Jom tengok apa yang menarik ^^v

Exchange List

Tips Nak Tambah Trafik Di Blog

Salam.

Nota aku hari ini pada jam 5.40 ptg. Jari berlari-lari anak di atas keyboard laptop acer. Dengan menggunakan window 7 terus melayari internet menggunakan broadband maxis meluncur ke mozila firefox. Aku tau kebelakangan ini aku kerap membuat entry yang bukan empunya aku. Lalu aku pon memuntahkan entry baru yang seratus peratus berlabelkan AKU. Aku sedar kebelakangan ini aku mengejar trafik kerana terlalu angkuh untuk mengaku yang aku kurang dikenali dikalangan blogger. 

Pelbagai cara aku lakukan untuk menambahkan bilangan visitor ke blog aku. Keadaan makin memberansangkan berbanding sebelum ni. Aku mula menemui langkah untuk mempromosikan atau menambahkan bilangan traffic.  

Sangat mudah. Oleh itu aku mahu kongsi dengan korang walaupun aku tau aku ni bukan sepopular kamu. Maaf penggunaan ayat aku memang selalunya macam ni. Semoga tidak menjadi ikutan anak-anak yang masih mengenakan pakaian sekolah. 

Aku perlu meringkaskan perenggan ini dengan kata pertama. Mengapa pertama? kerana aku mahu terus buat point. 


1. Teruslah buat entry yang menarik. (personal, motivasi, petua, tips, tutorial dan lain-lain)
Bagi blogger newbies, bolehlah korang cari article menarik untuk dikongsi dekat blog korang. Macam aku selalu buat. Memang itu perlakuan tidak sihat. Tapi korang boleh bagitahu dari mana korang dapat article yang menarik tu (buat link terus ke blog terbabit). Blogger tu tak kisah punya korang ambik article mereka KALAU korang TAK PERASAN yang article tu korang yang punya. Selain tu, korang pun buatlah cerita apa-apa dekat blog korang. Sehari satu post pon jadi dari tak ada langsung. Blogger yang berjaya ialah blogger yang aktif dan agresif. Satu je aku pesan dekat korang, janganlah mengata orang lain atau mengumpat(eh mengata=mengumpat) dekat blog. Ini akan merosakkan imej anda sebagai blogger terutama bagi blogger yang baru tu.

2. Tulisan pada blog biarlah memudahkan pembaca untuk membacanya.
Tulisan memainkan peranan yang amat penting dalam dunia blog. Sebab korang bukan buat vlog atau photoblog yang hanya bermain banyak dengan gambar dan video-video. Korang merupakan peneraju dunia penulisan. Orang datang blog korang pasti melihat dan membaca apa yang korang sajikan untuk pelawat. Tak kisah post yang diambil (copy) dari blog lain itu juga korang perlu mengubah tulisan mengikut keselesaan blog anda. Seeloknya samakan font tulisan tersebut dengan font dari blog anda. Terserah kalau korang suka. Tulisan perlu memudahkan pembaca untuk membacanya. Bukan korang saja hendak baca tetapi KAMI pun nak baca juga. Eh tak nak orang baca pun??? Kalau tak nak orang baca sila tulis dalam diari.

3. Pilihlah tamplete yang menarik hati
Berbeza blog lelaki dengan blog perempuan. Janganlah blog lelaki tapi penuh bunga-bungaan. Blog perempuan tapi penuh gambar lelaki korea. haha. "Tamplete yang cantik, membuat hati pun tertarik". Janganlah pula korang mengata tamplete aku pun tak menarik tapi nak suruh orang cari tamplete yang cantik. Lain orang lain citarasanya. Ada yang suka simple dan ada yang suka nice (hehe). Banyak tampat yang korang boleh dapatkan tamplete yang menarik. Search je dekat google. Kalau aku, ambik tamplete dekat blog SINI. Banyak juga tamplete yang simple and nice dekat situ. Macam yang sedang aku guna ni.

4.Popularkan blog korang.
Apa??? Malu? Kalau malu korang sila masukkan muka korang dalam peti ais. Korang tayang blog bukan tayang body. Oleh itu, buangkan kemaluan korang itu. Sebab tu aku pesan jangan buat entry mengumpat dan seangkatan dengannya. Macam ni aku malas nak belok sana belok sini. Cara korang nak popularkan blog korang adalah dengan ping semua entry korang dekat web-web yang memberikan perkhidmatan ping blog. Antaranya dekat busuk.org, gezt, gengblogger, innit-nuffnang, ohbelog, blog malaysia dan macam-macam lagi tempat yang boleh korang ping entry atau kata lain kongsi url blog korang. Busuk.org antara tempat ping blog yang pupular juga. Dekat situ korang jangan risau sebab entry lama-lama pun korang boleh ping seberapa banyak yang korang suka. Cuma gezt dan gengblogger nak yang latest entry. Innit nuffnang pun best jugak sebab boleh share dekat orang post-post kita yang lama-lama. Dekat laman social lain pon boleh jugak seperti twitter dan facebook.

5. Join forum
Ini salah satu langkah nak kumpul ramai geng yang boleh korang runding untuk singgah ke blog korang nanti. Ni cara terbaek punyalah untuk menambahkan visitor korang. Biasanya dalam setiap forum ada  beriban-riban orang tau. Apalah salahnya korang tetiba je dropkan url blog korang atau tinggalkan perbincangan, article dan macam-macam lagi beserta dengan link ke blog korang sekali. Dalam beriban-riban tu paling kurang mesti ada berapa ratus untuk terjejak dekat blog korang. Terpulang kepada sebesar mana website forum yang korang join. Kalau korang nak tahu website forum mana yang the best and the very very popular aku tak tahu banyak. Aku tahu satu tempat je tapi memang ramai mak datuk manusia dekat dalamnya. Ini carigold tempat terbaik. Bukan setakat nak cari ramai kawan je untuk diumpan ke blog anda tapi banyak info-info menarik dari pelbagai aspek yang korang boleh dapat dekat sana.

Jari yang menari rentak rock tadi mula mengikut rentak irama malaysia.


6. Jangan sombong nak follow blogger lain dan komen dekat blog mereka.
Kalau korang rasa tak popular sangat. Aku cadangkan followlah blogger lain. Malaysia ni merupakan negara yang banyak blogger. Jangan tunggu blogger popular nak follow korang dulu. Memang tak lah aku rasa. Jenguk je blog sape-sape tah pastu korang follow. Tinggallah pesanan "follow saya balik ye" takut-takut mereka tak perasan akan kehadiran korang almaklumlah punya ramai orang jenguk blog dia jadi terskip-skip jugaklah.

Penat-penat orang tu buat entry, janganlah segan-segan nak komen walaupun dah berlambak komen dekat bawah tu dan entah-entah owner blog tu pon tak sempat nak baca semua komen tu. Jangan salah sangka. Kalau owner tak perasan tapi blogger lain yang tukang komen dekat bawah tu pun perasan korang jugak kan. Dalam ramai-ramai tu mungkin ada yang akan follow korang jugak. Jap nak tambah sikit.. kalau korang ada jumpa silent reader ala korang add je dia. Mereka tu nak add tapi segan. Malu tapi mau. Tak salah kot follow silent reader nih. Boleh tambah teman.

7. Traffik Widget
Letak trafik widget dekat blog. Baru kita nampak perkembangan visitor kita. Contohnya aku guna histats , alexa dan feedjit. Traffik widget ini pun penting dalam menambahkan bilangan trafik. Feedjit ni aku suka sebab aku boleh tau sapa skodeng aku. Best kan.

8. Itu je lah yang aku mampu bagi.

Ini antara yang paling penting dalam menaikkan traffik dekat blog kita. Janganlah korang tengok jumlah visitor aku. Sebab aku memang tak aktif sebelum ni. Walau pun since 2009 blog ni, tapi baru sekarang sedar diri. Dan tak tahu sampai bila akan aku teruskan dunia blog ni. Kalau rajin aku jenguk kalau tak aku tinggal tinggalkan. Sekian. Kalau ada tambahan nanti aku edit kemudian. Kalau korang nak tambah pun silakan.


(*-*)v Peace







30 budak comel:

azuan said...

apapun berblog biarlah seronok..jgn sampai tensen memikir trafik..hehe

pelangi isya said...

Betol sangatlah tu bro. Ni alang-alang berenang biarlah dapat duit nuffnang. huahuahua~
Macam orang datang rumah kita mesti kita seronok. Blog kira mcm rumah lh. wee~

Nath said...

add on to #6, make more friends with awesome bloggers out there ^_^

pelangi isya said...

(*-*)v share the bittersweet memories with others. Happy blogging to you and add more and more friend. hihi~ ^^v

Muwaffaq said...

>.< nice entry >.<

pelangi isya said...

thankz muwaffaq

Naziman said...

adakah tu ya blog lelaki berbunga2. hahaha

pelangi isya said...

Haha.. ada ke tak. Kalau ada mau pengsan. kih3~

Raudzah Zahari said...

Salam..best aje baca tips kat sini...nanti kita try ya...

pelangi isya said...

wkumsalam.. thankz. Satu lagi tips.. daftar kt guablog.com n apesal.com boleh ping entry jugak.

Fadzillah said...

Salam Isya... terima kasih atas tips-tips yang sangat berguna ini.

pelangi isya said...

Waalaikumsalam. Hehe sama2.

wildan haya said...

Thank You for the tips...

pelangi isya said...

sama2 wildan. :)

iam lilu said...

Thanks sangat² bagi tips ni :D
Sangat² membantu. Dah lama masuk dunia blog ni tapi atas sebab-sebab tertentu akhirnya semua terbengkalai. Jadi kali ni nak blogging betul². Follow saya kalau sudi. Thanks again!

faz sya said...

menarik, thanksss
http://fazsya8684.blogspot.com/

Sha Nikitasakura said...

Salam..Gud info...time kasihshare info ni..
Sudi2 jln kt blog sy..Tellingstory11.blogspot.com

Sha Nikitasakura said...

Salam..Gud info...time kasihshare info ni..
Sudi2 jln kt blog sy..Tellingstory11.blogspot.com

Mysterious Mel said...

Hi. Info yang sangat relevan untuk newbie macam saya ni. Tq so much. Sudi singgah blog saya yang tak seberapa http://lurveitall.blogspot.com

iman ruslan said...

Salam.Info ni memang terbaik lar.. Pasti ramai yang akan ikut langkah-langkah ni suma. Great work!!

pelangi isya said...

Google + xdpt follow. Bg link blog nti. :)

pelangi isya said...

Sy xde google plus. Xdpt follow.

pelangi isya said...

Waalaikumsalam. Tq. Dh jenjalan. Lawa blog. Dh follow awk. :)

pelangi isya said...

Dah singgah dan follow. :)

pelangi isya said...

Waalaikumsalam. Biasa2 je tip. Saja2 share apa yg sy pernah buat. Btw thankz sudi tinggal jejak anda. Hehe

Evelina Avilla said...

Thanks untuk info yang berguna. Saya ni newbie lg dlm bab blog2 ni.. info ini sungguh bermanfaat.. andai ada kelapangan, boleh lah jenguk2 sya ya.. www.lunazorro.blogspot.com

Salam kenal admin..

ima said...

waa gud tips ni. tq

wevazaha said...

Nice Info TQ

lumayan4u said...

cun .. thanks

Kasih ALLAH said...

Assalamualaikum...tq share

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:


up