Symantec beberapa hari lepas telah mengumumkan apa yang
dikatakan mereka bahawa serangan malware kepada telefon Android yang
diberi nama Android.Counterclank yang dikatakan di sebarkan melalui aplikasi di Android market. Namun kategori ancaman itu disangkal oleh Lookout Mobile Security
yang menjelaskan ancaman tersebut bukan malware atau virus tetapi ianya
adalah rangkaian iklan agresif yang dicipta oleh pihak tertentu dan
dikatakan ianya tidak terlalu merbahaya kepada pengguna Android. Dikatakan ancaman terbaru ini tidak mencuri data yang penting para
pengguna sebaliknya dikatakan ianya mengambil data IMEI unik telefon
anda. Berikut senarai apa yang dapat dilakukan oleh ancaman terbaru ini.
1. Mengambil data IMEI unik telefon anda.
2. Menghantar iklan melalui ‘Push Nofication’
3. Menempatkan ikon ‘Search’ mereka ke desktop/home Android anda.
4. Menempatkan ‘Bookmark’ mereka pada pelayar internet Android anda.
Pengguna Android di nasihati memeriksa ‘app permision’ yang
ditunjukkan sewaktu proses pemasangan aplikasi terlebih dahulu dan anda
berhak membatalkan proses tersebut jika anda mengesan sebarang
permintaan yang mencurigakan atau yang anda rasakan tidak perlu bagi
aplikasi berkenaan. Lookout Mobile Security dikatakan sedang mencari jalan menyelesaikan masalah ini. Sebarang pertanyaan sila kemukakan di ruangan komen.
Sumber – SINI
p/s: Hai pakai telefon canggih pon susah jugakkan. Dah la kena keluar duit mahal-mahal pastu kena macam ni kena macam tu. Kalau pakai 3310 dulu tak ada pulak halnya. Korang pakai fon mahal ke?? Siapa suruh. Babai. (*-*)? hehe.
No comments:
Post a Comment