Nov 25, 2014

Aeon Jusco Di Taiping

9:21 AM 4 Comments
Assalamualaikum,

Sekarang di taiping dah meriah tak macam dulu. Jalan baru dan banyak shopping mall baru macam Taiping Mall dan Jusco.. Jusco rasmi dibuka 14nov2014. Kalau sebelum ni teringin nak pergi Jusco kena menapak dekat manjung atau ipoh. Jauh okay. Sekarang 10minit jer dah sampai. Almaklumlah tambah-tambah lagi taiping ni kecik je.

Kalau sebelum ni nak pergi mana mesti Tesco, giant dan taiping central. mihmihmih.

Tapi kalau nak beli barang dapur lebih prefer Tesco,giant or econsave. 

Taiping Mall kitaorang tak pernah pergi lagi pula. Taiping Mall ni dekat dengan kedai Manjaku. Disebabkan Taiping Mall ni juga jalan jadi sesak dekat situ. Nak parking pergi Manjaku pon susah. Kitaorang ni suka pergi beli susu ke pampers ke dekat Manjaku sebab murah tau berbanding beli dekat Tesco or Giant. Adalah beza dalam lebih kurang RM10. Manjaku taiping ni harga dia lebih murah sedikit dari Manjaku di tempat lain rasanya. Sebab aku ada pergi dekat Manjaku seremban  harga dia tak sama. Tak sure kenapa. (^_^)v Orang2 taiping kalau nak murah sikit beli barang baby boleh beli dekat Manjaku taiping. haha pahal lak aku promote nih. Cuma parking memang susah. Kalau ada luck boleh parking depan kedai memang terbaaikk lah. Kalau tak kena menapak sikit parking jauh sikit or parking dalam Taiping Mall. Hahahah.


Eh eh.

Macam biasa dalam Jusco lebih kurang sama dengan tempat-tempat lain. Dua kali pergi rasanya tak habis pusing semua tempat pon lagi. haha pening-pening.

Bila dah ada anak ni haruslah bawa ke tempat yang dorang suka kan. Kids zone memang menarik. Zafran bebas pergi dekat mana-mana aje. Biasa kalau dekat rumah pegang tu tak boleh pegang ni tak boleh, pergi sana tak boleh pergi sini tak boleh. ha cengitu. mihmihmih.. tapi dekat kids zone ni boleh. Dia pon suka sangat. Ramai kawan juga.









Selain tu untuk ibu-ibu yang menyusukan anak or nak tukar diapers anak tak perlu risau. Tempat yang disediakan sangat tiptop. Besar juga ruangan dia. Plus bangunan barukan haruslah cantik dan elok semua. Siap ada tempat main baby lagi. Cuma bola-bola dia sikit jer. Tu pon Zafran dah meronta-ronta tak nak keluar dari situ. (-_-)v

Kalau nak bancuh susu tak perlu susah-susah bawak air panas ke apa. Bawa susu je sebab dah disediakan mesin air panas dan suam.




Okay puas pujuk dia. Maraung-raung nak duduk dalam tu je. Tinggal kang baru tau. Haha.


Rata-rata orang Taiping mesti dah singgah Jusco nih. Benda barukan..

Nampaknya lepas ni Taiping no more for retirement.. kesian. Jalan pon dah mula sesak. Tapi masih tak seteruk KL. hehe.




Nov 24, 2014

Pengalaman Bersalin Part 2

9:29 AM 0 Comments
Sambungan dari part 1. eh lama bena nak masuk ke part 2. mihmihmih..

Masuk sahaja ke labour room check tekanan darah aku rendah. Padahal aku ni GDM. GDM ni macam mak-mak mengandung terkena kencing manis. Namun masih dalam GDM on diet control. hohoi.. Mungkin sebab aku sakit sangat dengan makan mihun sesuap je sebab tu tiba-tiba tekanan darah aku rendah.


Orang lain kebanyakannya kena drip sebelah tangan je. Aku sampai dua-dua tangan kena. Tension i tengok jarum. Berlubang tangan i. Nasib dah takde nak bersanding atas pelamin lagi. lol. Masuk air kasi aku tenaga sikit kot. Cuba drip air milo ke air sirap bandung ke. Best lah sikit kan kan..

Macam biasa bila dah masuk labour room wayar akan berselirat dkt badan/perut sebab nak check perkembangan baby kita. Dengan sakitnya.. sekejap-sekejap panggil nurse cakap macam nak berak. Nurse pon fedup. haha.. baby pon tak behave dekat dalam perut tuh. Contractions pon kerap sangat dan aku punya sakit macam dah hujung dunia. Sakit induce ni lain macam sebab kita paksa baby keluar. Baby pon dah tak selesa kot seharian air ketumban dah hilang tah kemana. Tambah pula saki baki air ketumban dah dibuang lagi. Masa doktor pecahkan ketumban tu. Memang sikit sangat air yang keluar. Macam kencing yang 1minit dah keluar bilik air.

Aku pon pelik macam mana boleh tinggal sikit air ketumban ni. Sebab tak pernahlah rasa ada leaking ke apa. Bahaya juga ya.. Nasib kat klinik kesihatan ni memang kena kerap datang. Jadi tindakan segera dapat diambil. Ada orang suka checkup dekat klinik swasta sebab dekat kerajaan leceh kena kerap datang klinik. Tapi aku suka kalau kena kerap checkup. Sebab aku risau kalau lama sangat tak tahu perkembangan baby.. haha kalau boleh hari-hari nak pergi checkup. (tak kerja bole lah kannn).

Untuk pregnancy checkup aku galakkan pergi ke klinik kesihatan (kerajaan) sebab rasanya dorang checkup lebih detail dan ambil berat berbanding swasta. Normally orang yang pergi swasta tu sebab kekangan masa sebab bekerja. Tapi untuk bersalin nak pergi swasta boleh.. mihmihmih..

Eh eh.. selingan takut bosan nak tunggu bila baby nak keluar. hehhe.

mengandung 9bulan dah nih
Kembang ya amat hidung

Ada orang terlalu senang nak beranak buat aku cemburu. Kenapa aku sakit gile nak beranak. Ni baru dikatakan aku betul-betul bertarung nyawa untuk melahirkan anak. Moga terhapuslah sedikit sebanyak dosa aku. Amin..

Nurse bagi aku hidu gas untuk tahan sakit. Berat ok. Tengah sakit-sakit nak pegang corong gas lagi. adoi... Dan aku hidu-hidu sakit sikit pon tak hilang. Rupanya itu untuk kita rasa mamai jer. Aku mamai pon tak rasa. apakah??

Part meneran pon susah baby nak keluar. Mungkin baby dah letih jadi dia tak nak bantu mama dia. Jantung baby sangat lemah. Aku dah risau dan paksa doktor bedah saja. Suara aku pon dah serak dan badan letih menahan sakit dari pukul 7lebih pagi lagi (sejam lepas masuk ubat induce). Masuk labour room pukul 10pagi walaupun baru 1cm. Kesian agaknya tengok aku bercucuran berlinangan air mata menahan sakit. Pelik.. aku seorang yang tahan sakit selama ni tapi sakit contraction ni aku tak boleh tahan.

Doktor tak dapat approve permintaan aku untuk ceaser sebab bilik bedah dah ada sorang guna. What?OMG... Inilah kelemahan hospital kerajaan. Maybe sebab hospital taiping ni kecil jadi bilik bedah hanya sorang sahaja boleh guna.

Aku dalam sakit-sakit tu ada terdengar nurse ke sape tah marah sebab biarkan aku lama sakit camtu. Sepatutnya aku dah lama masuk bilik bedah. Sebab baby aku jantung lemah dah, aku GDM dan aku mengalami air ketumban leaking ntah dah berapa hari. Tapi nak buat macam mana. Aku kena kuat sebab bilik bedah masih ada orang guna. hmm. Yang dalam bilik bedah tu cuma ibu yang baby dia songsang sahaja. Tapi nak buat macam mana. Aku bersyukur juga sebab tak perlu susah-susah kena ceaser yang lebih sukar penjagaan dia nanti.

Aku cuba kumpul semua aura-aura (bukan aura white ok) yang ada dibumi ini dan cuba keluarkan baby sedaya upaya. Satu aku terharu sangat-sangat dengan nurse-nurse memberikan aku semangat dan kekuatan. Terkilan juga suami tak boleh bersama di hospital taiping ni. Setelah aura-aura semua bergabung kekuatan aku datang dan baby pon berjaya keluar pukul 2lebih petang. heheheh.

keluar-keluar.. baby tak menangis. (T_T) bersambung... nanti kita cerita lagi.



Nov 12, 2014

Cash Out Pertama Nuffnang

11:15 AM 0 Comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. walaupun blog ni selalu tergendala, terbiar, berhabuk dan uzur tapi hari-hari masih ramai lagi yang masuk melawat. Haha.. Terharu. (T_T)

Semalam baru sahaja cash out gaji dari Nuffnang. Tak adalah banyak mana pun sebab aku bukan rajin update blog pon. Bergantung harap pada post sebelum ni saja. Terima kasih nuffnang. Bolehlah buat shopping..



Oppss!! Sorry tak tunjuk amount.. Tak macam blogger lain yang dapat riban-riban.

3 angka pon dah syukur. Amin. Untuk pengetahuan korang setiap kali kita cash out duit tu kena bayar fee RM1. Selepas tu kenalah tunggu cek dari nuffnang sampai dekat rumah. Jadi kena bagi alamat yang betul. Rasanya dalam masa sebulan baru dapat. Huhu lama kan. Harap-harap selamatlah sampai.

Nanti bila dah dapat baru kita share okay. Err.. bukan share duit. Share pengalaman sajo.. hihi.. Btw thank you NUFFNANG dan korang. Semua ini pon atas kerjasama korang juga. Nanti mintak layan and click iklan nuffnang dekat blog ni lagi ye. Thank you sangat..

Jadi kalau korang ada blog,  alang-alang tu tepekkan je iklan nuffnang dekat blog. Tak rugi apa-apa pon. Boleh buat duit shopping. yippii..

Mar 10, 2014

Persediaan untuk baby 6 bulan yang dah boleh makan

12:55 PM 0 Comments
Assalamualaikum.

11hb 3 ni genaplah anak bujang aku 6 bulan. Dah start boleh makan. Disebabkan anak aku jenis kulit sensitif dan setelah diperhati nampak macam alergi dengan protein lembu dan susu lembu jadi aku ambik langkah buat homemade untuk solid food dia. Dah besar dah anak aku. 


Untuk permulaan nak start dengan puree buah-buahan untuk Zafran. Jadi semalam aku, Ed dengan baby zafran pon mula beroperasi membeli belah barang keperluan.

Benda yang paling penting untuk buat puree adalah blander. Aku terpaksalah beli blander baru sebab blander lama dah hangit macam keluar api masa mak aku guna nak bland ikan bilis untuk makanan aku dalam pantang haritu. hehe.. Banyak jenis blander dijual. Aku aim blander untuk baby tu. Philips avent yang ada siap steamer tuh. Perhhh mahal boleh bikin pengsan sebulan. Memang memudahkan kerja kalau pakai tuh sebab kita tak perlu lagi rebus/kukus buah/sayur dekat dapur sebab kita hanya masuk bahan2 dalam tu set kan untuk steam, bila dah siap pastu pusingkan jug blander tu dah boleh bland pulak. Tak perlu perkakas yang banyak. Tapi disebab aku ni suri di rumah sahaja jadi mengalahlah. Tak susah pon nak rebus/kukus kejap. (-_-)v 

Haa lagi satu aku blander jenama baby bullet pon menarik tertarik jugak. Dia dah siap dengan buku 
menu untuk baby, bekas2 untuk letak puree, siap bekas boleh set date pulak tuh. Yang penting dia cute.. Harga dalam RM120 ke RM150 cam tu. Tapi berdasarkan review kebanyakan aku baca, blander ni jenis tak tahan lama. Cepat hangit kalau kita guna dalam satu masa lama sikit. Dia tak ada button on off. Jadi tak boleh tinggal2. hehe... Lagi satu bukan nak guna lama pon benda ni. Paling lama pon dalam 3 bulan. Baby dah besar sikit kita dah boleh start baby dorang makan pejal sikit.

Philips avent mini pon meletop jugak. Price dalam RM200 lebih sikit. Yang ni pon kalah tak salah dapat kelengkapan untuk buat puree baby jugak kalau tak silap aku lah. Memang ramai ibu-ibu yang pakai nih. Tapi.... last choice aku beli....




Ambik yang murah je lah. RM89.90 hege nyee.. Beli dekat giant sudah.

Lepastu dah siap bland semua bahan. Mesti nak bekaskan.. Buat masa ni aku terpaksa buat puree fresh jer. Sebab semalam keluar tak jumpe tray yang untuk bekukan puree tuh. Aku cari kat giant pon tak jumpe. Ke ada dekat bahagian lain? 

Mangkuk2 dengan sudu semua aku ada dah. Dapat hadiah.. Tapi ada satu benda nak memudahkan nak bagi baby makan tanpa tumpah2 dengan mangkuk tergolek dekat lantai semua. Benda alah tu ialah baby food dispensing spoon. Ada macam-macam brand dengan jenis yang jual dekat pasaran sekarang nih. Tapi yang paling popular boon squirt.  Dekat online banyak. Harga paling murah aku jumpa dalam RM40 something. Paling mahal dalam RM60 pon ada orang jual, padahal brand yang sama. Aku pergi dekat kedai IBaby dekat taiping jumpa benda yang serupa tapi brand lain. Harga asal dia kata RM60 lebih gak. Tapi dia kata ada less jadi RM30 lebih. Jadi aku pon beli je lah sebab lebih murah jugak dari online. 


Seterusnya bib pulak. Yang ni aku dah beli lama dekat giant. Harga dalam RM4 camtuh. Ada satu je buat masa ni 


Yang last sekali aku beli high chair. Senang nak bagi makan guna kerusi. Tak nak ajar makan sambil baring. Lagi satu boleh elakkan daripada tercekik. High chair ni aku beli dekat giant. Price RM59.99 lepas less. Harga asal RM79.99. 


Simple high chair. Ada safety belt sekali. Masa aku test letak Zafran dalam tu tengok dia seronok. Jadi aku proceed beli. Kalau dia meronta-ronta nak keluar susah gak nanti beli tapi dia tak nak duduk dalam tu lak. Warna merah... boleh lah tahan. Unisex boleh guna. Pergi kedai tanya-tanya bamboo seat mahal giler... RM180 camtu. Cancel.. Membazir sangat. Bila dah besar sikit terus tak boleh guna. Beli high chair ni tahan sikit sampai dah besar boleh guna.

Adoi.. mama zafran dah risau. First time nak bagi anak makan. Haha.. Harap lepas ni berat Zafran naik banyak sikit. Berat setakat ni 6.2kg sahaja. huhu.. k lah. Budak kecik ni dah tarik-tarik baju mintak diambil. 


Feb 27, 2014

Pengalaman Bersalin - Part 1

12:19 PM 0 Comments
Assalamualaikum..

Pasti semua ibu-ibu, bapa-bapa dan keluarga gembira nak menyambut kelahiran baby masing-masing. Namun hanya ibu sahaja akan merasa iaitu kesakitan dan malu semasa nak melahirkan baby. Pengalaman sendiri membuatkan kita merasa betapa besarnya pengorbanan ibu-ibu kita sebelum ni. 

Cheewahh pembukaan. Gempak tak. :p

Okay lah. Aku dimasukkan wad masa 10 september 2013 sebab didapati air ketumban tinggal sikit. Sepatutnya due 16 september. Melangkah masuk ke wad bersalin dikelilingi oleh wanita-wanita yang perut dah sarat dan tangisan dan bau-bau baby. Eh tak lupa juga nurse dan doktor. Dorang terpaksa letak dekat bahagian kelas 3 walaupun aku sepatutnya masuk kelas satu. Actually aku memang suka pon duduk dekat kelas 3 sebab ramai orang dan aku ni giler penakut.. Dapat katil tepi tingkap memang horror giler. Petang tu waktu melawat ed (tukar namalah. macam x sedap nama en.bunbun. hahaha) datang. Time tu nurse cakap dah boleh tukar wad. Masuk wad kelas 2 lak. Mulalah punggah barang.

Ha ni lah pertama kalinya aku pakai baju hospital warna pink pulak tu. I like! Lepastu mulalah operasi ctg, scan dan ve. Perasaan malu lah sebab ada tu lelaki yang check. Tambah lagi kita dalam keadaan tak sakit. Acane? 

Lepas dah confirmkan condition aku, so doctor suruh induce keesokan harinya. Pepagi lagi dalam pukul 6 camtu aku dah mandi. Terkejut nurse tengok aku mase nak induce tu dah siap mandi sume. Sebab aku fikir nanti dah induce takut tak larat sampai tak dapat nak mandi pulak. Mau aku beranak dalam keadaan busuk-busuk. haha.. takut doktor pengsan kang.

Sejam lepas induce aku rasa sakit yang amat sangat. Sarapan pagi tu mihun sup aku dapat jamah sesudu dua jer. Kesakitan makin kuat dan kuat. Contraction makin kerap. Aku punyalah seorang yang kuat pon boleh menangis teresak-esak. hehe. Bila nurse check bukaan masih 1cm. Aku kejap-kejap tekan lonceng panggil nurse. Nurse sume risau tambah lagi lepas check ctg jantung baby lemah. So aku pon ditolak masuk ke labour room dalam pukul 10 pagi cam tuh walaupun bukaan masih 1cm.

Dalam labour room tiba-tiba tekanan darah aku rendah sangat.... bersambung.. anak dah jaga. hehe.

Feb 7, 2014

Kelahiran ahli baru 11 september 2013

5:30 PM 0 Comments
As salam... finally setelah hampir 2tahun kami menanti. Akhirnya masa bulan februari 2013 dapat tahu aku dah mengandung. Masa tu pon dah 2 bulan macamtu baru aku tahu aku mengandung. Nasib tak jadi pape. Macam mana aku boleh detect aku mengandung? ha tu nanti cerita lain kali lah. hew3~

Ha sambung balik.

Sepatutnya due date aku 16 september 2013 tp terawal 5hari lak. Itu pon aku dipaksa untuk beranak haha. Al kisahnya masa checkup dekat kk 10september tu masa scan tengok2 air ketumban aku dah tinggal sikit. Ai aku pon pelik macam mana jadi sikit sebab tak ada simptom2 bocor ke pe. Awalnya doktor buat surat admit 15hb terus tukar kena admit haritu jugak Aku? Apa lagi mengelabah badan dah rasa terketar2 plus rasa nak nangis. Bukan apa takut ada pape yang buruk berlaku.

Time tu aku sorang je pergi checkup sebab 'ayahnye' time tu ada keje dekat luar. Luar kawasan ofis jer. Haha.. opsss memang selama checkup aku pergi sorang-sorang (eh pergi dengan baby yg masih dalam perut. Lupe lak..). Masa first time datang check up je 'ayahnye' ikut. Eh aku tak kisah lah sebab    dia kerja makan gaji tau. Bukan BOS yang boleh sesuka hati nak keluar  bila2 waktu pon. Lagi pon bukan boleh buat apa2 pon kalau teman aku sekali sebab aku banyak dengan nurse pastu jumpa doktor. Ha gitu..  Walaupon setiap kali check up aku akan cakap (dalam hati ler) "kan best kalau en.bunbun temankan". Aku kan ala-ala manje gituh. Ye lah bila tengok yang lain2 ada husband dorang teman. Tapi aku cool je sebab aku tengok ada jugak yang datang sendiri2 gak cam aku. hahahaha~

Okay macam jauh melalut. Bila dah doktor terus suruh admit tu dia tanya laki aku mana. Aku cakap lah kerja. Pastu doktor kata kalau en.bunbun tak dapat hantarkan, dia nak aku pergi naik ambulan jer. Gilerr.. aku rasa macam aku ni sakit tenat sampai nak naik ambulan. hehe. Terus aku cakap tak apa suami saya boleh hantar sebab dia kerja dekat je. Fuh! Aman.. En.bunbun pon jemput dan aku pon
dengan pertama kalinya pakai baju hospital yang gile besar. Nasib warna pink. Hoho. :p

Dah buat ctg bagai pastu scan dan ehem2 pastu doctor sahkan aku kena beranak esok pagi. Kena induce!!!

Pang pung pang pung..

Lahirlah puteraku seberat 3.07kg.





Setelah sekian lama blog terbiar

5:07 PM 1 Comments
As salam semua.

Ok memang dah lama gile blog ni terbiar dan tak terurus. Banyak benda sebenarnya nak dikongsikan tapi macam terberapa cukup masa 24jam yang diberikan. hehe..

Terima kasih kepada yang masih mengikuti blog nih. Tak sangka bermula masa aku dekat universiti lagi sampai bertunang sampai bekerja sampai kahwin dan sekarang aku dah pon ada baby. Alhamdulillah. Pejam celik masa terus berlalu. Pejam celik pejam celik blog aku pon tak berupdate sebab asyik pejam celik je kann. hew3~

Harap-harap aku masih mampu nak mengarang dekat blog lagi. :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates