Mar 6, 2010

cinta???

sesungguhnya diri ini mmg mencintaimu,
xada dusta di antara kita,
x pernah terlintas nk menduakan dia dan x pernah terfikir untuk mencari pengganti x kira d mana diri ini berada nanti. Dia satu2nya insan yang kini telah memiliki hati ini. Malam ku rindukan mu siang ku perlukan mu. Jauh lubuk hati ni dh x terbuka untuk mencintai org lain dan percaya serta memohon di satu kan hati ku dan hati mu jua bersua roh mu dan juga roh ku. Terikat menjadi satu. X perlu di ragui lagi kerana telah ku kunci hati ini dan dia simpan kunci dalam poketnye (huhu dia yg ckp cm tu).


~Abg syg SYG abg~

memang kamu bukan org yang pertama tetapi kamu ada org yang terakhir memiliki hati dan cinta ini sehingga ke akhir hayat ku. (InsyaAllah marilah berdoa agar segalanya lancar tanpa gangguan)
Pernah dulu ku lafazkan perpisahan tapi dia mampu mengubahnya menjadi percintaan yang hakiki. Mungkin ini lah yang dinamakan jodoh antara kita.

SIKAP dia yang cool menyegarkan jiwa raga dan kematangannya teserlah membibitkan ketenteraman. Mmg hati ini mulanya keliru dan perasaan takut bercampur baur. Pernah dulu kecurigaan menyelubungi menimbuskan kesabaranku. ADAKAH DIA BENAR2 MENCINTAI KU DAN ADAKAH AKU BENAR2 MENCINTAINYA? Segalanya terjawab sehingga kini dia mencintai diri ini dan diri ini sangat mencintainya walau apapun yang terjadi. Diri ini rela bersusah senang bersama kerana keyakinan hanyalah berada pada diri kita sendiri. Jika kita tidak bersikap n berpemikiran positif terhadap diri maka kita tidak akan mengecapinya.

Berulang kali ku nyatakan bahawa cinta ku untuk mu tetapi bukan yang pertama kerana cinta pertama kita adalah sama iaitu cinta padaNya yang satu. Kasih sayang yang ku taburkan bukanlah debu tetapi kutaburkan bunga mawar putih sesuci cintaku padamu. walau jauh beribu batu namun wajahmu selalu terbayang dibenakku.


..:TERIMA KASIH CINTA:..


Kerana sudi menerima diri ini seadanya. Bukanlh bijak, kuranglah manisnya, sederhana ilmunya, tidaklah sempurna sehingga boleh di bicarakan mulut2 di luar dunia...


Tapi kepastian yang tiada tolok bandingnya..


-CINTAKU CINTAMU-

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates