Nov 22, 2011

Malaysia vs Indonesia (Sukan Sea 2011)

Semalam berlangsungnya perlawanan antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada jam 8.30 malam. Tapi aku dah tunggu dari pukul 8 malam lagi. Ingatkan pukul 8. Grrrr...
Tapi memang tak sia-sia kerana Malaysia berjaya mengondol pingat emas tuh. Berjaya membuatkan penyokong Indonesia menutup mulut mereka ketika menyaksikan perlawanan tersebut. Errr tapi rasa-rasanya bukan setakat penyokong Indonesia je sampai menutup mata dan mulut. Penyokong Malaysia pon sama je. Memang tak dinafikan perlawanan malam itu sangat sengit dan mendebarkan. Kalau ada yang sakit jantung dan lemah semangat tak boleh tengok. Mau sakit diaorang. Mendebarkan sekali. Serangan demi serangan dilakukan oleh pemain Malaysia dan indonesia. Masing-masing mempunyai potensi yang tersendiri.

                                                                 Gembira sangat nih

Aku sampai naik ingat nama-nama diaorang nih. Hahaha... Diego, Gunawan, Patrick, Okto dll.(pemain garuda) Khairul Fahmi, Baddrol, Asra, Thamil, Guru, Fandi, Fakri, dll. (pemain Harimau muda) Geram gak bila tengok dorang ni main kadang-kadang. Bukan apa risau duk sadung-sadung orang nanti kena kad kuning pastu merah terus lak kang. Risau pemain-pemain harimau muda ni kalau ada yang terkeluar nanti semangat mereka kurang.Yang lagi merisaukan lagi kalau Khairul  Fahmi ni tercedera. Memang macam tak boleh percaya je kalau orang lain yang handle gol. Memang Fahmi ni banyak membantu Malaysia menang pada malam tu jugak. Dia berjaya menempis keluar serangan-serangan bola yang bertubi-tubi masuk. Fakri pulak aku kurang puas hati dengan dia yang setiap kali nak gol dia terlalu rushing sangat. Sepatutnya hold dulu bola tuh pastu pas dekat member. Ada satu part tu minit yang keberapa tah dia bantai sepak je bola tuh padahal mati-mati depan tuh ada penjaga gol indon tu dah. Elok-elok je ada member dia dekat dengan pintu gol dah. Errr korang paham ke apa aku cerita nih???

Yang aku kesian tuh dekat Baddrol, kejap-kejap kena tolak lah apa lah dan jatuh. Tapi yang bagus dia tuh sebab tak over sangat. Semangat dia kuat. Terus je bangun. Semangat ni membantu mempertahankan kemenangan Malaysia.

                                                    Sampai terduduk (tapi takpe korang main superb)

Tapi aku rasa pemain Indonesia juga tidak kurang hebatnya. Aku paling gerun tengok dia orang ni kalau part berlari kejar bola dan bawak bola. Fuh laju tuh. Terus je dah kat depan pintu gol. Pastu main tanduk tanduk terus masuk gol. Errr tu memang perkara yang paling menakutkan. Itu lah yang terjadi pada minit ke-5, gunawan kalau tak silap aku telah berjaya menggolkan bola yang pertama. Aku rasa mesti ramai yang terpinga-pinga. Ia berlaku terlalu singkat. Dalam masa yang singkat mereka berjaya mendapat gol yang pertama. Masa tuh aku dah bengang-bengang dah. Mungkin pertahanan mereka lemah pada waktu tuh. Memang Indonesia berjaya mendapat gol dalam keadaan yang sangat mudah. Memang mengambil masa yang lama untuk Malaysia mendapat jaringan seri. Masa tuh dah tukar-tukar channel jap (masterchef best gak). En.Bunbun dok main game lagi best. Dia memang ingat 1-0 dah akhirnya nih kalau Malaysia masih kekalkan permainan dia macam tuh.

Aku tak boleh tahan pulak kalau tak tengok perlawanan tuh. So aku pon nekad tukar balik channal. Menanti dengan penuh sabar. Walaupun sukar untuk mendapatkan goal tapi Malaysia tetap menyerang-menyerang demi serangan (apa banyak serang da). Akhirnya Malaysia dapat juga menyamakan mata hasil jaringan tandukan dari arah bawah oleh Asra. Yeayyyyyyyyyyyy!!!! bersorak lah time tuh. Yang aku lagi pelik En. bunbun asyik main game pon tiba-tiba bangun menjerit sama sambil joget-joget yang aku pun tak tahu tarian apa tah. Wahahaha~ adoi pitam aku tengok. Lepas tu barulah En.bunbun duduk depan tv dengan kusyuk siap berdoa-doa lagi. Aku pon sama gak. Siap doa-doa. Yelah mungkin doa penyokong Malaysia ini yang menghasilkan kejayaan pemain kita.

Dua kali masa tambahan diberikan tapi masih lagi kekal seri. Ini yang makin mencemaskan sebab sepakan penalti akan diberikan kalau kekal seri sampai tamat masa tambahan. Pada pendapat aku pemain indonesia mempunyai kekuatan dalam sepakan penalti. Dengan mudah dia boleh membolosi gelanggang gol. Cuma pada aku goal keeper indonesia kurang power nak dibandingkan dengan goal keeper Malaysia.
Akhirnya mata 4-3 membuatkan Malaysia menjadi JUARA SUKAN SEA 2011 (BOLA SEPAK).
Satu mata disia-siakan oleh Fakri . Satu tendangan yang lemah dan sangat mudah menyebabkan penjaga goal Indonesia dengan mudah menempis.Tendangan Baddrol untuk memungut mata yang keempat juga menakutkan. Nyaris-nyaris bola tersebut berjaya dihalang masuk. Namun bola itu kekal bergolek sehingga ke dalam tiang goal. Inilah saat-saat yang cukup mengembirakan rakyat Malaysia. Thankz kepada Khairul Fahmi kerana berjaya menempis satu bola keluar yang menyebabkan kemenangan kita pada malam tersebut. Sepakan penalti ini merupakan harapan 100% kepada goal keeper untuk menghalang bola. Bukan mudah untuk menghalang bola yang kecil tuh masuk ke goal yang besar nih. Tahniah Apek. Hahaha Apek pon Apek lah kan Khairul Fahmi sebab ko hensem. kikiki~

Bila aku tengok-tengok, pemain harimau muda kita ni lagi hensem dari pemain garuda. ekekeke~ jangan marah ye. Dorang ni semua pangkat adik-adik je.



TAHNIAH MALAYSIA!!!!!! 
HARIMAU MENGAUMMMMM



p/s: eh berjela-jela lak aku cecite nih. Semangat nih. Teruskan usaha harimau muda. Teruskan peningkatan
fighting!!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates