Mar 7, 2012

Majalah Playboy Versi Malaysia?

Salam,

 

Adoi petang-petang dah nak buat dosa. Harap ini bukanlah suatu umpatan dari aku. Aku cuma nak kita sama-sama ingat, Bukan aku nak ingatkan korang je tapi nak sentiasa ingatkan diri sendiri ni. 

Ada ke majalah playboy macam dekat luar negara tuh sekarang di Malaysia? Ada ye? Ala yang seksi2 lelaki suke tengok tu. Aku tak tahu sebab memang tak pernah beli majalah. Aku selak-selak blog berita semasa jumpalah cerita pasal Erykah. Malas nak cerita pasal dialah. Dorang cerits pasal artis Malaysia. 

Kenapa highlightkan artis Malaysia? Kerana mereka diberikan ruang yang cukup bebas untuk penglibatan & penampilan mereka disiarkan di televisyen di media-media cetak. Tetapi apa tatacara yang dikenakan terhadap mereka selama ini? Malaysia sudah tahap artis Malaysia berpakaian separuh bogel pun masih tidak apa-apa lagi. Macam tiada apa-apa yang berlaku pula. Cuma artis Malaysia belum berani bogel sahaja lagi di khalayak ramai. Nak tunggu sampai bila lagi?

Nah, ini kalau ditanya kepada artis Malaysia antara ayat-ayat yang cukup popular apabila ditanya tentang kritikan kepada gaya pemakaina mereka, ini mungkin jawapan mereka
  • “Biarlah apa org nak cakap. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Yang penting saya tahu apa yang saya buat tu betul dan ikhlas. Biarlah Tuhan menilai saya. Kepada orang yang dengki tu, ingatlah Tuhan itu mahal adil. Hari ini berlaku kepada saya. Hari esok mungkin berlaku kepada anda. Ingatlah industri hiburan Malaysia kita ni kecil aje.”
  • “Ingat yang bertudung litup tu baik sangat ker? Kadang-kadang yang seksi ni lagi baik daripada mereka, sekurang-kurangnya kami tak hipokrit..
  • “Mak bapak saya pun tak kisah saya pakai macam ini, mereka lebih tahu siapa anak mereka”.


Semakin hari semakin ramai artis pulak dekat Malaysia ni. Dulu aku pon rasa nak jadi penyanyi. Glamorkan aku. Tapi jika benarlah dulu aku betul-betul menuju gerbang artis mungkin aku seperti di atas dan bukan seperti sekarang. Kerana dulu aku bukan seperti sekarang. Walaupuan sekarang bukanlah menyatakan aku cukup bagus. Tapikan lebih bagus dari dulu... Masa tu aku habis tingkatan 3. Lepas tu tingkatan 4 dah tak sekolah. Perlu ke aku ceritakan kenapa? Tak penting. Sebab tu bukan point aku dalam entry ni. Masa tu boleh je aku nak jadi artis kot. Hahaha sengalkan aku. Haip haip jangan diungkit kerana aku telah selamat memegang segulung ijazah.
Allah selalu menyediakan perkara-perkara yang kadang-kadang tidak terfikir oleh manusia.
Semoga tak adalah terlahir lagi artis playboy di Malaysia ni. Aku tak kisah kalau non-muslim hendak berkelakuan macam tu. Tapi aku kisah kalau sebaliknya.
 
Ya, Islam untuk semua & Allah juga untuk semua tetapi bukan beginilah caranya.

Hai bukan artis sahaja wahai pembaca. Tapi kita semua di alam nyata ni. Terima kasih siapa yang follow saya. (Erk apakah?) haha~

K lah Babai.
(*-*)v

6 comments:

  1. mangga majalah ilmiah. huahuahua

    ReplyDelete
  2. ayat besa la tu...hihi..klu d kata seksi..jawapnya semulajadi seksi...

    ReplyDelete
  3. hehe.. sebenarnya dorang suka kalau orang panggil dorang seksi. Rasa hot yaw~

    ReplyDelete
  4. tak cukup kuat lagi blur2 tu. ok dah tau name majalah. nak carik!

    ReplyDelete
  5. haha... adik2 semua jangan tiru macam pengomen di atas ni,

    ReplyDelete
  6. dunia artis ni tak best.. kotor dan banyak fitnah. It is a short cut to hell.. baik di jauhkan. Kalau nak jadi ulama itu sangat digalakkan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates