Jom tengok apa yang menarik ^^v

Exchange List

The Walking Dead (TV series)

Salam.


Kepada siapa yang minat cerita seram zombi jangan lupa menonton siri baru (season 3) telah bermula pada 4hb march 2012 haritu. Puas tunggu, akhirnya keluar juga bulan 3 ni. (memang dah diberitahu bulan 3 baru keluar yang baru) Untuk pengetahuan korang cerita ni adalah di adaptasi dari sebuah komik. Memang menarik pon cerita ni. Cuma apabila sesuatu cerita bersiri ni akan menyebabkan satu episod tu tak banyak isi sangat. Dalam kata lain perjalanan ceritanya lembap sikit. Sebab dalam satu episod tak banyak benda yang boleh dorang selesaikan. hehe..

 

Masa Rick dan Glen menyamar supaya zombi tak perasan
 Mari kita berkenalan dengan watak-watak dalam cerita ni. 

1.Andrew Lincoln as Rick Grimes(Sheriff)
 - Rick ni masa kecoh zombi dah banyak di cedera kena tembak kalau tak salah. Masuk hospital koma tak sedar diri. Semua orang ingat dia dah mati masa kecoh dekat hospital dengan ada tembak menembak dan zombi. Tapi dia sebenarnya selamat sebab Shane dah hadang pintu bilik dia dengan katil supaya zombi tak masuk. Dia ada isteri nama Lori dan anak lelaki Carl. Bila dia sedar dia tengok hospital dah kosong tak ada sesiapa pun. Mulalah kehidupan dia selamatkan diri dari zombi dan jumpa beberapa watak lain.
  
2.Jon Bernthal as Shane Walsh
 - Shane ni aku tak suka sebab jahat jugak sebenarnya. Mula-mula nampak baik je. Dia ni syok dekat isteri Rick. Dia pernah tembak seorang lelaki yang menyebabkan anak Rick cedera. Dia dan lelaki tu sebenarnya tengah pergi pekan ambil ubat untuk selamatkan Carl anak Rick tu. Tapi keadaan buntu dengan peluru tinggal satu dengan zombi yang banyak mengganas. Shane ni ambil keputusan dengan tembak kaki lelaki tu biar zombi2 tu makan lelaki tu dan dia boleh selamatkan diri dia. Jahatkan??   

3.Sarah Wayne Callies as Lori Grimes
 -Lori isteri Rick. Patuh tunggu suami dia. Sedih sebab ingat suami dia dah mati. Dalam masa yang sama Shane cucuk jarum dan dorang pon saling terpikat. Sampai ehem ehem.. Dan dan Rick selamat pulak dan sampai dekat tempat persembunyian  dorang. Apa lagi.. Dia pun rasa bersalah. Tapi masih diam-diam lagi. Dia tak bagitahu pon pasal dia dengan shane. 

4.Laurie Holden as Andrea
 -Kesian Andrea ni adik dia mati kena gigit Zombi. Andrea ni sama-sama dengan Rick dan beberapa yang lain sebelum sampai ke tempat persembunyian yang ada adik dia, isteri rick dan lain-lain. Dia terpisah dengan adik dia. Andrea suka sangat dapat jumpa adik dia. Tapi kegembiraan tu tak lama. Masa birthday adik dia, zombi tiba-tiba ada. Habis adik dia kena gigit. Bila adik dia jadi zombi pulak dia terus tembak adik dia. Sedih dia. Sejak tu dia asyik nak mati je. Macam dah tak bersemangat.  

5.Jeffrey DeMunn as Dale Horvath
-Bagi aku dale ni penyelamat situasi tegang. Dia cool je. Apa-apa keadaan kena fikir dengan betol. Jangan ikut perasaan sangat. Dia banyak tenangkan Andrea tu yang asyik buat hal. 

6.Steven Yeun as Glenn
-Glenn ni watak dia biasa-biasa je. Nasib dia baik je. asyik selamat je kan. Untunglah. Pada seasn baru ni dia bercinta dengan anak owner rumah ladang tempat dorang sembunyi.   

7.Chandler Riggs as Carl Grimes
-Arghhh! aku tak suka budak kecik ni. Suka bajet dah besar. Tak suka aku. Bengang aku dengan perangai dia. Pasal dialah timbul satu lagi masalah. Dan dan kena tembak pulak. Tu la sibuk sangat nak ikut orang besar. Nak jadi dewasa jugak lah konon. Nasib ada doktor haiwan dekat rumah ladang tuh. Bermula dari situ lah dorang mula duduk dekat rumah ladang tu. Sambil-sambil cari sophea budak kecik yang hilang. Dia suka dekat Shane. Bajet-bajet shane tu baiklah konon. Errr...

8.IronE Singleton as T-Dog
-dia ni aku tak ingat pulak siapa.  

9.Norman Reedus as Daryl Dixon
-Daryl ni aku rasa macam hero je dia. Mula-mula gila jahat. Tapi dalam hati ada taman rupanya. Dia marah sebab semua tinggalkan brother dia atas bumbung bangunan. Sebenarnya dorang tinggalkan sebab kunci gari dah terjatuh. Dia kena gari sebab dia buat kecoh awal-awal cerita tuh. Dok tembak-tembak zombi yang menyebabkan zombi tau lah dorang ada dekat bangunan tu. 

10. Melissa Suzanne McBride as Carol Peletier
 -Carol ni lah mak si Sophea yang hilang tu. Dia sedih sangat anak dia hilang. Last-last jumpa anak dia rupanya dah jadi zombi. Ada dalam gudang dekat rumah ladang.

11.Madison Lintz as Sophia Peletier
-Anak Carol. Dia ni sama je kecoh dengan Carl tu. Budak kecik yang melecehkan. Masa dorang bersorok bawah kereta masa zombi datang kearah kereta banyak2. Mula-mula cantik je selamat sebab zombi tak kesan pun dorang. Dah tu si Sophia ni gerak jadi zombi ni jumpa lah dia, Dia ketakutan terus lari dalam hutan. Masa tu Rick dengan siapa tah pergi cari dia dan jumpa. Suruh Sophia ni sorok sekejap sementara dorang settlekan zombi yang datang tuh. Aii bila dah settle si Sophia ni hilang pulak. Start pada tu lah jadi espidisi mencari dia pulak. Rupa-rupanya dia dah lama mati dan jadi zombi pun. Penat yang lain cari. Kesian si Daryl siap kena tembak dan cedera masa cari Sophia ni. Sebab tu aku kata Daryl ni hero. Tak sangka aku dia ni baik jugak.

Ha itu lah sesi perkenalan dengan watak-watak penting dalam cerita The Walking Dead ni. Jangan lupa saksikan di Star Movies setiap hari ahad jam 10 ke 11 malam tah. Tiba-tiba aku tak ingat. Haha~
Korang mesti ada rasa geram dengan perangai bodoh dorang dalam cerita ni lah. Setiap kali tengok cerita ni mesti tak tenang sebab mulut penonton pun dok membebel jugak. haha... Geram sangat tau tengok dorang selesaikan masalah dengan emosi yang tak stabil. 

Eh ada satu nak bagitahu. Cerita ni pakai banyak pelakon zombi. Dorang dapatkan zombi ni pun ada audition tau. Ada kelas untuk jadi zombi lagi. haha

K lah babai 
(*-*)v

2 budak comel:

Ikan_Pari@@ said...

orang korea dah ade. bile orang kite nak berlakon jadi zombi lak

pelangi isya said...

Zombi kampung pisang?? haha~
Jadi manusia sudah lah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:


up