Nov 15, 2011

# petua/tips

Petua Badan Langsing

Selamat Pagi..
Sekarang ni makin ramai yang mula gemuk. Ke aku je sebenarnya yang makin gemuk???
ekceli memang aku dah gemuk dan sangat malu dengan bentuk badan macam nih. Stress ok. Gemuk tanpa makna ni yang runsing. Kalau ada sebab tak pe gak. Masih boleh lah diterima akal. grrrr... mesti korang tak nampak sekarang ni aku tengah geram. (apekah??) Tak payah tahu lah berat aku berapa sekarang. Wat malu je. aku nya fat sangat berlebihan walaupun berat badan aku ideal je lagi. Tolong.....
around 8 kg dah naik. Amalan gaya hidup aku kurang sihat maybe. Nak tahu antara faktor-faktor korang including me menjadi gemuk.




ialah:

1. Makan nasi penuh sepinggan/ berpinggan-pinggan
2. Makan berulam dengan air. (tak boleh makan sikit pastu minum air pastu makan pastu minum)
3. Lepas makan je baring
4. Makanan berlemak (especially dekat ayam tuh buang tang lemak-lemaknya yang kuning-kuning tuh)
5. Makan aiskrim banyak kali tanpa mengira waktu (errr aku lah tuh. malam pon layan)
6. Tiada senaman
7. Kurang bergerak atau aktiviti yang sihat. (macam lebih kurang dengan hok atas kan. Belasah je. Kalau  
    boleh 3 or 4 kali pergi berjogging. Baru sihat dan cergas. Tak ada lah melepek je kan.)
8. Makan selepas pukul 7 malam. (elakkan makan nasi waktu malam)
9. Kurangkan tidur/tidur secukupnya jangan overdose (errr aku kategori mana pon tak berapa nak sure)
10.Ceria-ceria selalu (orang kata kita gemuk sebab happy selalu) OMG..

Ok sampai part kegemaran orang gemuk.
Semalam aku berkenalan dengan seorang kakak nih. Tengok badan dia aku agak-agak dalam 45 above n below 55kg. Memang dia akui berat dia kurang dari 55. So apa kaitannya??? Ha for your information berat dia sebelum nih adalah 72kg. Seriously tak tipu woo.... can you imagine??

Ha mesti tak sabar-sabarkan nak tahu..

Ok ini bukan lah penggunaan pil-pil pelangsing. Hanya menggunakan kaedah semulajadi dan pengawalan diri.






1. Kurangkan makan nasi / kuantiti makanan
    - dalam seminggu sekali dua kali je makan nasi. (Ko boleh tahan ke??)

2. Lepas makan tunggu 4jam baru boleh nak baring or tidur.
    - hal ini kerana proses penghadaman kita mengambil masa 4 jam. Kalau tidur dia mendak lah kot) hehe

3. Yang ketiga tak perlu sebab 1 dan 2 pon sudah cukup.


kikiki~  Tak banyak kan petuanya. Tapi jika kita mengamalkan 1 dan 2 itu sebenarnya mampu menerbitkan sesuatu di dalam diri kita iaitu kesabaran dan percaya pada diri. Ianya menguji kemampuan kita untuk menahan nafsu makan kita.



Puas hati tak???

Aku pon sebenarnya rasa tak puas hati. Boleh tak aku kurus langsing balik nih.. Baju pon dah ketat sume.
peace je lah. huh!!! bai.





*gambar cilok dari google ok.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates