prefer Tesco,giant or econsave. 

Taiping Mall kitaorang tak pernah pergi lagi pula. Taiping Mall ni dekat dengan kedai Manjaku. Disebabkan Taiping Mall ni juga jalan jadi sesak dekat situ. Nak parking pergi Manjaku pon susah. Kitaorang ni suka pergi beli susu ke pampers ke dekat Manjaku sebab murah tau berbanding beli dekat Tesco or Giant. Adalah beza dalam lebih kurang RM10. Manjaku taiping ni harga dia lebih murah sedikit dari Manjaku di tempat lain rasanya. Sebab aku ada pergi dekat Manjaku seremban  harga dia tak sama. Tak sure kenapa. (^_^)v Orang2 taiping kalau nak murah sikit beli barang baby boleh beli dekat Manjaku taiping. haha pahal lak aku promote nih. Cuma parking memang susah. Kalau ada luck boleh parking depan kedai memang terbaaikk lah. Kalau tak kena menapak sikit parking jauh sikit or parking dalam Taiping Mall. Hahahah.


Eh eh.

Macam biasa dalam Jusco lebih kurang sama dengan tempat-tempat lain. Dua kali pergi rasanya tak habis pusing semua tempat pon lagi. haha pening-pening.

Bila dah ada anak ni haruslah bawa ke tempat yang dorang suka kan. Kids zone memang menarik. Zafran bebas pergi dekat mana-mana aje. Biasa kalau dekat rumah pegang tu tak boleh pegang ni tak boleh, pergi sana tak boleh pergi sini tak boleh. ha cengitu. mihmihmih.. tapi dekat kids zone ni boleh. Dia pon suka sangat. Ramai kawan juga.









Selain tu untuk ibu-ibu yang menyusukan anak or nak tukar diapers anak tak perlu risau. Tempat yang disediakan sangat tiptop. Besar juga ruangan dia. Plus bangunan barukan haruslah cantik dan elok semua. Siap ada tempat main baby lagi. Cuma bola-bola dia sikit jer. Tu pon Zafran dah meronta-ronta tak nak keluar dari situ. (-_-)v

Kalau nak bancuh susu tak perlu susah-susah bawak air panas ke apa. Bawa susu je sebab dah disediakan mesin air panas dan suam.




Okay puas pujuk dia. Maraung-raung nak duduk dalam tu je. Tinggal kang baru tau. Haha.


Rata-rata orang Taiping mesti dah singgah Jusco nih. Benda barukan..

Nampaknya lepas ni Taiping no more for retirement.. kesian. Jalan pon dah mula sesak. Tapi masih tak seteruk KL. hehe.




Nov 24, 2014

Pengalaman Bersalin Part 2

9:29 AM 0 Comments
Sambungan dari part 1. eh lama bena nak masuk ke part 2. mihmihmih..

Masuk sahaja ke labour room check tekanan darah aku rendah. Padahal aku ni GDM. GDM ni macam mak-mak mengandung terkena kencing manis. Namun masih dalam GDM on diet control. hohoi.. Mungkin sebab aku sakit sangat dengan makan mihun sesuap je sebab tu tiba-tiba tekanan darah aku rendah.


Orang lain kebanyakannya kena drip sebelah tangan je. Aku sampai dua-dua tangan kena. Tension i tengok jarum. Berlubang tangan i. Nasib dah takde nak bersanding atas pelamin lagi. lol. Masuk air kasi aku tenaga sikit kot. Cuba drip air milo ke air sirap bandung ke. Best lah sikit kan kan..

Macam biasa bila dah masuk labour room wayar akan berselirat dkt badan/perut sebab nak check perkembangan baby kita. Dengan sakitnya.. sekejap-sekejap panggil nurse cakap macam nak berak. Nurse pon fedup. haha.. baby pon tak behave dekat dalam perut tuh. Contractions pon kerap sangat dan aku punya sakit macam dah hujung dunia. Sakit induce ni lain macam sebab kita paksa baby keluar. Baby pon dah tak selesa kot seharian air ketumban dah hilang tah kemana. Tambah pula saki baki air ketumban dah dibuang lagi. Masa doktor pecahkan ketumban tu. Memang sikit sangat air yang keluar. Macam kencing yang 1minit dah keluar bilik air.

Aku pon pelik macam mana boleh tinggal sikit air ketumban ni. Sebab tak pernahlah rasa ada leaking ke apa. Bahaya juga ya.. Nasib kat klinik kesihatan ni memang kena kerap datang. Jadi tindakan segera dapat diambil. Ada orang suka checkup dekat klinik swasta sebab dekat kerajaan leceh kena kerap datang klinik. Tapi aku suka kalau kena kerap checkup. Sebab aku risau kalau lama sangat tak tahu perkembangan baby.. haha kalau boleh hari-hari nak pergi checkup. (tak kerja bole lah kannn).

Untuk pregnancy checkup aku galakkan pergi ke klinik kesihatan (kerajaan) sebab rasanya dorang checkup lebih detail dan ambil berat berbanding swasta. Normally orang yang pergi swasta tu sebab kekangan masa sebab bekerja. Tapi untuk bersalin nak pergi swasta boleh.. mihmihmih..

Eh eh.. selingan takut bosan nak tunggu bila baby nak keluar. hehhe.

mengandung 9bulan dah nih
Kembang ya amat hidung

Ada orang terlalu senang nak beranak buat aku cemburu. Kenapa aku sakit gile nak beranak. Ni baru dikatakan aku betul-betul bertarung nyawa untuk melahirkan anak. Moga terhapuslah sedikit sebanyak dosa aku. Amin..

Nurse bagi aku hidu gas untuk tahan sakit. Berat ok. Tengah sakit-sakit nak pegang corong gas lagi. adoi... Dan aku hidu-hidu sakit sikit pon tak hilang. Rupanya itu untuk kita rasa mamai jer. Aku mamai pon tak rasa. apakah??

Part meneran pon susah baby nak keluar. Mungkin baby dah letih jadi dia tak nak bantu mama dia. Jantung baby sangat lemah. Aku dah risau dan paksa doktor bedah saja. Suara aku pon dah serak dan badan letih menahan sakit dari pukul 7lebih pagi lagi (sejam lepas masuk ubat induce). Masuk labour room pukul 10pagi walaupun baru 1cm. Kesian agaknya tengok aku bercucuran berlinangan air mata menahan sakit. Pelik.. aku seorang yang tahan sakit selama ni tapi sakit contraction ni aku tak boleh tahan.

Doktor tak dapat approve permintaan aku untuk ceaser sebab bilik bedah dah ada sorang guna. What?OMG... Inilah kelemahan hospital kerajaan. Maybe sebab hospital taiping ni kecil jadi bilik bedah hanya sorang sahaja boleh guna.

Aku dalam sakit-sakit tu ada terdengar nurse ke sape tah marah sebab biarkan aku lama sakit camtu. Sepatutnya aku dah lama masuk bilik bedah. Sebab baby aku jantung lemah dah, aku GDM dan aku mengalami air ketumban leaking ntah dah berapa hari. Tapi nak buat macam mana. Aku kena kuat sebab bilik bedah masih ada orang guna. hmm. Yang dalam bilik bedah tu cuma ibu yang baby dia songsang sahaja. Tapi nak buat macam mana. Aku bersyukur juga sebab tak perlu susah-susah kena ceaser yang lebih sukar penjagaan dia nanti.

Aku cuba kumpul semua aura-aura (bukan aura white ok) yang ada dibumi ini dan cuba keluarkan baby sedaya upaya. Satu aku terharu sangat-sangat dengan nurse-nurse memberikan aku semangat dan kekuatan. Terkilan juga suami tak boleh bersama di hospital taiping ni. Setelah aura-aura semua bergabung kekuatan aku datang dan baby pon berjaya keluar pukul 2lebih petang. heheheh.

keluar-keluar.. baby tak menangis. (T_T) bersambung... nanti kita cerita lagi.



Nov 12, 2014

Cash Out Pertama Nuffnang

11:15 AM 0 Comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. walaupun blog ni selalu tergendala, terbiar, berhabuk dan uzur tapi hari-hari masih ramai lagi yang masuk melawat. Haha.. Terharu. (T_T)

Semalam baru sahaja cash out gaji dari Nuffnang. Tak adalah banyak mana pun sebab aku bukan rajin update blog pon. Bergantung harap pada post sebelum ni saja. Terima kasih nuffnang. Bolehlah buat shopping..



Oppss!! Sorry tak tunjuk amount.. Tak macam blogger lain yang dapat riban-riban.

3 angka pon dah syukur. Amin. Untuk pengetahuan korang setiap kali kita cash out duit tu kena bayar fee RM1. Selepas tu kenalah tunggu cek dari nuffnang sampai dekat rumah. Jadi kena bagi alamat yang betul. Rasanya dalam masa sebulan baru dapat. Huhu lama kan. Harap-harap selamatlah sampai.

Nanti bila dah dapat baru kita share okay. Err.. bukan share duit. Share pengalaman sajo.. hihi.. Btw thank you NUFFNANG dan korang. Semua ini pon atas kerjasama korang juga. Nanti mintak layan and click iklan nuffnang dekat blog ni lagi ye. Thank you sangat..

Jadi kalau korang ada blog,  alang-alang tu tepekkan je iklan nuffnang dekat blog. Tak rugi apa-apa pon. Boleh buat duit shopping. yippii..

Mar 10, 2014

Persediaan untuk baby 6 bulan yang dah boleh makan

12:55 PM 0 Comments
Assalamualaikum.

11hb 3 ni genaplah anak bujang aku 6 bulan. Dah start boleh makan. Disebabkan anak aku jenis kulit sensitif dan setelah diperhati nampak macam alergi dengan protein lembu dan susu lembu jadi aku ambik langkah buat homemade untuk solid food dia. Dah besar dah anak aku. 


Untuk permulaan nak start dengan puree buah-buahan untuk Zafran. Jadi semalam aku, Ed dengan baby zafran pon mula beroperasi membeli belah barang keperluan.

Benda yang paling penting untuk buat puree adalah blander. Aku terpaksalah beli blander baru sebab blander lama dah hangit macam keluar api masa mak aku guna nak bland ikan bilis untuk makanan aku dalam pantang haritu. hehe.. Banyak jenis blander dijual. Aku aim blander untuk baby tu. Philips avent yang ada siap steamer tuh. Perhhh mahal boleh bikin pengsan sebulan. Memang memudahkan kerja kalau pakai tuh sebab kita tak perlu lagi rebus/kukus buah/sayur dekat dapur sebab kita hanya masuk bahan2 dalam tu set kan untuk steam, bila dah siap pastu pusingkan jug blander tu dah boleh bland pulak. Tak perlu perkakas yang banyak. Tapi disebab aku ni suri di rumah sahaja jadi mengalahlah. Tak susah pon nak rebus/kukus kejap. (-_-)v 

Haa lagi satu aku blander jenama baby bullet pon menarik tertarik jugak. Dia dah siap dengan buku 
menu untuk baby, bekas2 untuk letak puree, siap bekas boleh set date pulak tuh. Yang penting dia cute.. Harga dalam RM120 ke RM150 cam tu. Tapi berdasarkan review kebanyakan aku baca, blander ni jenis tak tahan lama. Cepat hangit kalau kita guna dalam satu masa lama sikit. Dia tak ada button on off. Jadi tak boleh tinggal2. hehe... Lagi satu bukan nak guna lama pon benda ni. Paling lama pon dalam 3 bulan. Baby dah besar sikit kita dah boleh start baby dorang makan pejal sikit.

Philips avent mini pon meletop jugak. Price dalam RM200 lebih sikit. Yang ni pon kalah tak salah dapat kelengkapan untuk buat puree baby jugak kalau tak silap aku lah. Memang ramai ibu-ibu yang pakai nih. Tapi.... last choice aku beli....




Ambik yang murah je lah. RM89.90 hege nyee.. Beli dekat giant sudah.

Lepastu dah siap bland semua bahan. Mesti nak bekaskan.. Buat masa ni aku terpaksa buat puree fresh jer. Sebab semalam keluar tak jumpe tray yang untuk bekukan puree tuh. Aku cari kat giant pon tak jumpe. Ke ada dekat bahagian lain? 

Mangkuk2 dengan sudu semua aku ada dah. Dapat hadiah.. Tapi ada satu benda nak memudahkan nak bagi baby makan tanpa tumpah2 dengan mangkuk tergolek dekat lantai semua. Benda alah tu ialah baby food dispensing spoon. Ada macam-macam brand dengan jenis yang jual dekat pasaran sekarang nih. Tapi yang paling popular boon squirt.  Dekat online banyak. Harga paling murah aku jumpa dalam RM40 something. Paling mahal dalam RM60 pon ada orang jual, padahal brand yang sama. Aku pergi dekat kedai IBaby dekat taiping jumpa benda yang serupa tapi brand lain. Harga asal dia kata RM60 lebih gak. Tapi dia kata ada less jadi RM30 lebih. Jadi aku pon beli je lah sebab lebih murah jugak dari online. 


Seterusnya bib pulak. Yang ni aku dah beli lama dekat giant. Harga dalam RM4 camtuh. Ada satu je buat masa ni 


Yang last sekali aku beli high chair. Senang nak bagi makan guna kerusi. Tak nak ajar makan sambil baring. Lagi satu boleh elakkan daripada tercekik. High chair ni aku beli dekat giant. Price RM59.99 lepas less. Harga asal RM79.99. 


Simple high chair. Ada safety belt sekali. Masa aku test letak Zafran dalam tu tengok dia seronok. Jadi aku proceed beli. Kalau dia meronta-ronta nak keluar susah gak nanti beli tapi dia tak nak duduk dalam tu lak. Warna merah... boleh lah tahan. Unisex boleh guna. Pergi kedai tanya-tanya bamboo seat mahal giler... RM180 camtu. Cancel.. Membazir sangat. Bila dah besar sikit terus tak boleh guna. Beli high chair ni tahan sikit sampai dah besar boleh guna.

Adoi.. mama zafran dah risau. First time nak bagi anak makan. Haha.. Harap lepas ni berat Zafran naik banyak sikit. Berat setakat ni 6.2kg sahaja. huhu.. k lah. Budak kecik ni dah tarik-tarik baju mintak diambil. 


Feb 27, 2014

Pengalaman Bersalin - Part 1

12:19 PM 0 Comments
Assalamualaikum..

Pasti semua ibu-ibu, bapa-bapa dan keluarga gembira nak menyambut kelahiran baby masing-masing. Namun hanya ibu sahaja akan merasa iaitu kesakitan dan malu semasa nak melahirkan baby. Pengalaman sendiri membuatkan kita merasa betapa besarnya pengorbanan ibu-ibu kita sebelum ni. 

Cheewahh pembukaan. Gempak tak. :p

Okay lah. Aku dimasukkan wad masa 10 september 2013 sebab didapati air ketumban tinggal sikit. Sepatutnya due 16 september. Melangkah masuk ke wad bersalin dikelilingi oleh wanita-wanita yang perut dah sarat dan tangisan dan bau-bau baby. Eh tak lupa juga nurse dan doktor. Dorang terpaksa letak dekat bahagian kelas 3 walaupun aku sepatutnya masuk kelas satu. Actually aku memang suka pon duduk dekat kelas 3 sebab ramai orang dan aku ni giler penakut.. Dapat katil tepi tingkap memang horror giler. Petang tu waktu melawat ed (tukar namalah. macam x sedap nama en.bunbun. hahaha) datang. Time tu nurse cakap dah boleh tukar wad. Masuk wad kelas 2 lak. Mulalah punggah barang.

Ha ni lah pertama kalinya aku pakai baju hospital warna pink pulak tu. I like! Lepastu mulalah operasi ctg, scan dan ve. Perasaan malu lah sebab ada tu lelaki yang check. Tambah lagi kita dalam keadaan tak sakit. Acane? 

Lepas dah confirmkan condition aku, so doctor suruh induce keesokan harinya. Pepagi lagi dalam pukul 6 camtu aku dah mandi. Terkejut nurse tengok aku mase nak induce tu dah siap mandi sume. Sebab aku fikir nanti dah induce takut tak larat sampai tak dapat nak mandi pulak. Mau aku beranak dalam keadaan busuk-busuk. haha.. takut doktor pengsan kang.

Sejam lepas induce aku rasa sakit yang amat sangat. Sarapan pagi tu mihun sup aku dapat jamah sesudu dua jer. Kesakitan makin kuat dan kuat. Contraction makin kerap. Aku punyalah seorang yang kuat pon boleh menangis teresak-esak. hehe. Bila nurse check bukaan masih 1cm. Aku kejap-kejap tekan lonceng panggil nurse. Nurse sume risau tambah lagi lepas check ctg jantung baby lemah. So aku pon ditolak masuk ke labour room dalam pukul 10 pagi cam tuh walaupun bukaan masih 1cm.

Dalam labour room tiba-tiba tekanan darah aku rendah sangat.... bersambung.. anak dah jaga. hehe.

Feb 7, 2014

Kelahiran ahli baru 11 september 2013

5:30 PM 0 Comments
As salam... finally setelah hampir 2tahun kami menanti. Akhirnya masa bulan februari 2013 dapat tahu aku dah mengandung. Masa tu pon dah 2 bulan macamtu baru aku tahu aku mengandung. Nasib tak jadi pape. Macam mana aku boleh detect aku mengandung? ha tu nanti cerita lain kali lah. hew3~

Ha sambung balik.

Sepatutnya due date aku 16 september 2013 tp terawal 5hari lak. Itu pon aku dipaksa untuk beranak haha. Al kisahnya masa checkup dekat kk 10september tu masa scan tengok2 air ketumban aku dah tinggal sikit. Ai aku pon pelik macam mana jadi sikit sebab tak ada simptom2 bocor ke pe. Awalnya doktor buat surat admit 15hb terus tukar kena admit haritu jugak Aku? Apa lagi mengelabah badan dah rasa terketar2 plus rasa nak nangis. Bukan apa takut ada pape yang buruk berlaku.

Time tu aku sorang je pergi checkup sebab 'ayahnye' time tu ada keje dekat luar. Luar kawasan ofis jer. Haha.. opsss memang selama checkup aku pergi sorang-sorang (eh pergi dengan baby yg masih dalam perut. Lupe lak..). Masa first time datang check up je 'ayahnye' ikut. Eh aku tak kisah lah sebab    dia kerja makan gaji tau. Bukan BOS yang boleh sesuka hati nak keluar  bila2 waktu pon. Lagi pon bukan boleh buat apa2 pon kalau teman aku sekali sebab aku banyak dengan nurse pastu jumpa doktor. Ha gitu..  Walaupon setiap kali check up aku akan cakap (dalam hati ler) "kan best kalau en.bunbun temankan". Aku kan ala-ala manje gituh. Ye lah bila tengok yang lain2 ada husband dorang teman. Tapi aku cool je sebab aku tengok ada jugak yang datang sendiri2 gak cam aku. hahahaha~

Okay macam jauh melalut. Bila dah doktor terus suruh admit tu dia tanya laki aku mana. Aku cakap lah kerja. Pastu doktor kata kalau en.bunbun tak dapat hantarkan, dia nak aku pergi naik ambulan jer. Gilerr.. aku rasa macam aku ni sakit tenat sampai nak naik ambulan. hehe. Terus aku cakap tak apa suami saya boleh hantar sebab dia kerja dekat je. Fuh! Aman.. En.bunbun pon jemput dan aku pon
dengan pertama kalinya pakai baju hospital yang gile besar. Nasib warna pink. Hoho. :p

Dah buat ctg bagai pastu scan dan ehem2 pastu doctor sahkan aku kena beranak esok pagi. Kena induce!!!

Pang pung pang pung..

Lahirlah puteraku seberat 3.07kg.





Setelah sekian lama blog terbiar

5:07 PM 1 Comments
As salam semua.

Ok memang dah lama gile blog ni terbiar dan tak terurus. Banyak benda sebenarnya nak dikongsikan tapi macam terberapa cukup masa 24jam yang diberikan. hehe..

Terima kasih kepada yang masih mengikuti blog nih. Tak sangka bermula masa aku dekat universiti lagi sampai bertunang sampai bekerja sampai kahwin dan sekarang aku dah pon ada baby. Alhamdulillah. Pejam celik masa terus berlalu. Pejam celik pejam celik blog aku pon tak berupdate sebab asyik pejam celik je kann. hew3~

Harap-harap aku masih mampu nak mengarang dekat blog lagi. :)





May 29, 2013

MTP initialization when not plugged in?

8:07 AM 2 Comments
As salam semua. Wah lama betul tak update entry. Berbulan-bulan ntah berapa purnama dah.

Okay saja nak share bagaimana nak solve bila telefon kita ada masalah dengan MTP application yang keep running dan keluar bunyi bib bib bib tanpa henti. Hanya bila kita plugged in handphone dengan charger baru dia senyap. Memang berbulan-bulan telefon aku tersadai macam tu je.

Macam-macam dah aku buat nak cuba repair balik. Search dekat google rupanya ramai juga yang alami masalah yang sama. Especially pengguna samsung. Owh pleaseee samsung keluarkan yang berkualiti sikit. Selama aku guna macam-macam masalah dengan handphone ni.

Ada yang kata ada masalah dekat lubang tempat kita cucuk charger tu sebab kotor. Kena bersihkan lah korek lah. Aku pon buat lah. Tapi masih je jadi benda yang sama. Kemudian ada yang suruh amount SD card, format sd card dan buat factory reset sampai hilang semua nombor telefon kawan-kawan aku. Tetap je tak berhasil. Lagi macam nak baling handphone adalah..

Last aku nekad hantar kedai repair. Sebab tak tau masalah software ke masalah part dalam fon tu. Malangnya.... tauke kedai tak tau nak repair. Katanya masalah part yang tempat lubang nak cucuk charger tu. Kalau tukar mau beratus dan baik beli yang baru.

Sedih ya amat. Nekat nak gode-gode je fon ni. Aku tak lah sampai nak cabut-cabut handphone ni. Aku just try je cari apa-apa jalan penyelesaian lagi. Aku ni jenis tak puas hati selagi tak dapat selesaikan sesuatu benda tu. Ops... jumpa pula satu cara lagi. Tapi yang ni kena download.

"SYSTEM TUNER"
 Yup please download 'system tuner'. Find it at 'play store'. 

Lepas tu boleh try cari mtp application dan kill dia. hehe. Biarkan beberapa minit handphone dalam keadaan plugged in. Lepas tu try cabut dan terbukti bunyi bib bib yang menyengat hati sudah hilang. Sampai lah sekarang masalah tu tak muncul lagi. 

Mood: LEGA!!!!


Akhirnya fon yangg dah lama tersadai tu dapat diselamatkan. Kenapa orang kedai repair fon tu tak reti cari penyelesaiannya. Sila tutup kedai. haha.

Dec 7, 2012

Bateri Handphone Kembung!!! Atasinya.

10:15 AM 14 Comments
Salam..

Kalau pakai telefon canggih pon banyak masalah kan?

Telefon samsung aku sekarang beterinya mengelembung. Pastu pergi hantar kedai. Tauke kedai tu cam tau-tau je bateri aku kembung. Belom cakap lagi tu. Nak tau apa dia kata? dia kata samsung galaxy w memang banyak problem bateri. Selalu orang pakai w hantar sini sebab bateri cepat kembung. 

Dia ingat aku ada charge fon dekat kereta. Tapi aku rasa sebab overcharge kot. Tapi sebelum ni aku pakai CSL ok je nak berhari-hari charge. Haha. Over tau fon mahal nih. Mengada-ngada.

So aku nak share dekat korang satu info untuk jaga beteri fon korang. Info ni aku jumpa dekat SINI 


Cara Memanjangkan Hayat Bateri Handphone

Handphone merupakan keperluan masa kini. Untuk yang berkemampuan, tukar handphone boleh diumpamakan seperti menukar baju. Tapi untuk yang kurang berkemampuan, mereka seboleh bolehnya mahu menjaga handphone dengan baik.
Bateri merupakan nadi sesuatu handphone. Walaupun bateri tidak mempunyai kaitan dengan fungsi application handphone tetapi bateri juga harus diberi penjagaan yang baik. Tentu ada antara kita yang pernah mengalami masalah bateri rosak, bateri kembung. Masalah ni penting kerana ia menyebabkan handphone kita tidak dapat mengesan kuasa bateri kita.
1. Off handphone ketika mengecas

Ketika sedang mengecas bateri handphone, sebaiknya pastikan handphone anda dalam keadaan OFF. Ini kerana ketika handphone dalam keadaan ON, arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri  kerana terdapat  penambahan beban pada proses kimia dalam bateri.

 
2. Jangan cas handphone di dalam kereta
Ketika mengecas handphone di dalam kereta, kita menggunakan port pemetik api sebagai sambungan. Voltage pada kereta selalunya tidak stabil dan menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Maka apabila anda selalu mengecas dalam kereta, komponen bateri akan mudah rosak.

