Mar 20, 2012

# petua/tips

Adat dan Agama (Perkahwinan)

Salam.

Selamat pengantin baru kepada mereka yang sedang atau bakal melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan sesuatu yang diwajibkan kepada kita yang memenuhi syarat-syarat yang melayakkan kita untuk berkahwin. Pernahkah anda terfikir untuk tidak berkahwin?

Ya. Kebiasaannya mereka yang berfikiran seperti ini disebabkan faktor keluarga, persekitaran dan ketidakmatangan diri seseorang itu. Hai aku pun tak tahulah sejak bila jadi seserius macam ni. Hahaha..
Ok tak perlu cari contoh yang jauhlah. Aku dulu pun pernah menyatakan perkara yang sama. Masa tak matang dulu aku pernah buat pengumuman yang aku tak nak kahwin sebab bla bla bla.. Lepas tu aku tukar pulak. Nak cari lelaki yang nama dia pangkal huruf X. Syarat-syarat melayu dan islam. Kau mana nak cari??? X-men adalah tu pun bukan melayu.

-Peace-

 

Aku memang tak lah jiwang @ layan lelaki sebab still mencari Mr.X. Aku rasa kalau betul ada lelaki yang gilakan aku dulu mesti dia dah lari ke jabatan pendaftara untuk tukar nama. Huahuahua. Agak-agak apa nama lelaki mulanya X. X-factor kah? huhu tu kumpulan. Xainal kah?Xanade zidan? Xakuan? phew!!!
Nasib baik aku kembali waras setelah rambang mata melihat lelaki dekat dunia ni. lalala~ 

Marilah kita kembali ke tajuk utama kita setelah penat memanaskan badan. Bila tiba bab perkahwinan tidak akan lari adat dan agama. Zaman sekarang ramai yang sudah sedar akan pentingnya perkahwinan yang mengikut ajaran agama. Yakni kini ada yang tidak mengamalkan amalan renjis merenjis, bersanding, dan sebagainya. 

Namun dalam menitik beratkan hal agama masih ada yang mengaitkan perkara remeh yang bukan bertentangan dengan agama. Hal ini sering berlaku tanpa kita sedari. Antaranya:

1, Jumlah hantaran/wang hantaran
Seperti sudah menjadi trend masa kini jumlah wang hantaran dihitung mengikut pangkat, kedudukan, taraf pendidikan dan lain-lain. "Kami bukan nak jual anak tapi bla bla bla" Ini lah kenyataan yang kerap kali kita dengar. Wujud perbandingan antara pihak pengantin dengan orang lain yang mempunyai pendidikan lebih rendah tetapi mendapat wang hantaran lebih tinggi manakala pihak pengantin sebaliknya.

2. Harus cincin yang grand dan mahal
Cincin tanda perkahwinan/pertunangan haruslah mahal kerana itu sekali seumur hidup. Nanti orang tengok dan kata "kecil je dan bla bla bla".Tanda perkahwinan yang utuh bukanlah pada cincin tanda tersebut tetapi pada umur perkahwinan dan sejauhmana kebahagiaan tercipta hingga ke akhir hayat. Walau semahal mana pun cincin tanda tersebut tidak bermakna sebanyak itu kita mendapat kebahagiaannya. Apa yang disyariatkan hanyalah pada mas kahwin.

Dua perkara ini adalah masalah utama yang menjadi isu hangat apabila anda mahu mempersiapkan urusan perkahwinan. Keluarga haruslah sama-sama memberi bimbingan dan bukan bebanan. Sesuatu majlis tidak harus dilakukan dengan bebanan cukup cuma sekadar kesederhanaan.
Sirih dijunjung hingga ke pelaminan,
Pengantin tampak manis penuh kesopanan,
Perkahwinan nan indah penuh kesederhanaan,
Bukanlah untuk menjadi bebanan.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates