Ari ni aku nak bercerita pasal satu kisah. Aku tak tau la nak kategorikan kisah ni sedih ke, terharu ke, gembira ke apa ke...
Kisah ape? Nak citer la ni
Masa aku balik kerja tadi, on the way nak balik rumah tiba-tiba Isya memekik dalam kereta, "Ayah!!! Mama!!! pelangi la!!!", katanya. Maka terbitlah dialog-dialog susulan seperti berikut.
Mama : Mana?
Isya : Tu, kat sana tu (sambil menunjukkan ke satu arah)
Ayah : Ohh, biasala pelangi lepas ujan. (petang tadi ujan gerimis kat KL)
Isya : Ni, kali pertama Isya tengok pelangi tau. Isya tengok pelangi dalam buku je...
Aku dan mama terkedu. Memasing diam sejenak. Aku rasa kesian pun ada, terkedu pun ade. Mana tak nye, dia baru tengok pelangi secara live pada usia 7 tahun 1 bulan dan 2 minggu. Apakah sebelum ni memang dia tak pernah tengok pelangi atau masa tu dia tak mengerti apa itu pelangi?
Lama gak dia diam sambil menikmati keindahan pelangi yang terbit menghiasi senja di Kuala Lumpur itu. Begitu asyik dia nampaknya. Aku dan mama biarkan je dia melayan perasaan dia.
Bila dah hilang kelibat pelangi dari pandangan mata dia, dia tanya aku, "Ayah, camne pelangi tu boleh ade?" Ah, sudah!! camne aku nak terangkan pada dia? Aku dah lupa!!! Aku tau pelangi terjadi akibat biasan cahaya pada air (kalau tak salah aku). Macam mana aku nak explain dengan mudah pada budak berusia 7 tahun ni? "mmm, Allah yang jadikan pelangi tu.. cantik tak Isya?", ayat yang tercetus dari mulutku, (ayat cover line). Dalam hati aku cakap, tak pe malam ni aku mesti cari jawapan nya camne nak terangkan pada anak aku macam mana pelangi terhasil.
Bukan senang nak jadi bapak ni. Bapak merupakan bank untuk keluarga, pengawal keselamatan, perdana menteri, kamus, buku dan macam-macam lagi. Kiranya bapak ni mesti sama taraf macam profesor serba tahu. Kalau anak-anak tanya ape-ape mesti boleh jawab. Jadi, kalau korang nak jadi bapak, kuatkan ilmu di dada.
aku dah tengok kat internet, maka apa yang dapat aku rumuskan tentang pelangi adalah seperti berikut:
Pelangi terbentuk kerana pembiasan sinar matahari oleh titisan air yang terdapat di atmosfera. Ketika sinar matahari melalui titisan air. Cahaya tersebut dibengkokkan sedemikian rupa sehingga membuat warna-warna yang ada pada cahaya tersebut terpisah. Tiap warna dibelokkan pada sudut yang berbeza, dan warna merah adalah warna yang paling terakhir dibengkokkan, sedangkan ungu adalah yang paling pertama. Fenomena ini yang kita lihat sebagai pelangi.
Tapi aku rasa dengan rungkaian seperti ini masih sukar untuk diterangkan pada budak kecil itu!!! Ahh, mintak-mintaklah dia lupa pasal pelangi ni sampai aku mampu nak explainkan pada dia...
Terima kasih Tuhan, kerana telah menunjukkan satu lagi keindahan ciptaanMu pada anakku. Itulah saat-saat yang menakjubkan buat dirinya.
p/s: mitos pasal pelangi -> orang kata, jangan tunjuk kat pelangi, nanti tangan kudung!! Ye ke? Masa aku kecik dulu, kawan-kawan aku tak bagi aku tunjuk pelangi, nanti kudung, katanya... Aku ikut kan aje. Bila dia tak nampak, aku cepat-cepat tunjuk pelangi tu. Sampai la ni jari aku ada lagi...
....................................the end........................................
No comments:
Post a Comment