3. Habiskan bateri (empty) sebelum dicas
Pastikan bateri handphone betul-betul habis sebelum dicas semula. Ini untuk menghidarkan dari terjadi memory effect.
4. Pastikan bateri full sewaktu pertama kali di cas
Apa pun jenis bateri handphone, proses mengecas untuk pertama kali selepas handphone dibeli adalah sangat penting dalam menentukan usia bateri. Ini kerana apabila kita mengecas bateri, seluruh sel dalam handphone berfungsi; maka disebabkan itulah cas untuk kali pertama disarankan waktunya lebih panjang, sekurang kurangnya 3jam. Untuk bateri nikel metal hybrid (Ni-Mh) nikel cadmium (Ni-Cd) ia memerluka masa selama 8jam.
5. Sentiasa kawal 
Mengecas bateri terlalu lama juga tidak baik kerana ia boleh merosakkan komponen di dalam bateri itu sendiri. Oleh itu kita hendaklah mengawalnya. Ini kerana di negara kita  masih kurang charger yang akan off secara automatik apabila bateri sudah penuh.
6. Elakkan Haba
Jauhkan bateri dari sumber haba yang boleh menyebabkan bateri handphone tersebut meletup. Walaupun harga bateri tidaklah semahal mana pun, tapi kenapa kita perlu membazir menukar bateri sedangkan kita boleh memanjangkan hayatnya?

Selamat Tinggal Maxis Broadband, Selamat Datang Pilihan Yang Tepat.

9:48 AM 0 Comments
Assalamualaikum...

Sekian lama memendam rasa dengan maxis broadband yang laju siput lagi dari dia. Akhirnya akan ku terminate juga, Hahaha.. Puasnya hati!!

 

Seperti yang korang sedia maklum, maxis broadband memang sangat slow macam tut... Kalau nak tunggu loading tu aku boleh siap mandi (bukti menguatkan ayat). Baru seminggu guna kuota dah semput-semput. Padahal dah bercatu-catu guna dah. Sampai youtube pon tak kenal dah. Kalau kenal pon hanya mampu pandang sebelah mata. Sebelah jiwaku pergi. hahaha apakah?

Tapi jangan risau, maxis fiber kan ada. Memang laju giler (bodek maxis, kang dia tak nak buat iklan dekat nuffnang aku. Mamposs) Haha..

Tetapi.. tapi lagi. Maxis fiber masih tak meluas liputan dia. Dekat kawasan rumah aku masih tak ada untuk maxis fiber nor unify. So pity me. haha.

Oleh yang demikian, (matik lah kalau cikgu bm aku baca. haha) aku pon pasang TM streamix (ah cm ne nk eja. Blank lak) Start berkuatkuasa pakai semalam. Terus terkejut berukband. Laju semacam. Dah terbiasa otak slow sebab ikut berukband internet yang slow so culture shock kejap. Kejap je ok.. Kalau lelama memang bengap lah tu.

 

Mula-mula dapat internet laju, ala-ala rasa cam duduk dekat Korea. Wahaha.. Owh tersedar rupanya dekat malaysia sebab ada bau nasi lemak tetibe.


Seronoknya surf internet laju sampai tak sempat nak kelip kelip mata. Streamyx TM ni kena siap dengan line telefon. Tapi tukang bayar bill kata nak selotape telefon sebab tak bagi guna. Haha cakap je lh tak bagi guna. Ni siap nak mangga gari semua telefon tu. Haha i tak jakuns ok. Kiki~

Jadi sekarang kalau nak keluar pergi mana-mana kena beli internet dekat fon jelah. Sebab streamyx ni untuk rumah sahaja. Kalau sebelum ni boleh lah bawa broadband (beruk) tu sekali. Tapi kini dan selamanya hanya tinggal kenangan. cett internet laju sampai jari pon laju main taip je tah pape ayat. Sowie.. lalala~

Okay. Sebab kos sara diri hidup dah meningkat dek kerana kau streamyx. Makanya akan terhapus movie astro (HBO, Max & ape tah satu lagi). Astro ambik yang basic sudah sebab kau suke ulang-ulang cerita je pon. Baik aku download or tengok dekat internet jerrrr.. (lempang sikit org tak sedar diri ni. Kacang lupakan kulit. hahaha)

Okay lah, internet i kan laju. So taknak lah duk lama-lama ngadap you je. hahaha~ (lempang lagi)

Babai. Peace yaw!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates