Perasan tak bila orang melayu cakap dengan orang cina atau india mesti kita ikut loghat dorang.
"aiyaa apa mau?"
"takpa-takpa ini sikit punya hal" (ikut loghat india)
Ai perasan tak perasan pernah juga kita alami isu ini. Pelikkan. Kenapa perlu kita cakap tak betul macam tu. Kalau kita cakap macam biasa pun dorang boleh faham juga.
Aku pernah juga bertanya mengenai hal ni lepas dengar orang melayu ada cakap dengan orang india ikut loghat india pulak. Bukan pertama kali aku dengar macam tu. Ramai juga orang melayu pernah buat perkara yang sama. Aku pun pernah jua. haha~
Lepas tu otak aku yang tak kretif ni mula memanipulasikan segala maklumat dan pemikiran otak aku. Aku tercari-cari.
Inilah rupanya perhubungan dan kesepakatan dalam diam. Kita Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang bangsa.
Kita cakap Bahasa Melayu dengan loghat mereka, mereka cakap Bahasa Melayu dengan loghat mereka bila kita bersembang. Ianya menonjolkan sifat lebih mesra yang selama ni kita buat dalam bermasyarakat. Kira macam bahasa pasarlah. Janji dalam keadaan formal seperti exam ke apa ke kita masih boleh menguasai bahasa dengan baik.
Kira ini lebih kurang macam Teori Penyesuaian Diri. Hehehe macamlah aku ni ambil bidang psikologi.
"Penyesuaian diri
dalam bahasa aslinya dikenal dengan istilah adjustment atau personal
adjustment. Schneiders berpendapat bahwa penyesuaian diri dapat ditinjau
dari tiga sudut pandang, yaitu: penyesuaian diri sebagai adaptasi
(adaptation), penyesuaian diri sebagai bentuk konformitas (conformity),
dan penyesuaian diri sebagai usaha penguasaan (mastery)."
(^_^)v We Love Malaysia
melayu ngan melayu spiking london. tu macam mane pulak?
ReplyDeletetu mau tunjuk bakat lah, hahaha~
ReplyDeleteKasi advance cikit.
Normal la, dekat sini pun arab kalau bercakap dengan melayu diorang akan ikut tempo kita.
ReplyDelete