Ketika sedang mengecas bateri handphone, sebaiknya pastikan handphone anda dalam keadaan OFF. Ini kerana ketika handphone dalam keadaan ON, arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri kerana terdapat penambahan beban pada proses kimia dalam bateri.
3. Habiskan bateri (empty) sebelum dicas
Pastikan bateri handphone betul-betul habis sebelum dicas semula. Ini untuk menghidarkan dari terjadi memory effect.
Apa pun jenis bateri handphone, proses mengecas untuk pertama kali selepas handphone dibeli adalah sangat penting dalam menentukan usia bateri. Ini kerana apabila kita mengecas bateri, seluruh sel dalam handphone berfungsi; maka disebabkan itulah cas untuk kali pertama disarankan waktunya lebih panjang, sekurang kurangnya 3jam. Untuk bateri nikel metal hybrid (Ni-Mh) nikel cadmium (Ni-Cd) ia memerluka masa selama 8jam.
Mengecas bateri terlalu lama juga tidak baik kerana ia boleh merosakkan komponen di dalam bateri itu sendiri. Oleh itu kita hendaklah mengawalnya. Ini kerana di negara kita masih kurang charger yang akan off secara automatik apabila bateri sudah penuh.