>psstt... sekarang nih aku tengah buat research pasal hukum berjabat tangan dengan saudara mara dan batas-batas pergaulannya. Ada yang dah jumpa. Nanti lah aku share ok.
Ini kisah mereka yang telah melangkau selangkah kehadapan dalam mengejar erti kehidupan. Cewahh~
Mentang-mentanglah cuti sekolah. Mulalah semua nak memadatkan jadual harian aku. hahaha...
Sedikit nasihat kepada mereka yang bertunang terutama kepada sahabatku yang tengah baca nih. Sila banyak-banyak bersabar kerana pasti akan dihujani dugaan dan cobaan. Cuba fahami pasangan anda kerana in adalah proses perkenalan hati budi pasangan anda. Tetapi jangan dikonklusikan seratus peratus kerana ianya mungkin tak sama selepas anda berkahwin kerana bila dah duduk sebumbung baru kita akan nampak colour yang sebenar. hehe~ Lagi satu jangan tunggu lama-lama. Cepat-cepat menjamu orang ramai dengan nasi minyak..
Pesanan terakhir aku ialah jangan mengada-ngada sikit-sikit mintak cerai. (eh bila pulak korang kahwin kan?)
Ok ni serius sikit. Jangan suka mintak clash/putus. Tapi kalau korang rasa memang patut-patut putus so silakan. Bagi mengelakkan korang menyesal bila dah kahwin nanti. Seeloknya buat lah solat istikarah bagi membantu kita membuat pilihan yang tepat.
Ucapan kepada yang bertunang/ berkahwin pada bulan disember ini aku nak ucapkan selamat bertunang/berkahwin kepada semua. Semoga mendapat keberkatanNya. Amin...
Pada 3hb 12 2011- Adik ipar aku tunang.
Balik jengka lah aku jumaat malam tuh dan menjemput adik aku yang paling kecik (err tak berapa nak kecik) sebab dia cuti sekolah.
(mata bajet besar jer)
(err macam alien je aku pakai tudung biru)
Psstt..... gambar pengantinnya aku tak ambik. hahaha. Kat kamera orang lain ada. Sekian.
Pada 11hb 12 2011- best friend aku lak tunang
Tak sangka bertunang jugak member aku sorang nih. Jangan meroyan-meroyan tau mak cik. Happy selalu to both of you. Dua-dua member aku. Seronok lah korang kahwin nanti. Leh wat reunion terus time pergi kenduri kahwin korang nanti. Jangan gaduh-gaduh tau. Gaduh manja-manja tak pe. hahaha...
Aku suka pulak warna purple nih. Cantek... Aku tertarik tengak pelamin mini mak cik nih. Simple and nice.
Terasa nak posing sorang-sorang dekat pelamin tuh tapi... kang orang kata terlebih suda budak nih.. owh!!
Mengapa bah tak bole bah..
Satu perkara lagi dah 3 hari aku tak makan nasi. Makanya terpaksalah aku makan jugak sebab kenduri anda ini. Tu nampak cam excited terlebih je time nak makan nasi tuh. Hai berat badan nih nak naik senang je sekarang. Turun haremmm... Arghhh...
Balik dari kenduri en.bunbun ajak pergi makan lagi. (err) Nasi Ayam Tat. Dia kata nasi ayam kat situ sedap. Baru aku tahu ada macam-macam jenis nasi ayam rupanya. Aku biasa sebut nasi ayam je. Ni nama pon pelik-pelik bagai. adeh~ ok xcited lagi. Malangnya kedai dia tutup. Err ahad pon nak tutup. hihi~
Last-last en.bunbun ajak pergi makan ikan kembung masak pedas dekat kedai biasa kitaorang pergi kalau nak makan ikan kembung. Aku tak mau dah makan nasi. Order lah mihun tom yam. Adik aku nasi goreng kampung yang tak berapa nak kampung (takde ikan bilis) dan en.bunbun biasalah ikan kembung masak pedas dia. Tapi..... selera suma out. Tak seperti rasa yang diingini. Lebih-lebih lagi mihum tom yam aku.. uhuk :(
Alahai mihum tom yam aku warna putih. Dah macam mihum sup je. Aku tak pernah lak makan mihum tom yam warna putih. Aku nak warna merah................ er tapi makan je lah. hmm.
babai... Selamat bercuti kepada yang bercuti. (*-*)v
No comments:
Post a Comment