Sep 16, 2012

Berkahwin Juga Faizal Akhirnya

9:56 PM 0 Comments
Salam...

Dalam 11 orang adik beradik mak aku. Tinggal seorang je yang belom kahwin. Lama kitaorang tunggu nak makan nasi minyak dia tau. Akhirnya dapat jugak... Dia selamat dinikahkan pada raya ketiga haritu. 

Jauh perjalanan kami nak makan nasi minyak sampai ke Terengganu. Bukan Kuala terengganu ok. Tapi yang dah sekaki je dengan Kelantan. Haha teruk sangat dekatnye sampai langkah sekaki dah sampai kelantan kan..hmm Dari Seremban raya kedua pagi tu dah bertolak dah. Ikut jalan gua musang. Panas vontot. Ngee~

Tapi kan tapi kan. Dah lama aku nak jalan jauh yang lambat sampai destinasi ni. Seronok tau. Dapat tengok permandangan yang indah.

Eh jauh-jauh... 

 Balik ke bab asal. Jom layan gambar..


Pak Kecik time ni tengah tunggu tok kadi

Gambar curi sebelum akad nikah berjalan
Okay aku kan otak gile-gile cikit. Biasalah sebelom nikah si lelaki memang taklah pergi tengok si perempuan lagi kan. Aku pergi dengan selambernye ambil gambar wani dan terus pergi jual gambar ni dekat pak kecik (Faizal). Hahaha.. Tak kesampaian hati nak jual-jual gambar. Dia nak sangat tengok dan aku memang hajat nak tunjuk pon. hihi...

Pada hari adik aku Amalina nak kahwin, pagi tu berjalan sesi bergambar untuk mereka. Cantik pulak warna hijau kan.. Nak kahwin lagi sekali boleh tak. Nak pakai warna hijau pulak. Ekekeke~


Banyak lagi gambar sebenarnya. Nanti aku nak upload dekat facebooklah. Tapi nak edit dulu. Nak tau tak aku guna software edit ape. Software ni memang awesome giler ok. Memang dah jadi kesukaan aku sebab paling mudah, banyak pilihan dan comel-comel pon ada. Nanti aku share software apakah itu. Gambar yang ada dekat post ni aku belom edit lagi. Tak sempatlah. Bz lah sangat kannn...
 
Selamat Pengantin Baru Pak Kecik dan Mak Kecik

 Babai semua.





Ada Mood Raya Lagi Ke?

9:12 PM 0 Comments
Salam...

Raya kali ni banyak tempat jauh-jauh kena pergi. Tapi best jugaklah. Sebab bukan terperuk dekat rumah dan tengok tv je kan. 

Eh Eh baru nak cerita pasal raya?

@#$%$^?

Raya tahun ni masih lagi di rumah mak aku. Kesian lak dekat mertua dah dua tahun tak sambut raya pertama dengan anak sulongnya. -_-v

Chop chop.. Jangan korang tunjuk-tunjuk jari dekat aku. Kita orang dah buat kata sepakat dan en.bunbun yang decide keputusan ni ok. Aku hanya tahu memanjakan mata dalam kereta. Aku tak pandu kereta sebab lesen aku lupe yang aku dah framekan dekat rumah. hikhikhik~

Jadi, berhari-rayalah kami di bandar. Aku takde kampung. So sad. 

Jom tengok baju raya orang yang takde kampung ni.

Biasalah mesti gambar dengan adik bongsu aku yang tak suke mandi ni dulu. Ok bila ada aku je, asyik suruh aku tolong pakaikan dia shawl. Nasib jadi je kan.. Ni jelah budak yang aku boleh sakat sekarang ni. Sebab adik perempuan yang atas dia tu dah kahwin. Kalau dengan adik lelaki aku yang sorang tu. Tak mendapatlah.. Sebab dia tu nama je adik tapi badan besar dari aku. Aku kan gemuk. Cube korang bayangkan kalau dia lagi besar dari aku macam mana rupa dia. Haha~ 

Korang jangan main-main walaupun dalam lima beradik aku cuma ada sorang je lelaki. Tapi kitaorang tak de main batu seremban. Kitaorang kalau kecik-kecik bergaduh siap lawan tumbuk-tumbuk. Ganaskan kitaorang. Harap nampak ayu je memasing. Tapi...... hoo~

Dan inilah orangnya yang melahirkan kitaorang yang ganazzzz... Mak kata keturunan bugislah katakan. Haruslah strong!! Tahniah sebab berjaya membesarkan kami dengan usaha beliau. Siapa kata orang yang banyak liku dah lalui ni cepat nampak tua. Tengok mak saya. Dah 51 tahun umur dia tau. 


 
Malah dah ada lima cucu dan nak masuk 6. Ni semua kerja kakak aku. Aku pon tak lepas-lepas lagi. Dia menambah je. ^^V

Ok. Habis bab bodek mak aku. Yang kat bawah ni pulak gambar adik-adik perempuan aku. Yang belah kiri tu Amalina. Masa ni dia belom kahwin lagi. Tengah menunggu hari masa tu.


 Haa... yang berbaju kuning tulah adik lelaki aku. Hensem ker??? No komen. hahaha~ 


Petang tu lepas beraya dekat rumah saudara-mara. Kitaorang pon bergerak ke rumah kakak. Macam banyak je pergi rumah saudara-mara bunyinye. Dua rumah sedare je pergi sebab kitaorang berkumpul sekaligus. Kan senang. Keluarga tak besar macam ni lah. Aku tak faham kenapa kakak buat muka macam tu. Maybe nak kasi muka nampak comels sikit kot.. hewhewhew.


  

Perempuan-perempuan semua... Arghhh. Ni lah hasilnya kalau suruh budak kecik (anak kakak) snap gambar.


Seronok bila dapat berkumpul macam ni. Yelah bila dah berkahwin ni dan duduk jauh terpaksalah kadang-kadang je balik. Sekarang ni dah 3 orang yang dah kahwin. Pasti ada yang tak lengkap kalau raya nanti. Kena atur niii... haihhhh~ 

Okaylah. Selamat hari raya semua.... Harap masih tak terlewat. Mohon maaf kalau ada bahasa yang kasar.

Gambar penutup

Sep 6, 2012

Yeayyy!!!

1:50 PM 0 Comments
Nak update.

Tapi mengantuk la pula.

Nantilah update ye.

Nantikan entry

1. Raya
2. Kahwin
3. Dan kahwin
4. Lagi-lagi kahwin
5. Software edit paling sempoi

Tapi bukanlah sekarang. Tibe-tibe mengantuk. Huarghhh...

Babai.

Aug 11, 2012

Juadah Berbuka Puasa

12:34 PM 1 Comments
 Salam..

Lagi seminggu je nak raya. Mesti ramai dah kelam nak siapkan kuih rayalah, gaduh-gaduh ngan tailor sebab baju tak siap-siap mau pakai raya, tiket habis dan macam-macam lagi. Harap bersabarlah dan ingat raya bukan sekali, lain tahun ada lagi. Hoho apakah???

Gembiralah sebab tak payah masak. (dasar pemalas)
Aku bukan apa. Hari-hari masak sampai blank tak tahu nak masak apa dah. (ke ko pemalas...) Yelah nak buat macam mana tak tahu masak tapi en.bunbun ajak kahwin. (0_o)v Mari berdoa beramai-ramai supaya aku expert bab masak ni. ngee~

Dah lama aku ngidam nak makan nasi dagang dan akhirnya bersua juga dekat bazar semalam. Walaupun hanya dekat 4 tahun aku duduk terengganu tapi tekak terengganu memang melekat-lekat kat aku. haha mampus bahasa aku.


Okay ni memang kurang ajo. Aku makan tak habis sebab tak sedap. huhu (T_T) Ke nasi dagang terengganu dan nasi dagang kelantan lain. Aku rasa ni orang kelantan jual sebab dia sebut nasi dage. Huhu. Spoil.. 

Teringat dulu duk sane. Nasi dagang ni orang sana makan untuk breakfast tau. Macam-macam ada nasi kerabu, nasi briani, nasi hujan panas, nasi lemak dan macam-macam jenis kuih. Heaven ok sarapan pagi. Yang penting murah-murah. Biasa sebelum aku pergi sekolah aku akan singgah Pasar Cabang Tiga. Tak jauh pun dengan rumah aku kat Kubang Buyung. Ok kalau korang pergi sana pasti akan rambang mata dengan pelbagai jenis kuih dekat situ. Aiii bukan tu aje tau.. nama pun pelik-pelik ada. Murah pulak tu. Beli 50sen dapat tiga biji. Beli seringgit dapat enam. Mane tak heaven? 

Yelah pergi sekolah bawak duit belanja limapulohsen. Mestilah rasa heaven dapat banyak dengan harga yang minimum. Seketol leh makan untuk sarapan dan dua ketol lagi makan time waktu rehat dalam kelas. Kadang-kadang aku beli keropok lekor je kat sekolah sepulohsen satu. Keropok lekor pantai timur ko makan hari-hari pon tak muak tau. Selalu kalau tak ada duit belanje aku makan kerusi meja dalam kelas. tsktsktsk....

Nak tau tak kalau dekat terengganu korang jangan terkejut kalau dalam karipap pon inti ikan. Pulut panggang juga begitu. Er mula-mula aku pelik tapi lama-lama sedap pulak kan.. Aku semuanya sebat janji makanan yang halal namanya. Yang pahit aku tak suka.

Ok memang bab melalut akulah juara. Dah macam orang tua cerita satu bab dan berjela-jela ke sub bab. Haha fine. 

Penutupnya aku beli air tebu. Arghhhh leganya time puasa tekak haus dapat air tebu. Lega rasa tau. Siap beli dua bungkus tu.

Round kedua dan nak habis dah
 Perut masing-masing penuh dengan air.

Babai. (~_O)v

Aug 6, 2012

Nak Raya Sudah

11:13 AM 3 Comments
Salam ramadhan.

Setelah lama menyepi. Sibuk memanjang aku ni tak tau apa yang dibuatnya. Sibuk fikir nak masak apa kot untuk waktu bersahur dan berbuka. (sambil juling-julingkan mata)

Kepada pengunjung blog ini secara sengaja atau kebetulan je, aku nak mengucapkan selamat berpuasa dan kepada yang tidak berpuasa sila jangan makan depan aku. Ngee~ 

Maaflah dah setengah bulan puasa baru nak ucap-ucap bagai. Ko popular keee? (-_-)v Bajet orang tunggu ucapan bagai. @#$%

Sekarang ni tengah usaha nak buat satu benda. Malaslah nak bagitau. Babai.

no preview
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates