Salam. :)
Tajuk dah terang-terang mempunyai maksudnya yang tersirat. Ok hari isnin ni aku akan berangkat ke pulau langkawi. Follow en.bunbun kesana sebab dia ada urusan di sana. So as his wife aku diarahkan terikut.
Errrr apa bunya bahasa tah aku guna nih. Sekali skala beruntung juga kalau tak bekerja. Bila-bila pun ON je kalau dia kena outstation. Tapi bila sudah bekerja sila buat-buat paham lah yang ko akau putus harapan.
Duduk dekat rumah dan pakai cantik-cantik duduk depan tv. hehe..
Rasa macam banyak je nak cerita sebab lama tak post something dekat sini. Ha hari tu (tah hari apa aku pon xhingat) memang kelemahan aku nak mengingat hari atau tarikh-tarikh keramat nih. (someone told me the same thing)
Eh dah masuk bab lain pulak dah. Ok haritu setelah sekian lama tak makan McD. Best betol.. makan McChicken tengah malam. Ha tibe-tiba teringat pulak. Hari tu jem gila sebab hari raya aidil Adha. So nak check tarikh sila semak calender anda. Dekat sejam macam ada perbarisan kereta-kereta pulak. Memang lama betol boleh gerak sampai ada yang berpatah balik. Tapi kami masih tegar... hahaha~ Sebab kami lapar McD.
Pesan en.bunbun tak ada pape pon yang nak dirushingkan (apa ni rojak bagai) Parking fulamak jauh di atas bukit. Time nak turun bukit tuh kami buat macam gelongsor. syunggggggggggggg~ cepat sampai. (grrrrr tipu je)
Kami makan sampai tengah malam. Bukan menghayati sangat. Borak je lebih. En.bunbun kalau sekali dah buka mulut, tak mau benti. kikiki~
Eh aku baru tahu rupa-rupanya ada jugak orang nak baca blog merepek aku nih. Siap ada silence reader gituh. Trimas sebab sentiasa nak tahu perkembangan aku. Memang badan aku dah kembang. Gemuk dan bulan. huh!
Nanti aku akan ceritakan pengalaman aku kat pulau langkawi nanti ye. Tapi tak adalah yang menarik mana pon sebab en.bunbun sibuk konvensyen seharian. Dan aku akan outing cuci-cuci mata. yeah!
Nanti jangan lupa pakai eyemore. Peace!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment