Dec 22, 2011

Can You See ALLAH??

4:27 PM 0 Comments
Satu kisah mengenai perbualan antara guru dan murid.
Kita mungkin pernah diajukan pelbagai soalan oleh mereka yang bukan beragama islam mengenai kesangsian atau persoalan mereka terhadap Islam dan apa yang kita lakukan dalam sehari-harian. Dapatkah anda menjawab persoalan tersebut dengan berhemah??
Mari saya sharekan sesuatu untuk anda.



cikgu bukan islam bertanye kepada murid2 yg islam...

Teacher: Can you see Allah?

Class: No.

Teacher: Can you touch Allah? ......

Class: No
. ...
Teacher: Then there isn't Allah! ......


*Student raises their hand and says...*

Student: Sir, can you see your brain?

Teacher: No.

Student: Can you touch your brain?

Teacher: No.

Student: Oh okay, so you don't have a brain?

Teacher:no.....




Thumb Up (*_*)v

MInum Sambil Berdiri

4:02 PM 0 Comments

Salam.. Sedikit info nak dikongsi dekat pembaca blog pelangi hari ni.
Haa antara korang sapa yang suka minum sambil berdiri meh baca petikan kat bawah nih.

Mengapa Rasulullah melarang umat minum sambil berdiri?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.


Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak."

Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" (HR Bukhari).

Ilmu dikongsi dari: SINI

Dec 16, 2011

Dec 12, 2011

Selamat Bertunang

8:39 AM 0 Comments
Salam... (yang muhrim mari berjabat tangan) ngee~
>psstt... sekarang nih aku tengah buat research pasal hukum berjabat tangan dengan saudara mara dan batas-batas pergaulannya. Ada yang dah jumpa. Nanti lah aku share ok.

Ini kisah mereka yang telah melangkau selangkah kehadapan dalam mengejar erti kehidupan. Cewahh~
Mentang-mentanglah cuti sekolah. Mulalah semua nak memadatkan jadual harian aku. hahaha...

Sedikit nasihat kepada mereka yang bertunang terutama kepada sahabatku yang tengah baca nih. Sila banyak-banyak bersabar kerana pasti akan dihujani dugaan dan cobaan. Cuba fahami pasangan anda kerana in adalah proses perkenalan hati budi pasangan anda. Tetapi jangan dikonklusikan seratus peratus kerana ianya mungkin tak sama selepas anda berkahwin kerana bila dah duduk sebumbung baru kita akan nampak colour yang sebenar. hehe~ Lagi satu jangan tunggu lama-lama. Cepat-cepat menjamu orang ramai dengan nasi minyak..
Pesanan terakhir aku ialah jangan mengada-ngada sikit-sikit mintak cerai. (eh bila pulak korang kahwin kan?)
Ok ni serius sikit. Jangan suka mintak clash/putus. Tapi kalau korang rasa memang patut-patut putus so silakan. Bagi mengelakkan korang menyesal bila dah kahwin nanti. Seeloknya buat lah solat istikarah bagi membantu kita membuat pilihan yang tepat.

Ucapan kepada yang bertunang/ berkahwin pada bulan disember ini aku nak ucapkan selamat bertunang/berkahwin kepada semua. Semoga mendapat keberkatanNya. Amin...

Pada 3hb 12 2011- Adik ipar aku tunang.
Balik jengka lah aku jumaat malam tuh dan menjemput adik aku yang paling kecik (err tak berapa nak kecik) sebab dia cuti sekolah.

                                                             (mata bajet besar jer)

                                                  (err macam alien je aku pakai tudung biru)

Psstt..... gambar pengantinnya aku tak ambik. hahaha. Kat kamera orang lain ada. Sekian.


Pada 11hb 12 2011- best friend aku lak tunang

Tak sangka bertunang jugak member aku sorang nih. Jangan meroyan-meroyan tau mak cik. Happy selalu to both of you. Dua-dua member aku. Seronok lah korang kahwin nanti. Leh wat reunion terus time pergi kenduri kahwin korang nanti. Jangan gaduh-gaduh tau. Gaduh manja-manja tak pe. hahaha...


                    (tema purple tapi aku pakai coklat. err aritu abang dia kahwin aku dah pakai purple)

Aku suka pulak warna purple nih. Cantek... Aku tertarik tengak pelamin mini mak cik nih. Simple and nice.
Terasa nak posing sorang-sorang dekat pelamin tuh tapi... kang orang kata terlebih suda budak nih.. owh!!
Mengapa bah tak bole bah.. 
Satu perkara lagi dah 3 hari aku tak makan nasi. Makanya terpaksalah aku makan jugak sebab kenduri anda ini. Tu nampak cam excited terlebih je time nak makan nasi tuh. Hai berat badan nih nak naik senang je sekarang. Turun haremmm... Arghhh...

Balik dari kenduri en.bunbun ajak pergi makan lagi. (err) Nasi Ayam Tat. Dia kata nasi ayam kat situ sedap. Baru aku tahu ada macam-macam jenis nasi ayam rupanya. Aku biasa sebut nasi ayam je. Ni nama pon pelik-pelik bagai. adeh~ ok xcited lagi. Malangnya kedai dia tutup. Err ahad pon nak tutup. hihi~







Last-last en.bunbun ajak pergi makan ikan kembung masak pedas dekat kedai biasa kitaorang pergi kalau nak makan ikan kembung. Aku tak mau dah makan nasi. Order lah mihun tom yam. Adik aku nasi goreng kampung yang tak berapa nak kampung (takde ikan bilis) dan en.bunbun biasalah ikan kembung masak pedas dia. Tapi..... selera suma out. Tak seperti rasa yang diingini. Lebih-lebih lagi mihum tom yam aku.. uhuk :(








Alahai mihum tom yam aku warna putih. Dah macam mihum sup je. Aku tak pernah lak makan mihum tom yam warna putih. Aku nak warna merah................ er tapi makan je lah. hmm.


babai... Selamat bercuti kepada yang bercuti. (*-*)v

Dec 8, 2011

Perempuan Cemburu

3:50 PM 0 Comments
Wah gituh. Ni aku nak backup lelaki ke perempuan ek?? Kita main fair and square lah ye.
Memang kita tidak dapat menafikan yang perempuan dengan perangainya yang suka
cemburu mencemburui itu tidak dapat dielakkan.
Tetapi lelaki juga harus pandai memainkan peranan agar keadaan menjadi terkawal.
Bukan sekadar mengelak dengan berkahwin lain atau lari rumah. 
(tettt biasa orang muda lari-lari rumah nih. wahaaa)
Gelak-gelak jugak tetapi sikap saling faham memahami itu penting terutama bila sudah berumah tangga.
Keadaan sudah tidak sama seperti kita bujang dahulu.
Kalau anda rasa terbeban dengan itu tak boleh ini tak boleh, sila jangan kahwin dan yang dah kahwin sila bunuh diri. (errr...)
Perkara yang paling penting ialah pergaulan dan tingkah laku. Bukan sahaja lelaki tetapi wanita juga.
Tapi rasa-rasanya siapa lagi yang perangai yang membawa ke cemburu. Lelaki ke perempuan?? Err ntah lah. Lu Pikir Sendiri. Wahahaha... 
Aku ada terjumpa satu article seorang blogger nih yang boleh dikongsi bersama untuk tatapan lelaki di luar sana. -Peace no war- (*-*)v



Rahsia Cemburu Wanita





Ramai lelaki tidak faham kenapa wanita selalu cemburu. Walau apapun yang dilakukan, isteri yang cemburu tetap cemburu.
Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.
Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya.
Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif.
Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita.
Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi.
Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami?

Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami:

  • 1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama
Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka.
Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.
  • 2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa
Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.
  • 3. Mencurahkan masalah peribadi
Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri.
Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.
  • 4. Eksklusif tanpa isteri
Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.
  • 5. Inklusif
Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain.
Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.
Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali.
Akibatnya, tingkah laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya.

Credit to this BLOG. Banyak petua-petua dan tips-tips yang dikongsikan. Wachaaa... haha 











Dec 1, 2011

Sepulangannya Aku Dari Langkawi

8:54 PM 0 Comments
Hello guys..

Bajet lama je aku kat Langkawi tuhkan. Dah berzaman aku balik baru nak cerita.
Seronok ke??? >>> eh kau kalau jalan memanglah suka. Aku nikan suka berjalan.
Kaki jerit-jerit penat pon aku muka selamber jer.
So kalau kau lemah segala-galanya baik jangan follow aku ye. >peace<

Selama 4 hari dekat sana aku round-round dekat-dekat je. Mungkin sampai tauke kedai tuh naik cam muka aku lebih dari dua tiga kali masuk keluar kedai diaorang. Kalau beli tak pe gak. Ni aku masuk tangan kosong, keluar pon tangan kosong. (opsss tu first day lah) Pastu memanglah kena beli coklat-coklat yang menggemukkan tuh. Rasa-rasa dah macam gemuk duk lepak dalam hotel tuh, terpikir nak pergi gym lh.
Ya ampun lupa kasut sukan mana ada bawak. (lompat-lompat sorang-sorang dalam bilik lah jawabnya.Nasib Kak Nora tak ada. Busy)

Eh aku ni kalau bercerita tunggang-langgang. Tak cerita lagi macam mana pergi sana lagi tup-tup dah sampai. Ngee~ Aku pergi naik............






Air Asia... Hahaha... Gambar di atas tu akceli masa balik dah. Masa pergi tuh malu-malu kucing nak bergambar. Mesti kawan aku pelikkan. Sebab aku ni sebenarnya suka bergambar tetiba nak segan pilu lak.
(ada geng best sikit) Tapikan aku bila kat dalam tuh rasa macam naik bas je sebenarnya. Wahahaha~
(mesti orang air asia tiba-tiba blacklist aku) Sempit gak dalam flight tuh. Aku ingat ada tv ke, mp3 ke, serve makan ke. Tapi semua tak ada. (hahaha ko naik ikut tambang berapa cik kak) 
Betol jugak kata abang Tony tuh (ops terlebih suda)  sekarang ramai yang boleh naik kapal terbang sebab tambangnya lebih berpatutan. Tapi kalau murah lagi mesti seronok. Hari-hari mau naik walau rasa macam naik bas je. hehe~ jangan mare.

Hmm korang jangan tengok gambar tuh lama-lama tau. Tengok sambil pejam mata je. Gemuknya aku tak termampu dilindung lagi. Tu lah masak-masak je makan. Tak masak pon makan. Macam mana tak jadi seperti itu. huhu terul moral down... :(

Antara sebab-sebab aku makin gemuk adalah kerana kamu coklat. Aku beli kisses, daim, cdbury, kitkat n ape tah satu lagi tuh. Tak yah lah beli banyak-banyak pon sebab aku sorang je yang giler coklat. Nak buat macam mana. Errrr...

Tapi lupa nak beli tuk korang semua. So babai. Hehe~



p/s: Aku gambar je pejam mata, pejam mata je bergambar. Failed.






    

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates