Assalamualaikum,
Sekarang di taiping dah meriah tak macam dulu. Jalan baru dan banyak shopping mall baru macam Taiping Mall dan Jusco.. Jusco rasmi dibuka 14nov2014. Kalau sebelum ni teringin nak pergi Jusco kena menapak dekat manjung atau ipoh. Jauh okay. Sekarang 10minit jer dah sampai. Almaklumlah tambah-tambah lagi taiping ni kecik je.
Kalau sebelum ni nak pergi mana mesti Tesco, giant dan taiping central. mihmihmih.
Tapi kalau nak beli barang dapur lebih prefer Tesco,giant or econsave.
Taiping Mall kitaorang tak pernah pergi lagi pula. Taiping Mall ni dekat dengan kedai Manjaku. Disebabkan Taiping Mall ni juga jalan jadi sesak dekat situ. Nak parking pergi Manjaku pon susah. Kitaorang ni suka pergi beli susu ke pampers ke dekat Manjaku sebab murah tau berbanding beli dekat Tesco or Giant. Adalah beza dalam lebih kurang RM10. Manjaku taiping ni harga dia lebih murah sedikit dari Manjaku di tempat lain rasanya. Sebab aku ada pergi dekat Manjaku seremban harga dia tak sama. Tak sure kenapa. (^_^)v Orang2 taiping kalau nak murah sikit beli barang baby boleh beli dekat Manjaku taiping. haha pahal lak aku promote nih. Cuma parking memang susah. Kalau ada luck boleh parking depan kedai memang terbaaikk lah. Kalau tak kena menapak sikit parking jauh sikit or parking dalam Taiping Mall. Hahahah.
Macam biasa dalam Jusco lebih kurang sama dengan tempat-tempat lain. Dua kali pergi rasanya tak habis pusing semua tempat pon lagi. haha pening-pening.
Bila dah ada anak ni haruslah bawa ke tempat yang dorang suka kan. Kids zone memang menarik. Zafran bebas pergi dekat mana-mana aje. Biasa kalau dekat rumah pegang tu tak boleh pegang ni tak boleh, pergi sana tak boleh pergi sini tak boleh. ha cengitu. mihmihmih.. tapi dekat kids zone ni boleh. Dia pon suka sangat. Ramai kawan juga.
Selain tu untuk ibu-ibu yang menyusukan anak or nak tukar diapers anak tak perlu risau. Tempat yang disediakan sangat tiptop. Besar juga ruangan dia. Plus bangunan barukan haruslah cantik dan elok semua. Siap ada tempat main baby lagi. Cuma bola-bola dia sikit jer. Tu pon Zafran dah meronta-ronta tak nak keluar dari situ. (-_-)v
Kalau nak bancuh susu tak perlu susah-susah bawak air panas ke apa. Bawa susu je sebab dah disediakan mesin air panas dan suam.
Okay puas pujuk dia. Maraung-raung nak duduk dalam tu je. Tinggal kang baru tau. Haha.
Rata-rata orang Taiping mesti dah singgah Jusco nih. Benda barukan..
Nampaknya lepas ni Taiping no more for retirement.. kesian. Jalan pon dah mula sesak. Tapi masih tak seteruk KL. hehe.