Jom tengok apa yang menarik ^^v

Exchange List

Review: Charcoal Mask Daiso


Salam...

Hari ni aku nak review satu masker yang popular sekarang ni. Berdasarkan apa review dan komen-komen dari pengguna mask ni, diaorang puji je banyak. Jadi aku beli.

Charcoal mask
Charcoal mask ni tak boleh lah pakai hari-hari. Macam scrub muka mana boleh pakai hari-harikan. Rosak muka! Mask ni dia suruh pakai seminggu 2 kali je. Tiub ni tak lah besar sangat bersesuaian dengan harga yang tak mahal sangat pon.

Jangan tiru aku pakai macam ni
Ini namanya orang kedekut. Patotlah tak berapa nak keluar pon segala white blackhead sebab tak betol-betol menutipi. Kena pakai jangan sampai nampak warna kulit kita tu baru jadi. Sebab aku tengok orang lain pakai tunjuk banyak je keluar segala mak nenek seba diaorang pakai tebal. Kira satu tiub ni cukup untuk sebulanlah. Sebab bukan perlu pakai hari-hari.

Masa pakai tu better kita basuh muka kasi bersih dulu. Kalau rajin wap muka anda dengan air panas. Bukan masukkan muka anda dalam air panas ok. Silalah mengerti. Fungsi wap muka ni nak bagi liang-liang pori kita terbuka supaya senanglah segala kotoran dalam muka keluar masa kita tarik mask tu.

Mask ni bukan jenis mask yang kita pakai tunggu sampai 10 minit dan basuh. Sebab ni mask jenis kene peel. Dia akan kering selepas 15 minit dan kita kena peel ikut arah dari bawah ke atas ok. Contoh dari dagu dan naik ke atas.

Masa pakai mask ni rasa muka tegang (normal lah sume mask macam tu rasa) dan rasa panas angin macam tu. huhu.

Lepas pakai rasa tak ada lah hebat sangat macam review lain yang aku ada baca. Maybe sebab aku pakai tak betol caranya. Sebab lepas pakai tu aku cuba picit tepi hidung dan masih ada je lagi whitehead yang keluar. Lepas ni aku nak cube pakai tebal-tebal lak. Nak tengok ada tak keluar banyak.

Tapi aku rasa semua produk sama je. Tak ada lah 100% elok kan. Macam aku pernah beli penampal hidung untuk keluarkan blackhead dan segala mak nenek dekat hidung tapi bila buka tak de pape yang menarik pon keluar. (-_-)v

Jadi Charcoal mask ni ok ok lah sebab murahkan. RM5 sahaja satu tiub.

p/s: siapa nak aku tolong belikan dekat daiso boleh email ye. Kalau aku ada pergi aku beli. Tapi berdasarkan terma&syaratlah. Maklumlah akukan jarang keluar rumah. Kena tunggu ada sebab nak kesana baru boleh.

Babai. Selamat Penghujung Raya

10 budak comel:

Ikan_Pari@@ said...

kalau kate gambo pakai 'mask' kamu tu dah rupe macam batman kamu marah tak? kishishishi

pelangi isya said...

Batman? mujur tak kate macam amuk. haha

Anonymous said...

nk tye.kt mane nk bli ni?

chocolove said...

wah,awak,kat negeri kami xdak daiso...awak bleh tolong belikan x

pelangi isya said...

Hai. Awak boleh dapatkan barang daiso dekat johor ada, KL ada, Ipoh ada dan penang. Tempat lain tak ingat lh kalau ada. Rasanya kt Sabah pon ada kot.

Owh kalau nk suruh saya bli kn boleh tp kena beli byk lh.

Ismalia Ismail said...

saya dah email :)

Steffi Yan said...
This comment has been removed by the author.
LiLY.. said...

salam. nak tanyala. kalau tak menyusahkan, awk boleh tolong belikan ke?

pelangi isya said...

Waalaikumsalam. Haritu dh pergi tapi tak ada. Cm dh susah nk dpt dh. hehe.

Anonymous said...

Salam.dkt johor tu pasaraye ape yg ade daiso ek??jusco tebrau ad?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:


up