Nov 28, 2010

Senyum sorang2...

8:23 PM 0 Comments

Senyum ada mcm2 maksud n mcm2 gaya korg lontarkan. ada senyum kambing, senyum sinis, senyum mengejek, senyum menggoda, senyum manis dan mcm2 lg.

Ni ha nk story pasal adk aku ni. Mlm2 terbgn tido tgk dia main laptop i. mengoline lh tu konpemnye.. Dh la dok dalam golap leh lak senyum2 sorg2. Aiiiii~ pe kes lak dak nih. #$%^&*
Msti chating ngan someone nih smpai suke sorg2. ai bru 13 thun kowt dh pandai nk chating2, pakwe2... sekeh bru tau. Belajar dlu. Bercinta ble dh msuk u nti. lalala~

owh dan lagi dia nih pandai memenuhkan segala harta dia dlm lptop i.. nk bukti???


hah... u see...
hmm xensem lh dik.. hahahha... demanding pe hal aku. Bkn aku yg punya. ngee~

Nov 23, 2010

Nov 16, 2010

SeLaMAt hAri Raya AidiL ADhA

6:31 PM 0 Comments
Esok Semua muslim n muslimat menyambut hari raya haji @ aidil adha.
Oleh itu dikesempatan ini sya nk ucapkan selamat hari raya aidil adha kepada keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, n to olz blogger..

sedikit cetusan ilmu untuk tatapan semua:

- Aidil Adha dirayakan pada setiap 10 Zulhijah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah.
-Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

-Perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.

Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan.

Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah dimana ia disebut Hari Tashrik.

Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 13 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah.

Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi.

Media elektronik berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan.

Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.

Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.

Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.

Semoga segala yang dilakukan mengikut apa yang disyariatkan. Amin..



Nov 14, 2010

Saat-saat terakhir bersama

3:45 PM 2 Comments


Seperti x diduga sesuatu itu akan hilang dalam sekelip mata sahaja.
Ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan Allah.
setelah lama berpisah. Dua insan bertemu kembali untuk mengisi kekosongan sejak 8 tahun lamanya.
Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa hati hanya air mata mengisi setiap detik saat berlalu.
Segalanya dilupakan. Kisah lama biarkan pergi dan kisah yang baru biarkan bersemi.
Setelah lama dipendam rasa, pahit pertanyaan mereka dan hidup tanpanya.
Banyak persoalan bermain di benak. "Mengapakan tidak sedari dulu?"
Mungkin jika dulu pon mak x marah.

"Ayah nk rasa kak lang masak lh"
"Kak lang masak ayam masak kicap je lh ye."

"Cm ne?"
"Sedap... rase pedasnye, rase kicapnye." Thumb up (^^)v

(-_-)

(time 1st raya 2010)

Memang dh nmpk membesar benda tuh..
huh... nmpk gemuk lh ayah. (mmg gemok pon.. ngee)

Gembira ayah kerap dtg umah jenguk2 kami.
nk tido kt umah pon xpe.

................................................................................................

Semuanya x lama. Tuhan bagi kami 5 beradik pinjam dalam 4 bulan sehinggalah 1 nov 2010.
Bagaikan tersentak.
Kucupan seorang ayah bila berjumpa anak2nya dibalas dengan kucupan semasa rohnya tiada di jasadnya.




(time buat bacaan yasin supaya ayah cpt sembuh)


Semuanya telah ditentukan. Cepat lambat perginya seseorang itu tidak dijangka. Hargailah selagi hayatnya ada.



(Gambar terakhir kami bersama)

Pertemuan yang bermula dengan bicara air mata berakhir dengan air mata.
Belum sempat mewalikan, melihat hari kegembiraan dan bercuti bersama.
Dia dtg hanya seketika untuk pergi selamanya. Al-Fatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates