Sep 25, 2012

Part 3: Kalau nak nampak muda jangan makeup over

11:10 AM 0 Comments
Salam semua... 

Erk tetiba je part 3 kan. 

Perempuan ni tak boleh dipisahkan dengan barang makeup. Especially kalau yang dah berkahwin dan berumur 20 dak keatas. Jangan tipu korang tak bersolek. Sebab pakai lipstik pon kira barang soleklah juga kan.

Masa aku belajar kt u dulu pon tak suka bersolek sangat. Pakai pelembab fair&lovely, bedak baby dengan lip gloss je. Tapi makin lama makin start pakai benda alah tambahan pulak. Tu pengaruh siapa??? Rakan!!! Cliche okay. 

Okay teruskan baca ye.


Kalau bermakeup seeloknya yang simple tapi nice jer. Haha. Tak perlu over sangat sebab muka akan nampak lebih tua dari usia anda. Biar natural ok ok je lah. Aku memang suka sangat produk silkygirl. Kalau nak makeup natural boleh pakai silkygirl. hikhikhik~ Ni bukan iklan berbayar okay.

Sebelum ni aku ada buat entry pasal solek jugak. Tapi semua kata nampak macam tak bermakeup pon. Oleh tu mari tengok sini.



Haa dah perhati gambar dekat atas ni?? Tak banyak beza pon  kan. Cuma yang belah kanan tu nampak putih gebu sikit. Kulit aku ni jenis kuning sikit. Memang dari lahir lagi mak aku kata aku punya kulit putih kuning. Kebanyakan baby kan putih kemerahan. (Aku pon tak paham kenapa cerita pasal baby pulak. grrr)

Gambar before after tu bukan gambar asing-asing. Tapi gambar sebelah kiri tu aku dah buang makeup. Fungsi blusher tu boleh buat muka aku nampak kurus sikit kot. Muka akukan bolat. Hoho.



Ha meh dekat-dekat tengok eye shadow aku pakai pon sikit je tapi nyata. Aku tak calit penuh satu kelopak mata aku. Macam ape pulak karang aku rasa kalau penuh warna kat mata aku. Aku biasa kalau makeup keluar tak adalah shading hidung aku. Sebab aku rasa kalau korang shading hidung nampak macam orang tua. Tengok bawah..


Kiri tak shading hidung kanan sudah di kasi mancung. Nampak tua kan. Arghhh! Eh chop nak gitau makeup kali ni aku tak pakai eyeliner pon. Sebab aku dah pakai eye shadow hitam sikit ganti eyeliner. Lagi more natural rasenye. Hikhik malu i. Tak pandai makeup pon nak kecoh-kecoh. Ye tak.

Sekian. Dari orang yang tak pandai makeup tapi ada hati melaram. Haha~

Eh tak pernah baca part 1 & 2? 

Sep 17, 2012

Review: Charcoal Mask Daiso

9:48 AM 10 Comments

Salam...

Hari ni aku nak review satu masker yang popular sekarang ni. Berdasarkan apa review dan komen-komen dari pengguna mask ni, diaorang puji je banyak. Jadi aku beli.

Charcoal mask
Charcoal mask ni tak boleh lah pakai hari-hari. Macam scrub muka mana boleh pakai hari-harikan. Rosak muka! Mask ni dia suruh pakai seminggu 2 kali je. Tiub ni tak lah besar sangat bersesuaian dengan harga yang tak mahal sangat pon.

Jangan tiru aku pakai macam ni
Ini namanya orang kedekut. Patotlah tak berapa nak keluar pon segala white blackhead sebab tak betol-betol menutipi. Kena pakai jangan sampai nampak warna kulit kita tu baru jadi. Sebab aku tengok orang lain pakai tunjuk banyak je keluar segala mak nenek seba diaorang pakai tebal. Kira satu tiub ni cukup untuk sebulanlah. Sebab bukan perlu pakai hari-hari.

Masa pakai tu better kita basuh muka kasi bersih dulu. Kalau rajin wap muka anda dengan air panas. Bukan masukkan muka anda dalam air panas ok. Silalah mengerti. Fungsi wap muka ni nak bagi liang-liang pori kita terbuka supaya senanglah segala kotoran dalam muka keluar masa kita tarik mask tu.

Mask ni bukan jenis mask yang kita pakai tunggu sampai 10 minit dan basuh. Sebab ni mask jenis kene peel. Dia akan kering selepas 15 minit dan kita kena peel ikut arah dari bawah ke atas ok. Contoh dari dagu dan naik ke atas.

Masa pakai mask ni rasa muka tegang (normal lah sume mask macam tu rasa) dan rasa panas angin macam tu. huhu.

Lepas pakai rasa tak ada lah hebat sangat macam review lain yang aku ada baca. Maybe sebab aku pakai tak betol caranya. Sebab lepas pakai tu aku cuba picit tepi hidung dan masih ada je lagi whitehead yang keluar. Lepas ni aku nak cube pakai tebal-tebal lak. Nak tengok ada tak keluar banyak.

Tapi aku rasa semua produk sama je. Tak ada lah 100% elok kan. Macam aku pernah beli penampal hidung untuk keluarkan blackhead dan segala mak nenek dekat hidung tapi bila buka tak de pape yang menarik pon keluar. (-_-)v

Jadi Charcoal mask ni ok ok lah sebab murahkan. RM5 sahaja satu tiub.

p/s: siapa nak aku tolong belikan dekat daiso boleh email ye. Kalau aku ada pergi aku beli. Tapi berdasarkan terma&syaratlah. Maklumlah akukan jarang keluar rumah. Kena tunggu ada sebab nak kesana baru boleh.

Babai. Selamat Penghujung Raya

Daiso Kedai Barangan Jepun RM5 - IPOH

9:01 AM 12 Comments


Salam...

Owhhh~
Haha pembuka yang sangat buruk. Sabtu baru ni aku ada exam dekat ipoh. Macam nilah rupa orang yang dah lama meninggalkan pen dan kertas.

Habis je exam tu aku cari jusco sebab nak pergi Daiso. Perempuankan suka Daiso sebab masuk je terus feel feel kawaiii gituh. Hoho! Arghhh sesat aku sampai ke Jusco section 2. Kat situ tak ada Daiso ok. Daiso dekat Jusco section 18. Errghh apa punya GPS lah. Sebenarnya aku yang silap sebab tak tahu dekat Ipoh ni ada dua Jusco. Heaven kan orang ipoh ada dua Jusco. Haip!

Berbekalkan Google Maps ni susah betol sebab tak update langsung. Jusco section 18 masih tak nampak dalam Map sebab masih baru. Jadi kalau korang nak cari. Korang taip alamat dia je.

Besar jugaklah Jusco dekat section 18 ni. Sesat mak nak cari Daiso. Kejang urat-urat. Haha..
Tempat dia agak tersorok. Sebab tu tak perasan.



Barang dia ok lah. Tapi tak adalah banyak sangat macam dekat KL. Semua barang RM5 ye adik-adik. Barang rumah ada, kitchen ada, alat tulis ada, health care ada, makeup ada dan macam-macam lagi. Kena mai sendiri baru tahu.

Kalau korang dah masuk, mesti keluar dengan sesuatu. Haha percayalah. Kalau tak ada duit pon mesti beli satu je. ngee~ Jom tengok apa yang aku rembat.

Charcoal Mask Daiso
Sekarang ni banyak dekat internet ada jual produk ni dengan pelbagai jenis harga. Kesempatan tu diambil oleh penjual sebab tidak semua negeri ada kedai Daiso ni. Macam dekat Taiping kan tak ada. Huh! Tapi nasib jiran-jirannya ada Daiso macam dekat Ipoh dan Penang. Hari selasa ni eh esok lah nak pergi penang lak. Husband ada kerja dekat sana. Jadi boleh singgah dekat Queenbay sebab ada Daiso di sana.

Siapa yang nak mintak saya belikan pon boleh. Sila email saya barang apa yang anda nak (pelangi_isya@yahoo.com).

