Cinta tidak mengenal siapa, harta, atau
rupa. Memang semua jodoh dan ketentuan itu di tangan Yang Maha Esa,
tapi kita sebagai hambaNya harus mendoa agar jodoh yang diberikan itu dapat membimbing kita kearah kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Bukan apa, saudari terdapat banyak halangan apabila bercinta dengan suami orang ini. Di bawah ini Pakar Cinta akan berkongsikan 10 sebab kenapa kita dilarang bercinta dengan suami orang.
1. Si Dia Tidak Akan Berani Membuat Sebarang Komitmen Dengan Kamu
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam
rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu
apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin
tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan
rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan
seperti
komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah
kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. Sanggup Menipu Isterinya
Sikapnya yang tak jujur terhadap
isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu
sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar
rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan
hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu.
Tambahan pula, kamu menjadi punca
sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan
mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi
masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. Hubungan Secara Sulit
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu
sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam
perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan
diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang
indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan
dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh
perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan
lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. Lelaki Lebih Beruntung
Apa yang dimaksudkan di sini, dia
dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah
keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula
yang mengalami ‘kerugian’ kerana terpaksa berkongsi kasih dengan
keluarganya yang sah. Bayangkan,
kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti
dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin
mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja!
Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. Mampukah Kamu Mencintainya?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup
meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak
hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit
dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan
mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-sewenangnya.
Jika dia benar-benar menyayangi dan
jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan
untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh
memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia
menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. Si Dia Akan Hilang Hormat Terhadap Kamu
Jangan terkejut! Walaupun dia yang
jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya
dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah
terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia
sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar
terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan
seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. Pemusnah Rumah Tangga Orang Lain
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya
lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan
menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu
tidak menghormati hak kaum kamu sendiri.
Bayangkan jika
hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada
pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya.
Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang
lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. Kamu Menipu Diri Sendiri
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata
manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan
isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang
sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak
louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. Berwaspadalah Dengan “Boomerang Kesalahan”
Kebanyakan orang tak kira sama ada
wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap
keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru.
Manusia lebih mudah untuk mencari
kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia
diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia
menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita.
Haiiiii.. Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. Masa Itu Emas! Dan Kamu Tidak Sepatutnya Mensia-Siakannya
Hubungan dengan lelaki yang telah
berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia
kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang
kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu
sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu
mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
--------------------------------------------------------------------------------
Renung-renungkanlah
sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh
dijadikan panduan pada kita semua. Khususnya wanita. :-)
Apa komen korang?? Eh dah macam blog kekeluargaan lak aku nih. Agak ketuaan. kikiki~
Sekarang ni perempuan melebihi lelaki. Mesti perempuan semua tertekan. Hahaha~
Dah baca habis?
Kalau dah oklah.
Babai.
Sumber: Link
No comments:
Post a Comment