Jom tengok apa yang menarik ^^v

Exchange List

Earth Hour korang layan ke?




Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim.

Fakta dari wiki pembuka bicara kita setelah  beberapa hari tak update. Semalam kalau tak salah aku ada kempen earth hour. Penglibatan kita untuk membantu bumi dengan menutup lampu selama 1 jam. Bermula jam 8.00 malam. Kalau aku silap maafkan patik.

Persoalannya, berapa ramaikah yang prihatin dengan perkara ini? Adakah anda tahu ada apa dengan earth hour ? Tahu ke kenapa sampai kena buat earth hour ni??? 

Silalah prihatin... arghhhh rumah aku sekarang ni macam musim panas. Udara macam tak berputar pun. Matahari sangat terik perit membakar kulit sawa matang aku yang pucat. Badan rasa terhidrat, tersejat. 

Sesiapa yang mengikuti kempen earth hour ni aku nak mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas untuk anda semua. Siapa yang tak ingat nak buat tak apa kita cuba lagi tahun hadapan. Hai korang ni.. tak semestinya tunggu hari atau tarikh yang ditetapkan je yang korang boleh buat. Hari-hari pun boleh ma.

Apa? Aku??

Korang suka macam tu. Kalau nak buat jangan tunjuk-tunjuk jari dekat orang. "Eh kau buat ke?", "kau buat pukul berapa?", "Boleh percaya ke kau buat....", dan macam-macam lagi.

Aku boleh kata hari-hari buat (tutup lampu) bila nak tidur dah. Habis semua lampu aku tutup. Tapi.. 'tik' buka lampu ruang tamu. (Biar orang jahat ingat orang dekat rumah masih berjaga)  hahaha~ opsss~

Semalam aku tutup lampu juga. Tapi buka tv. Boleh? hehe.

Babai~
Salam.

p/s: Sama-samalah kita menjaga bumi. Jangan ego. (^___^)v

3 budak comel:

Ikan_Pari@@ said...

tahun depan kene beli night vision goggles sebelum earth hour. sakit mate tutup lampu >_>

RazFiRa said...

hehehe lupe plak earth hour... anyway jimatkan je la penggunaan elektrik hari2. x yah tggu earth hour kot

pelangi isya said...

Betol lah tu.. Tak payah nak tunggu hari jadi baru pakai lilin. Apakah??? hahaha~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:


up