Pastu ternampak benda alah macam pam. Sila lihat gambar di bawah. Tak paham macam mana nak guna. Sebab bahasa Jepun kot. Kata barang jepung.. Rasa benda ni untuk sedut jerawat sebab dalam gambar kat belakang kotak tu ada benda terkeluar lepas kita pam. Aiiii tapi bila buat tak mau nye apa-apa pon keluar. Ke aku salah cara??? hoho.


Yang pink-pink dekat bawah ni cleansing pad. Aku tak paham betol kenapa gambar aku upload jadi tunggang tebalik ni. Cleansing pad ni digunakan bila kita cuci muka. Biasa kan kita gosok-gosok muka kita pakai tangan. Kadang-kadang tak bersih. Tapi kalau pakai cleansing pad ni dia bersihkan muka kita sampai ke liang-liang pori. haha. Lepas tu muka kita rasa licin jer. Trylah beli kalau nak rasa macam mana. Hanya RM5 dekat daiso. Kata kedai RM5. Jadi suma yang saya beli ni RM5 lah. Kena pandai pilih sebab kadang-kadang ada barang yang sepatutnya berharga kurang dari RM5 tapi dijual dengan harga RM5 juga.



Aku  tak faham kenapa En.bunbun beli benda alah dekat bawah ni. Rumah kitaorang ni macam ada empat musim je. Haha pastu bila dah ada asyik tengok je. Kejap-kejap tengok berapa suhu rumah. Pagi tadi suhu rumah adalah 29. Petang nanti mau sampai 33 34 darjah c.



Eh macam-macam lah ada dekat Daiso. Barang perhiasan rumah pon ada. Esok nak pergi lagi. Nak apa-apa tak?? Email ye kalau nak.











Sep 16, 2012

Berkahwin Juga Faizal Akhirnya

9:56 PM 0 Comments
Salam...

Dalam 11 orang adik beradik mak aku. Tinggal seorang je yang belom kahwin. Lama kitaorang tunggu nak makan nasi minyak dia tau. Akhirnya dapat jugak... Dia selamat dinikahkan pada raya ketiga haritu. 

Jauh perjalanan kami nak makan nasi minyak sampai ke Terengganu. Bukan Kuala terengganu ok. Tapi yang dah sekaki je dengan Kelantan. Haha teruk sangat dekatnye sampai langkah sekaki dah sampai kelantan kan..hmm Dari Seremban raya kedua pagi tu dah bertolak dah. Ikut jalan gua musang. Panas vontot. Ngee~

Tapi kan tapi kan. Dah lama aku nak jalan jauh yang lambat sampai destinasi ni. Seronok tau. Dapat tengok permandangan yang indah.

Eh jauh-jauh... 

 Balik ke bab asal. Jom layan gambar..


Pak Kecik time ni tengah tunggu tok kadi

Gambar curi sebelum akad nikah berjalan
Okay aku kan otak gile-gile cikit. Biasalah sebelom nikah si lelaki memang taklah pergi tengok si perempuan lagi kan. Aku pergi dengan selambernye ambil gambar wani dan terus pergi jual gambar ni dekat pak kecik (Faizal). Hahaha.. Tak kesampaian hati nak jual-jual gambar. Dia nak sangat tengok dan aku memang hajat nak tunjuk pon. hihi...

Pada hari adik aku Amalina nak kahwin, pagi tu berjalan sesi bergambar untuk mereka. Cantik pulak warna hijau kan.. Nak kahwin lagi sekali boleh tak. Nak pakai warna hijau pulak. Ekekeke~


Banyak lagi gambar sebenarnya. Nanti aku nak upload dekat facebooklah. Tapi nak edit dulu. Nak tau tak aku guna software edit ape. Software ni memang awesome giler ok. Memang dah jadi kesukaan aku sebab paling mudah, banyak pilihan dan comel-comel pon ada. Nanti aku share software apakah itu. Gambar yang ada dekat post ni aku belom edit lagi. Tak sempatlah. Bz lah sangat kannn...
 
Selamat Pengantin Baru Pak Kecik dan Mak Kecik

 Babai semua.





Ada Mood Raya Lagi Ke?

9:12 PM 0 Comments
Salam...

Raya kali ni banyak tempat jauh-jauh kena pergi. Tapi best jugaklah. Sebab bukan terperuk dekat rumah dan tengok tv je kan. 

Eh Eh baru nak cerita pasal raya?

@#$%$^?

Raya tahun ni masih lagi di rumah mak aku. Kesian lak dekat mertua dah dua tahun tak sambut raya pertama dengan anak sulongnya. -_-v

Chop chop.. Jangan korang tunjuk-tunjuk jari dekat aku. Kita orang dah buat kata sepakat dan en.bunbun yang decide keputusan ni ok. Aku hanya tahu memanjakan mata dalam kereta. Aku tak pandu kereta sebab lesen aku lupe yang aku dah framekan dekat rumah. hikhikhik~

Jadi, berhari-rayalah kami di bandar. Aku takde kampung. So sad. 

Jom tengok baju raya orang yang takde kampung ni.

Biasalah mesti gambar dengan adik bongsu aku yang tak suke mandi ni dulu. Ok bila ada aku je, asyik suruh aku tolong pakaikan dia shawl. Nasib jadi je kan.. Ni jelah budak yang aku boleh sakat sekarang ni. Sebab adik perempuan yang atas dia tu dah kahwin. Kalau dengan adik lelaki aku yang sorang tu. Tak mendapatlah.. Sebab dia tu nama je adik tapi badan besar dari aku. Aku kan gemuk. Cube korang bayangkan kalau dia lagi besar dari aku macam mana rupa dia. Haha~ 

Korang jangan main-main walaupun dalam lima beradik aku cuma ada sorang je lelaki. Tapi kitaorang tak de main batu seremban. Kitaorang kalau kecik-kecik bergaduh siap lawan tumbuk-tumbuk. Ganaskan kitaorang. Harap nampak ayu je memasing. Tapi...... hoo~

Dan inilah orangnya yang melahirkan kitaorang yang ganazzzz... Mak kata keturunan bugislah katakan. Haruslah strong!! Tahniah sebab berjaya membesarkan kami dengan usaha beliau. Siapa kata orang yang banyak liku dah lalui ni cepat nampak tua. Tengok mak saya. Dah 51 tahun umur dia tau. 


 
Malah dah ada lima cucu dan nak masuk 6. Ni semua kerja kakak aku. Aku pon tak lepas-lepas lagi. Dia menambah je. ^^V

Ok. Habis bab bodek mak aku. Yang kat bawah ni pulak gambar adik-adik perempuan aku. Yang belah kiri tu Amalina. Masa ni dia belom kahwin lagi. Tengah menunggu hari masa tu.


 Haa... yang berbaju kuning tulah adik lelaki aku. Hensem ker??? No komen. hahaha~ 


Petang tu lepas beraya dekat rumah saudara-mara. Kitaorang pon bergerak ke rumah kakak. Macam banyak je pergi rumah saudara-mara bunyinye. Dua rumah sedare je pergi sebab kitaorang berkumpul sekaligus. Kan senang. Keluarga tak besar macam ni lah. Aku tak faham kenapa kakak buat muka macam tu. Maybe nak kasi muka nampak comels sikit kot.. hewhewhew.


  

Perempuan-perempuan semua... Arghhh. Ni lah hasilnya kalau suruh budak kecik (anak kakak) snap gambar.


Seronok bila dapat berkumpul macam ni. Yelah bila dah berkahwin ni dan duduk jauh terpaksalah kadang-kadang je balik. Sekarang ni dah 3 orang yang dah kahwin. Pasti ada yang tak lengkap kalau raya nanti. Kena atur niii... haihhhh~ 

Okaylah. Selamat hari raya semua.... Harap masih tak terlewat. Mohon maaf kalau ada bahasa yang kasar.

Gambar penutup

Sep 6, 2012

Yeayyy!!!

1:50 PM 0 Comments
Nak update.

Tapi mengantuk la pula.

Nantilah update ye.

Nantikan entry

1. Raya
2. Kahwin
3. Dan kahwin
4. Lagi-lagi kahwin
5. Software edit paling sempoi

Tapi bukanlah sekarang. Tibe-tibe mengantuk. Huarghhh...

Babai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates