Feb 13, 2012

Jalan-jalan Di Hari Jumaat

Salam.

Setelah bertapa di rumah. Aku pun memulakan habit aku jenjalan sesorang di kala en.bunbun kerja. Ehem. Cehhhh~ haha. Tempat perempuan biasalah dekat mana lagi kalau bukan dekat shopping mall. Woit dekat taiping paling besar pun Tesco dengan Taiping Sentral. Aku layan je mana yang ada.

Alang-alang keluar beli barang dapur, bolehlah cuci mata. kikiki~ Habis aku pusing entah berapa kali round. Yang peliknya kakiku masih berdarah muda. Relex jer jenjalan pusing-pusing sana sini. Sebab tu aku dari dulu suka jalan sorang, takdelah menyusahkan orang. Kesian kalau melayan aku ni. Kalau nak beli barang habis pusing sana sini. Punyalah tak puas hati. Last-last aku beli dekat kedai yang first aku jumpa. Tak ke bengang kalau korang ikut aku jalan?? Kecik-kecik dulu memang dah kena cubit dah dengan mak aku. Ngee~

Sebab tu aku suka window shopping dulu. Balik rumah pikir-pikir. Next time boleh terus pergi tempat tu dan beli. Lepas tu nangis sebab dah kena kebas orang dulu. Sedih~

Aku bengang gak Jumaat aritu. Ada promoter telah mencuri masa aku untuk jenjalan. Mula-mula dia kata just tulis nama je. Pastu memanjang duk cerita pasal produk peralatan eletrik. Bapak mahal beriban-riban. Memang tak la aku nak beli. Kalau bagitahu en.bunbun pun sure dia tak nak beli punya. Tapi macam best jugaklah produk dia. hehe~ Siap puji aku lagi tu. Aku ni macam 18tahun lah. Memang tak lah aku termakan puji, cuma aku halalkan masa aku yang dorang curi tu je. Huahuahua~

Eh korang pernah makan pappa roti tak? Layan jugaklah sementara en.bunbun habis kerja. Macam rasa coffee..

Pappa Roti Nyum
Ai lama pulakkan menunggu en.bunbun. Memang tak la aku nak jenjalan lagi kalau kena angkut telor kesana sini. Terus aku kena ngorat tau dengan jantan. Memang aku tak layanlah budak hingusan. Cettt~ hahaha.

Yeay nak balik dah

Eh sambil-sambil korang dah terbaca entry ni aku nak bagitahu gambar dekat atas di ambil guna enpon baru tuh. Jom tengok kalau guna kamera depan lak..

Abaikan muka pepagi tak mandi lagi
Kamera depan tak cantik sangat. Kamera belakang ok lah sebab 5mpixel. Tapi satu aku tak paham kamera dia tak boleh nak zoom. Kalau orang duk jauh-jauh cam ne?? Mungkin aku yang tak tahu... Babai. (*-*)v

3 comments:

  1. sy pun mcm awk juga......ada perangai suka jalan2..kdg2 time serabut..kadang2 time senang hati........rasa tenang je layan perasaan sowg2..hehe..klu sy kat sogo jelah..jln2 kt jln tar tu...

    ReplyDelete
  2. Kan kan kan... boleh feeling sorang2. Best la dekat sogo lagi banyak tempat menarik. hehe~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates