Oct 27, 2011

Tuhan Berikan Aku Cinta

9:56 AM 0 Comments
Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

*Semua orang pernah bercinta. Cinta ada kalanya menyakitkan dan adakalnya menggembirakan. Cinta hadir dengan penuh warnanya. Mungkin ada cinta yang tak dapat bersama kita namun diberikannya cinta yang lain. Cinta yang sejati tidak akan hilang walaupun halangan  melanda. Cinta harus kekal hingga ke akhir hayat. Cinta menemani sepi, menemani duka, menemani hati dan memberikan bahagia. Oleh itu berilah cinta kekal di setiap peringkat kehidupan kita tanpa mengira setiap peningkatan umur. Mekarkan cinta setelah mendirikan rumah tangga, setelah dikurniakan cahaya mata, setelah menjelang hari tua. Cinta jangan dipoligamikan. Kerana cinta kepada insan (ini) seharusnya satu. Selebihnya kepadaNya, Rasul dan keluarga,
Semoga cinta setiap pasangan kekal hingga ke akhir hayat. Show your love <3


Oct 26, 2011

Boring = Bosan

6:04 PM 0 Comments
Arghhh sangat bosan. Tengok tv, tengok internet, baca-baca tah pape. Pastu baring. huhu
Hari ni cuti dewali. Ingat tak ada lah sorang-sorang dekat rumah. Tapi kena tinggal jugak. 
Sedihkan?? Siapa nak teman sila angkat tangan...

grrrr tekak ni pon satu tu jam lah nak tercekik tulang. Yang aku ni pon satu p makan tulang buat apa.
Sampai bilalah tulang ni nak hilang. Tak tahan lak rasa dari tengahari tadi duk sangkut dekat tekak aku.
>>>>>> nangis. Tak ada sapa pon pelulik. Benci. Babai.



Oct 25, 2011

Bila Pelangi Berbicara

7:22 PM 0 Comments
As salam...
wanakam pembuka bicara. selamat hari raya.. Depavali..
Wah hari ini aku berjaya memenatkan badan yang kian kembang nih dengan keluar dari pukul dua sampai pukul 6 berseorangan dikelilingi orang yang tidak aku kenali. cewahhh... kikiki~
Saja jer mengambil sedikit kesempatan meluangkan masa di luar dari area rumah.
Owhhhh~ nak pergi enjoy-enjoy, last-last aku beli barang dapur pulak... Malasnya... hehe.
Tapikan bila dah sampai terpegang bahan-bahan nak masak. Terus terpegang banyak. Ngee~
Sampai lenguh-lenguh bahu dan lengan aku duk angkat bakul kehulur kehilir.
Nampak ke tak kata penegas yang kononnya aku dah beli banyak barang.
But dun worry la. Aku merangkap pembeli berhemah dan berdedikasi mesti pandai bajet-bajet barang. hoho.

Hajat awal nak tengok wayang sekali dekat Taiping Centre tuh. Tapi memandangkan berseorangan dan dikelilingan orang yang tidak diketahui pael dan akhlaknya so aku membantutkan hajat yang ada. Takut aku.
Dalam wayang tuh dah la gelap, besar tempatnya. Risau aku ada tangan-tangan yang haram terpegang aku dengan sengaja. opss... Korang kalau nak pergi wayang jangan pergi sorang-sorang tau.

Ok. puas aku pusing-pusing mengamati keindahan tesco taiping dan taiping centre. Dua kali round tuh. Dah lepas tesco pergi t.centre pastu pergi balik tesco. omg..
Sampai aku pon terlupa dah aku beli shawl pashima tadi dekat mana. Cantik gak lah. Tebal. Lebar. dan Selesa di pakai.

                                  (bajet nak tunjuk pashima baru je lah ni tutup-tutup bagai. haha)

                                  (hehe ada gaya macam model shawl tak?) *maaf minah ni perasan

Ha... tu lah kisahnya. Menarik lah warna tone tudung nih. boleh buat aku tertarik. simple and nice.
Malah sesuai dengan tone kulit aku yang gelap dan kusam tuh. Sekian. (tolong lah puji aku) wahahaha~
Tambahan lagi, tauke kedai nih sangat pandai menarik minat pembeli membuatkan aku terus je beliiiii. hoi.
Dia kate tudung nih cantik. Kalau aku pakai lagi cantik. Terus aku ambik dan bayar. Ohoiiiii~
Aku memang lemah tiap kali nak beli je orang kedai pandai betul tarik minat pembeli cam aku. kiki~

Ha tak abis lagi ni kisah aku membeli-beli. Tadi tersinggah dekat satu kedai nih. Orang kedai tuh yang panggil kalau tak memang tak singgah lah mak. Dia cakap elok-elok pujuk aku. Adik beli ini barang. Ini semua OKU yang buat. Mari tolong mereka. Dia pon bagi aku risalah pasal OKU punya kraftangan.
Murah saja ini RM2. Mak mahal tuh RM2. Tapi tak pe, ni kira membantu yang lemah lah ni. Lagi pon aku memang sokong dorang nih. Hee~ mentang-mentanglah tesis aku pasal OKU. So kira cincai lah. Aku ambik gelang nih.

                               (aku pakai longgar pulak. nampak sangat masih kira kurus. ekekee~)

Cam tu lah kisahnya aku hari ini. Bila dah dapat berjalan. Sorang pon jadi. Lagi melebar mata.. haha
Cuma dugaannya jalan sorang-sorangnya nih kena ngorat lah. Tapi tak pe aku dah biase. wahahaha~
Ayat bajet tol. Korang buat-buat lupa lah apa aku cakap nih eh. Babai.


p/s: Ada sedikit kata-kata untuk anda semua.

Kalau rindukan bulan,
Tengoklah bintang,
Kalau takutkan kegelapan,
Lakukan supaya terasa terang.

















Oct 19, 2011

The Princess's Man

1:14 PM 0 Comments
Seronokkan hari-hari duduk rumah. Pagi petang siang dan malam tengok tv makan tengok tv balik tengok lagi dan lagi. kih3....

Owh...... tidak!!!!! badanku gemok gemok dan gemok kalau macam nih.
Tak pe lah bila duduk rumah sibuk nak kerja, nanti kalau dah kerja mengamuk nak ponteng aku tak tanggung..
Manusia nih selalu tak pernah nak bersyukurkan. Bila tak dapat dia nak, bila dah dapat dia tak nak pulak.
Mari kita lempang dia beramai-ramai..... >>>>> lari!!!!!!!! (ops apasal aku yang terasa) huhu.

Kadang-kadangkan terfikir juga nak kerja je jadi cleaner ke tukang cuci ke (hoi sama je kan!!) >sambil lutu-lutu kepada<
Ape ingat tu kerja kotor ke? itulah kerja yang paling mulia tau. Asal kerja yang halal. Dapat gaji tiga empat ratus pun sekarang nih aku dah kira seronok sangat dah. Boleh kita enjoyyyyyy...
Wah sangat gila aku sekarang..



Hehe ala-ala low profile.. tak mau tunjuk muka yang tak berapa nak comel dah tuh.
Tak apa... tak payah mengiyakan. Buat aku hangin je nanti.
Dah la sekarang ni memang aku cepat naik hangin. ke banyak angin?? ayoyo.
Kadang-kadang rasa nak marah je. Pastu nak marah nak marah. grrrrrr......

Tapi kalau dapat tengok cite korea rasanya boleh hilang marah. Terus hilang stress tau. hahaha...
Lebih-lebih lagi cerita The Princess's Man. Memang superb. 5 bintang terus lungsum i bagi u....
jom layan...... eh chop chop coco cola. hehe.  eh kol 9 mlm nti lh ye. bye

Oct 15, 2011

Yong tau fu

9:26 PM 0 Comments
(sumber: google)

Alamak terliur teringat yong tau fu.
Hish nak buat tapi tak reti..... en.google ada resepinya tapi si manja ni nak bermanja dengan
en.kedai. Tolong buatkan boleh... Asyik saya je masak. Awak lah pulak masakkan untuk saya. Nanti saya tukar dengan wang emas boleh?? >>>>BOLEH BOLEH SANGAT.
Laju jer tauke kedai tuh nanti kalau aku cakap macam tuh. Adoi..

(sumber: google)

Wahhhhhh... glurp.
Dugaan makan. Kenapalah yong tau fu ni mahal sangat.. Korang tau tak? hmmm
tak apa tak apa. Nanti aku nak kawan baik dengan orang kedai yang ada jual benda alah ni. Untung-untung boleh dapat free kalau datang ziarah kedainya. wahahahah....

K lah malam nih nak mimpi makan yong tau fu. Jom mimpi sama-sama. Tapi jangan mintak yong tau fu aku tau. Hang kene beli sendiri walaupun dalam mimpi. ngee~

Hari ni cikgu nak ajar mengenai... CINTA

9:06 PM 0 Comments

Wah wah wah..... bukan main ayat tuh.
Jadi anak-anak murid semua jangan bermain dengan cinta kalau takut kena panah cinta.
Nanti kamu bernanah. hahaha. Apakah???
Maaflah anak murid sekalian, kebelakangan nih cikgu tak berada dalam keadaan normal sedikit.

Ingat jangan sia-siakan cintanya jika kamu tidak mahu dia pergi.
Ala tapi kalau kamu memang hendak dia pergi, SILALAH sia-siakannya. :)

Pernah putus cinta tak??? kalau pernah padan lah muka... hahahahhaa (gelak ganas-ganas)

p/s: maaf cikgu beremosi. Kalau pernah putus cinta, silalah muhasabah diri. Mungkin ada yang lebih baik dijanjikan untuk kita yang selama ini kita tak pernah terfikir.

sumber ayat pedih: cilok dari facebook.

Kalau sunyi nak buat apa ye...

8:46 PM 0 Comments
Malas nak cerita pasal lama tak post apa-apa kat blog. Pastu tup-tup senyap balik. hhehe..
Ni mesti kes tuan blog nih kering gusi tak tau nak cerita pe.
>>>>>>>>>> BETOL BETOL BETOL... (sambil hantok hantok kepala kat lantai)

Kesian blog nih asyik hilang seri jer. hee~
>>>>>>>>>>>> ALA NI NAK BAGI SERI LAH NIH.. CEPAT-CEPAT SAMBUT SERI.

Macam-macam dah perjalanan blog nih. Selalu memaksa aku menyerikannya sejak aku dekat universiti lagi sampailah aku bukan lagi patut dipanggil cik.
Macam-macam mimpi dan impian yang aku impikan. Ada yang nyata dan ada yang tidak nyata.
>>>>>>> MESTI KORANG MAKIN TAK FAHAM AKU KAN??? aku pon tak paham!! huh.

Sekarang baru aku paham, kita mesti buat sesuatu untuk mengisi hidup kita. Sebab hidup tak akan terisi kalau kita duduk diam je. Contohnya kalau kita perut kita kosong so kenalah makan.
Betol tak??? Sebab kalau tak makan macam mana perut kita nak terisi. (tapi... jangan lah isi sampai lebih had. Nanti jadi gemuk macam aku nih ha)

Nak tau apa yang aku isikan setiap hari???

1. tengok tibi
2. makan
3. main internet
4. macam lapar... jadi makanlah lagi
5. intai-intai peti ais. Ambik mana yang perlu. ehem2
6. tahan diri.
7. tengok cermin. (owhhhhh gemok)
8. skipping lah. nak kurus.
9. 20kali skipping terus kt penimbang. psstttt ppsssttt apasal tak turun sikit pon. Buat penat jer.
10. Korang paham-paham lah.
sekian...

Oct 12, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates