Perlawanan yang ditunggu² oleh peminat bola sepak seluruh Malaysia (ye ke) baru sahaja melabuhkan tirainya saat entri ini dipost. Balik terus aku buat entri pasal ni. Semangat beb. Tapi sayang, bukan negeri aku. Negeri aku dah ketinggalan kat mana entah dalam bola sepak Malaysia ni.:)
Akhirnya Piala Malaysia menjadi milik Negeri Sembilan. Kelantan terpaksa berputih mata lagi setelah penantian mereka hampir 30 tahun masih belum lagi tercapai. Keputusan penuh menyaksikan Negeri Sembilan menewaskan Kelantan dengan keputusan 3-1.
Tahniah kepada Negeri Sembilan dan selamat mencuba lagi untuk Kelantan..:)
Perlawanan jelas menunjukkan penguasaan Negeri Sembilan. Kelantan juga ada menyerang tetapi sayang bahagian finishing agak tumpul. Peluang ada.Tetapi bagi aku gol kedua Negeri Sembilan dan gol Kelantan dari sepakan percuma saat akhir perlawanan memang cantik.:).
Nanti kalau ada video aku uploadkan. Buat masa sekarang aku belum jumpa lagi.:)
Secara keseluruhannya aku rasa ok sahaja perlawanan ini. Macam perlawanan-perlawanan akhir yang lain.Adat bertanding ada menang ada kalah. Tetapi aku sangatlah tidak berkenan dengan beberapa kelompok penyokong kelantan yang mencemarkan perlawanan. aku tahu ramai je yang ok sebenarnya. Tetapi bilangan yang sedikit inilah yang mencemarkan perlawanan. Baling mercun, baling botol dan paling teruk bakar kerusi.
Ingat ini argentina ke..ha3
pic from kosmo.
(Aku bayangkan perlawanan ini berlangsung di amerika latin, argentina.ha3)
Apapun,dari pelawanan ini aku nampak semangat rakyat semakin bertambah terhadap bola sepak tempatan. Harap² lepas ini pun semangat ini tidak luntur.
Majulah Sukan Untuk Negara..:)