Feb 1, 2012

Sanggupkah tinggalkan CSL demi Galaxy

Salam and hello hello.

Tengah-tengah tak tahu nak update dengan entry apa jadi aku pun nekad buat je entry. (????)

Kalau korang ada perasan entry aku dekat sini sebenarnya nak mengucapkan selamat datang kepada fon baru aku. Tapi ada je yang menghalang aku masa rajin nak cerita pasal tu. So hari ni macam nak cerita balik walaupun dah agak ketinggalan sebab dekat 2 minggu dah aku pakai fon baru ni.

Tada~

Samsung Galaxy Wonder


Ini kira telefon tercanggih aku pernah pakai dan telefon pertama 1st hand terus dari tangan aku. Err ayat aku. Tapi kalau aku macam lambat je balas massage korang tu sebabnya aku dok touch-touch tak habis-habis. Tak biasa lor touch touch nih. hikhik~

Kalau korang nak review jenama nih boleh refer sini . Macam-macam korang boleh tahu mengenai telefon ni. Tak perlulah aku cerita specific dekat entry ni. Aku selalu main angry bird dekat telefon ni. Balik-balik aku yang angry tau. Pelik aku tapi tak adalah sampai aku baling-baling telefon ni. Bila marah dekat burung tu je aku lap-lap telefon aku ni. wahahahha~ Sayanglah en.bunbun hadiahkan tau. Dia pun ada tapi up up lagi lah dari aku punya. Kesian aku tengok telefon dia dulu sampai cabut-cabut butang pon dia pakai lama jugak. Sekarang buat masa ni kami riang sebab ada Galaxy. Walaupun korang pakai telefon lebih canggih dari kami tapi tak kepoh pun tak apa. Kami akan riang untuk anda senyap-senyap.

Ni pun telefon pertama yang aku pakai ada wireless. Giler tak canggih sungguh aku dulukan. Sekarang ni kalau en.bunbun layan internet dekat laptop lama-lama pun aku tak bengang sebab aku boleh layan dekat telefon ni. Aku on je wireless dan suruh en.bunbun start hotspot internet broadband tu biar aku pun boleh layan guna wireless. Eh korang tak tahu ke broadband boleh dijadikan wireless?? Meh tengok SINI . Aku pernah cerita sebelum ni cara-cara korang nak share internet broadband.

Macam-macam aku boleh buat dengan Samsung Galaxy Wonder. Wah macam aku buat iklan untuk samsung lak. Diaorang tak bayar aku pon ya.

Nah korang usha lak aku punya CSL



Dulu telefon ini lah aku bawak kehulur kehilir. Sangat teruk sebelum aku dapat telefon ni. Aku pinjam telefon mak aku satu (mak aku ada dua telefon kalah aku dulu). Tapi aku hanya berjaya pinjam telefon nokia yang paling low profile tuh. Warna pun tak ada. Tambah lagi bila orang call tak dengar suara aku, memang sukar nak borak-borak dengan en.bunbun dan @#$%^*&. Hahahha~

Selepas mengharungi saat itu. Pastu ayah aku bagi telefon CSL ni (bukan 1st hand gak).Lama jugak aku pakai telefon ni dalam dekat 2 tahun. Sekarang en.bunbun pakai telefon ni sebab ada nombor celcom dia dalam telefon ni.

Eh macam pelik pulak aku nak cerita panjang-panjangkan.

Sebelum mengakhiri celoteh ni aku nak berpantun bodoh-bodoh.

Mula-mula tekan-tekan,
Lepas itu touch-touch,
Cepat-cepat siapkan makanan,
Kejap lagi dah nak lunch.


Hikhikhik~




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates