Feb 17, 2012

Game Yang Best Untuk Galaxy Wonder

Salam..

Selalunya kalau dah guna telefon touch screen ni nak main game pun kena lembut-lembut. Jadi hari ni nak kongsikan game yang best dan lembut-lembut je penggunaannya sesuai untuk yang sayang nak touch ganas-ganas.


1. Angry Birds Rio - INSTALL HERE


 

Annoying gilakan kalau main angry birds yang ada binatang macam babi tuh. Tapi angry birds versi rio ni tidak mengandungi unsur-unsur yang macam tu. Lebih banyak kepada versi penyelamat rakan-rakan mereka (birds). Fenomena sekarang ni ramai yang menggilai angry birds. Permainan ni melatih kita menyusun strategi untuk mencari jalan merobohkan segala penghalang dan menyelamatkan birds yang lain selain membunuh monyet-monyet yang selalu ketawakan kita bila kita kalah. Bengangkan bila dengar monyet ketawa?? Terus berkobar-kobar nak bunuh. Haha

2. Gold Minor - INSTALL HERE

 

Start main masa guna laptop dulu. Sekarang anda boleh main dekat handphone anda dengan install game ni di market. Tidak perlu menggunakan kuasa touch yang keras/kuat/drastik. Hanya touch dengan lembut/dramatik/perlahan pon boleh main dengan jayanya. Pungutlah seberapa banyak emas yang anda suka. Jangan ketinggalan kerana game gold minor ini sedikit berbeza dari game yang anda main dekat laptop dulu. Ini edisi baru dan lebih menarik.

3. 101-in-1 Games - INSTALL HERE


 


Ok game yang ini pula sangat menarik juga. Cuba bayangkan anda akan menikmati pelbagai jenis game hanya dengan download satu perisian ini saja. Anda akan dapat 10 game percuma pada permulaan. Setiap game yang anda main akan dapat wang ganjaran/point. Eh bukan ada 101 game ke dekat dalam 1 game. Ok saya perjelaskan. Game yang selebihnya itu dikunci. Hanya akan dibuka apabila anda dah mengumpulkan wang ganjaran/point yang mencukupi untuk satu game. (bukan pakai duit anda, hanya pakai point yang anda menang tu je). 

4. Big Business - INSTALL HERE


Big business ni lebih kurang macam game yang anda main dekat Facebook. Cukup masa boleh pungut duit, boleh bina-bina, expand tempat. 


p/s: Selamat bergembira bermain game kesukaan anda. Ada banyak lagi game. Korang boleh tengok dekat sini. Cuma kalau dah main ni jangan sampai melalaikan anda. Jangan sampai lupa tanggungjawab anda. Babai selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates