Feb 2, 2012

Selongkar-selongkar gambar lama

Salam.

Bila usia semakin meningkat mulalah kita nak usha-usha gambar dulu-dulu. Biasa orang akan tengok gambar bila tak ada kerja lain, bosan, rindu, sedih dan macam-macam lagi lah. Gambar tu kan menunjukkan kenangan kita pada zaman yang sebelumnya. Kadang-kadang bila tengok gambar pun kita boleh tersenyum tergelak termarah sendiri. Haha~ (eh pasal aku tak tengok gambar lagi pun dah gelak. sawan)

Bila aku dah selongkar macam ni lah jadinya.

Masa kanak-kanak rebina,




Ha jangan main-main, kecik-kecik lagi aku dah bawak kereta. ngehngehngeh..  Weh tak nak lah cerita dari kecik. Banyak pulak gambar kena upload nanti sebab aku memang suka bergambar jadi banyak sangatlah.

Ok yang ni pulak masa aku baru sangat dekat universiti lagi. Muka suci murni masa ni tak main makeup-makeup. Tak shukeee~ Cubalah tengok aku masa tu memang tak tahu pape fesyen nih. Bawak beg pink yang beli dekat koperasi kehulur kehilir. (sila geleng kepala) Gambar di atas ni gambar curik. Ada budak tu member kepada member aku dia duk main laptop. Cis baru masuk dah ada laptop nih. So kitaorang pun gila jakun tengok laptop dia. Last-last budak tuh snap gambar aku. Uish gila amazing seronok tengok gambar sendiri dalam laptop. Terus tak jadi marah sebab ambik gambar orang sesuka hati dia. At last mintak save gambar guna pendrive member aku. Aku??? Time ni mana lah tahu fungsi pendrive tu apa. Nak on komputer pun kaca lana cari. 


Gambar ni pulak masa aku first time pergi fieldwork dekat Melaka. Wah pakai baju kurung gituh. Muka aku memang tak bermakeup lagi time nih. Pakai bedak baby je dekat muka. (muka aku memang pucat macam tak berdarah) Aku malu-malu kucing je kawan aku nak tangkap gambar. hoho~

 

Wah gilak lah.. Masa ni ada dinner kolej. Memang dah pandai makeup cikit-cikit time ni sejak dua menjak aku join budak joget-joget (tarian. hehe). Aku pun tak tahu time tuh macam mana termasuk tarian. Bukan kemahuan masa tu tapi disebabkan subjek-subjek yang lainnya dah penuh. Aku pun terpisahlah dari member-member kolej aku. Masa ni aku memang rapat giler dengan member kolej aku. Ada ida, rosnah, aida, zaira).



Tapi sejak busy dengan group assignment aku terrapat dengan mak cik dekat atas nih. Memang selalu aku kena stay bilik dia sampai aku pun konpius aku ni budak kolej mana. @#$%^&*.. Kita lama kelamaan semakin rapat dan tidur sebantal setilam dan seselimut. (korang apa angkat tanduk-tanduk macam s-----n). Masa aku kawan dengan dia aku dah pandai pakai eye liner gituh sebab aku selalu tengok dia pakai. hahaha~ ini lah dinamakan pengaruh rakan sebaya. Ekekeke~ mesti mak cik ni marah kalau dia baca. Aku sekarang tak sabar nak makan nasi minyak dia sebab dia sekarang dah tunang. Dia pun terpengaruh dengan rakan sebaya seperti aku. kihkihkih~

Gambar sekarang tiada harap maklum sebab ini mengenai gambar lama-lama. Babai.

(*-*)v Peace.




2 comments:

  1. haha , tau takpe , lepas tu gelak sorang sorang masa tgk gambar lama tu .

    ReplyDelete
  2. Hehe biase lah. Lagi-lagi kalau tengok gambar yang menampakkan perbezaan kita dulu dan sekarang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates