Jom tengok apa yang menarik ^^v

Exchange List

Bila Pelangi Berbicara

As salam...
wanakam pembuka bicara. selamat hari raya.. Depavali..
Wah hari ini aku berjaya memenatkan badan yang kian kembang nih dengan keluar dari pukul dua sampai pukul 6 berseorangan dikelilingi orang yang tidak aku kenali. cewahhh... kikiki~
Saja jer mengambil sedikit kesempatan meluangkan masa di luar dari area rumah.
Owhhhh~ nak pergi enjoy-enjoy, last-last aku beli barang dapur pulak... Malasnya... hehe.
Tapikan bila dah sampai terpegang bahan-bahan nak masak. Terus terpegang banyak. Ngee~
Sampai lenguh-lenguh bahu dan lengan aku duk angkat bakul kehulur kehilir.
Nampak ke tak kata penegas yang kononnya aku dah beli banyak barang.
But dun worry la. Aku merangkap pembeli berhemah dan berdedikasi mesti pandai bajet-bajet barang. hoho.

Hajat awal nak tengok wayang sekali dekat Taiping Centre tuh. Tapi memandangkan berseorangan dan dikelilingan orang yang tidak diketahui pael dan akhlaknya so aku membantutkan hajat yang ada. Takut aku.
Dalam wayang tuh dah la gelap, besar tempatnya. Risau aku ada tangan-tangan yang haram terpegang aku dengan sengaja. opss... Korang kalau nak pergi wayang jangan pergi sorang-sorang tau.

Ok. puas aku pusing-pusing mengamati keindahan tesco taiping dan taiping centre. Dua kali round tuh. Dah lepas tesco pergi t.centre pastu pergi balik tesco. omg..
Sampai aku pon terlupa dah aku beli shawl pashima tadi dekat mana. Cantik gak lah. Tebal. Lebar. dan Selesa di pakai.

                                  (bajet nak tunjuk pashima baru je lah ni tutup-tutup bagai. haha)

                                  (hehe ada gaya macam model shawl tak?) *maaf minah ni perasan

Ha... tu lah kisahnya. Menarik lah warna tone tudung nih. boleh buat aku tertarik. simple and nice.
Malah sesuai dengan tone kulit aku yang gelap dan kusam tuh. Sekian. (tolong lah puji aku) wahahaha~
Tambahan lagi, tauke kedai nih sangat pandai menarik minat pembeli membuatkan aku terus je beliiiii. hoi.
Dia kate tudung nih cantik. Kalau aku pakai lagi cantik. Terus aku ambik dan bayar. Ohoiiiii~
Aku memang lemah tiap kali nak beli je orang kedai pandai betul tarik minat pembeli cam aku. kiki~

Ha tak abis lagi ni kisah aku membeli-beli. Tadi tersinggah dekat satu kedai nih. Orang kedai tuh yang panggil kalau tak memang tak singgah lah mak. Dia cakap elok-elok pujuk aku. Adik beli ini barang. Ini semua OKU yang buat. Mari tolong mereka. Dia pon bagi aku risalah pasal OKU punya kraftangan.
Murah saja ini RM2. Mak mahal tuh RM2. Tapi tak pe, ni kira membantu yang lemah lah ni. Lagi pon aku memang sokong dorang nih. Hee~ mentang-mentanglah tesis aku pasal OKU. So kira cincai lah. Aku ambik gelang nih.

                               (aku pakai longgar pulak. nampak sangat masih kira kurus. ekekee~)

Cam tu lah kisahnya aku hari ini. Bila dah dapat berjalan. Sorang pon jadi. Lagi melebar mata.. haha
Cuma dugaannya jalan sorang-sorangnya nih kena ngorat lah. Tapi tak pe aku dah biase. wahahaha~
Ayat bajet tol. Korang buat-buat lupa lah apa aku cakap nih eh. Babai.


p/s: Ada sedikit kata-kata untuk anda semua.

Kalau rindukan bulan,
Tengoklah bintang,
Kalau takutkan kegelapan,
Lakukan supaya terasa terang.

















0 budak comel:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:


up