Bajet lama je aku kat Langkawi tuhkan. Dah berzaman aku balik baru nak cerita.
Seronok ke??? >>> eh kau kalau jalan memanglah suka. Aku nikan suka berjalan.
Kaki jerit-jerit penat pon aku muka selamber jer.
So kalau kau lemah segala-galanya baik jangan follow aku ye. >peace<
Selama 4 hari dekat sana aku round-round dekat-dekat je. Mungkin sampai tauke kedai tuh naik cam muka aku lebih dari dua tiga kali masuk keluar kedai diaorang. Kalau beli tak pe gak. Ni aku masuk tangan kosong, keluar pon tangan kosong. (opsss tu first day lah) Pastu memanglah kena beli coklat-coklat yang menggemukkan tuh. Rasa-rasa dah macam gemuk duk lepak dalam hotel tuh, terpikir nak pergi gym lh.
Ya ampun lupa kasut sukan mana ada bawak. (lompat-lompat sorang-sorang dalam bilik lah jawabnya.Nasib Kak Nora tak ada. Busy)
Eh aku ni kalau bercerita tunggang-langgang. Tak cerita lagi macam mana pergi sana lagi tup-tup dah sampai. Ngee~ Aku pergi naik............
Air Asia... Hahaha... Gambar di atas tu akceli masa balik dah. Masa pergi tuh malu-malu kucing nak bergambar. Mesti kawan aku pelikkan. Sebab aku ni sebenarnya suka bergambar tetiba nak segan pilu lak.
(ada geng best sikit) Tapikan aku bila kat dalam tuh rasa macam naik bas je sebenarnya. Wahahaha~
(mesti orang air asia tiba-tiba blacklist aku) Sempit gak dalam flight tuh. Aku ingat ada tv ke, mp3 ke, serve makan ke. Tapi semua tak ada.
Betol jugak kata abang Tony tuh (ops terlebih suda)
Hmm korang jangan tengok gambar tuh lama-lama tau. Tengok sambil pejam mata je. Gemuknya aku tak termampu dilindung lagi. Tu lah masak-masak je makan. Tak masak pon makan. Macam mana tak jadi seperti itu. huhu terul moral down... :(
Antara sebab-sebab aku makin gemuk adalah kerana kamu coklat. Aku beli kisses, daim, cdbury, kitkat n ape tah satu lagi tuh. Tak yah lah beli banyak-banyak pon sebab aku sorang je yang giler coklat. Nak buat macam mana. Errrr...
Tapi lupa nak beli tuk korang semua. So babai. Hehe~
p/s: Aku gambar je pejam mata, pejam mata je bergambar. Failed.
No comments:
Post a Comment