Feb 29, 2012

Kelajuan Internet Terpantas Di Dunia

3:48 PM 2 Comments
Salam.

MUNGKIN di kalangan pembaca, apabila diajukan soalan di manakah lokasi luar negara yang mereka ingin menggunakan super high speed broadband, jawapan yang pasti akan keluar ialah Amerika Syarikat ataupun Eropah.

Namun ketika artikel ini ditulis, Korea Selatan telahpun mencapai kelajuan internet terpantas di dunia. Menjelang tahun ini, pengguna internet di Korea Selatan dapat memuat turun filem definisi tinggi dalam jangka masa dua saat sahaja. Kelajuan pasaran Jalur Lebar Korea Selatan dibangunkan dengan kadar yang luar biasa. Perkhidmatan jalur lebar yang pertama dilancarkan di Korea Selatan pada tahun 1998. Ia mengambil masa dua tahun sahaja untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar tertinggi di dunia.

PERTAMA DI DUNIA

Pada tahun 2005, Korea Selatan selangkah ke hadapan dengan kejayaan menjadi negara pertama di dunia yang telah mentransformasi pertukaran penggunaan dial-up sepenuhnya kepada jalur lebar. Pada tahun yang sama, hampir 85% pengguna mempunyai akses internet sehinggan 1mbps.

Pada tahun 2010, kerajaan Korea Selatan yang bekerjasama dengan sektor swasta telah memulakan usaha untuk membekal kelajuan internet sehingga 1gbps. Suruhanjaya Komunikasi Korea Selatan berhasrat untuk menyambungkan kesemua rumah di Korea Selatan dengan kelajuan 1gbps.Kelajuan maksimum 1gbps dijangka hanya terdapat di bandar-bandar utama di Korea Selatan manakala pengguna internet talian tetap di bandar kecil dapat menikmati kelajuan di antara 50mbps-100mbps.

Mereka mempunyai dua pelan nasional jalur lebar iaitu Rangkaian Penyatuan Jalur Lebar (BCN) dan IT839.
Kedua-dua memfokus kepada mewujudkan rangkaian yang menyeluruh yang membolehkan pelanggan berkomunikasi pada bila-bila masa melalui pelbagai peranti, termasuk telefon tetap dan mudah alih, komputer peribadi, rangkaian rumah dan peralatan lain.

BCN TERBAIK DUNIA

Pada tahun 2004, kerajaan memilih tiga konsortium yang diketuai oleh Korea Telecom (KT), DACOM dan Korea Selatan Telekom (SKT) untuk membangunkan percubaan BCN dengan menggunakan pembiayaan sendiri. Matlamat kerajaan Korea Selatan ialah untuk menubuhkan BCN terbaik di dunia yang boleh menyediakan perkhidmatan multimedia jalur lebar kepada 100 juta isi rumah yang menggunakan perkhidmatan talian tetap dan 100 juta pengguna perkhidmatan tanpa wayar. BCN diikuti oleh rangkaian penumpuan Ultrabroadband (UBCN) program yang akan dijalankan antara 2009 dan 2013. Ia akan memberi tumpuan kepada pembangunan jalur lebar dengan 1 kelajuan Gbps.

NEGARA PALING AGRESIF BANGUN JALUR LEBAR

Pada awal tahun 2011, Korea Selatan dinamakan sebagai negara paling agresif oleh perancangan kerajaan ke arah pembangunan jalur lebar dalam satu kajian yang membandingkan 16 buah negara. Korea Selatan telah membuat satu pelan induk ataupun ‘master plan’ sejak 10 tahun yang lepas. Dengan adanya strategi pembangunan jalur lebar negara yang sangat mantap dan amat terperinci, mereka dapat melaksanakan projek menaik-taraf tanpa ada sebarang masalah.

Luar biasa sekali, kerajaan Korea Selatan merancang untuk membelanjakan kurang daripada satu peratus daripada bajet kepada pelan, yang bercadang untuk mengisi jurang dengan menggalakkan pelaburan sektor swasta.Tambahan, satu fakta yang paling menakjubkan ialah, usaha projek menaik-taraf kelajuan internet telah mendapat sokongan penuh daripada para ahli politik.

Soalan pertama yang akan timbul, mengapa Korea Selatan berusaha untuk membekalkan kelajuan yang pada pandangan penulis, amat luar biasa kepada penduduk mereka?

KE ARAH HARI ESOK

Jawapan yang tepat ialah mereka telah melihat potensi yang amat besar sekiranya kelajuan internet dipertingkatkan. Bagi mereka, kelajuan internet luar biasa dapat merubah landskap kehidupan.Jika saya bertanyakan kepada pengguna internet biasa, mungkin jawapan yang diperolehi ialah bukankah kelajuan broadband talian tetap di negara kita sudah memadai untuk kehidupan seharian biasa atau sekadar ingin melayari facebook atau twitter, baca berita secara online, menerima dan menghantar email kepada rakan-rakan.

Tujuan kita melayari internet bukan sahaja untuk membaca berita, mencari maklumat dan informasi, memuat turun lagu ataupun filem, membeli barang secara online tetapi lebih daripada itu. Mereka ingin mengaplikasikan sepenuhnya teknologi internet dalam kehidupan mereka. Internet adalah satu medium bertujuan menghubungkan komuniti dan pada masa yang sama, memudahkan segala perkerjaan. Lebih daripada 94% isi rumah Korea Selatan sudah mempunyai akses kepada perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dan Korea mempunyai jumlah tertinggi pelanggan perkhidmatan jalur lebar di dunia pada tahun lepas.

INSENTIF

Korea Selatan telah pun menjadikan pembinaan jalur lebar sebagai keutamaan negara dan dalam kes-kes yang tertentu, kerajaan telah memberi insentif kepada syarikat-syarikat swasta untuk turut serta membangunkan jalur lebar berkelajuan tinggi. Dengan cara ini, ia dapat menghalang pemain utama daripada memonopoli perniagaan mereka, menggalakkan persaingan dan inovasi.

Di Korea Selatan, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar dari syarikat kabel atau telekomunikasi. Tetapi mereka juga boleh memilih di kalangan pembekal bebas yang diberi akses oleh kerajaan menggunakan infrastruktur yang sedia ada untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada pengguna. Kerajaan Korea Selatan juga telah memberi insentif kepada pengguna dengan memberikan subsidi untuk menarik banyak lagi pengguna melanggan talian tetap.

Tambahan dengan persaingan sihat di antara syarikat komunikasi swasta mahupun bebas, harga yang ditawarkan sangat murah dan dari segi kebaikannya, menguntungkan pengguna. Pelik tetapi benar, kerajaan Korea Selatan tidak meletakan sasaran untuk mencapai kelajuan internet 100,200 ataupun 500mbps, sebaliknya telah meletak sasaran nasional untuk mencapai kelajuan 1000mbps(1gbps) pada tahun 2012.

NEGARA KITA BERBANDING KOREA SELATAN

Di negara kita, kelajuan internet paling tinggi dapat dinikmati oleh pengguna talian tetap ialah 20mbps, manakala talian tanpa wayar ialah 15mbps untuk rangkaian 4G dan 7.2mpbs untuk rangkaian 3G. Umobile 3G pula berkemampuan untuk mencapai kelajuan 42mbps .

Korea Selatan pada asasnya telah memilih untuk menaiktarafkan teknologi negara untuk membantu memulihkan ekonomi yang hancur ketika mengalami krisis ekonomi 1997. Ia seterusnya mencipta persaingan jalur lebar yang sihat, memberi kebaikan kepada pengguna dari segi harga perkhidmatan jalur lebar dan meningkatkan kelajuan. Walaupun ekonomi masih bergelut, Korea Selatan telah mencapai kemajuan yang setara dengan pelbagai bentuk teknologi digital.

Penduduk mereka boleh mendapatkan video atas permintaan dalam talian dalam kualiti definisi tinggi, malah lebih murah berbanding rakyat Amerika membayar sewa DVD. Pelajar berpendapatan rendah dapat menggunakan sambungan kelajuan tinggi untuk mengambil tutorial secara percuma untuk ujian kebolehan negara, peperiksaan yang boleh menentukan kemasukan kolej dan permintaan pekerjaan pada masa depan.
Petani menggunakan internet sebagai wadah untuk menjual hasil tanaman mereka dan sayur-sayuran.

Tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawasanya kita boleh membeli buah dan sayur-sayuran secara online tetapi hakikatnya, fenomena ini sedang berlaku di Korea Selatan dalam skala yang besar. Selain itu, rakyat Korea Selatan menggunakan sepenuhnya manfaat internet untuk membaiki tahap pembelajaran bahasa Inggeris.

---------------------------------------------------------------------------------------

Korang mesti berfikiran kalaulah dekat Malaysia pun laju macam tu. Tapi.............. 

Sebenarnya internet yang lembap pun menyebabkan ramai stress, cepat marah, muka monyok, dahi berkerut dan macam-macam lagilah. haha 

Feb 28, 2012

Beg Baru

4:26 PM 2 Comments
Salam.

Agak kepoyoan teserlah kot...




Semalam punyalah terperanjat aku. Post laju kalau datang memang hon sekuat hati ek. Huhu... Aku yang dalam rumah jadi lintang pukang. (apekes?)

Eeee.... Ada orang bagi something. Atas nama aku pulak tu. Masuk terus koyakkan tanpa nilai-nilai murni. Ye lah rumah aku ni jarang dapat surat atas nama penghuni rumah ni. Surat Dr. yang sudah berpindah je memanjang. Buat penat berkejar keluar je. Korang silalah bagi aku surat eh. Adoi jangan surat layang lah ataupun surat mengorat kami lah. Kiki~

Eh harini tetiba berjalan pakai beg baru. Poyoskan.
Babai (*-*)v

posted from Bloggeroid

Feb 27, 2012

Penakut

10:37 PM 3 Comments
Salam.

Sila jangan salah faham. Bukan nak cerita pasal penakut lagu Yuna tu. Err aku entah kenapa tak suka lagu tu. Terngiang2 rangkap "ini tidak adil tidak adil tidak adil....." Sila maafkan saya kepada peminat lagu tu. Sekian.

Aku nak cerita pasal seorang manusia yang penakut. 

Akulah orangnya tuh. (-_-)v
Meh aku cerita masa dulu-dulu zaman nenek kebayan. Aku ni penakut sangat.
 (aku tau korang nak cakap takutlah pada tuhan)
Maaf~
Memang aku takut tapi ni satu perangai aku yang aku tak paham. 
Takut sangatnya tahap tah pape. Pergi tandas kalau malam memang tak la aku pergi sorang2.
Mesti berteman. Kalau boleh ajak masuk sekali dalam tandas.
(err adik-beradik aku pon penakut termasuk kakak aku)
Macam-macam nak dibayangnya bila dalam tandas.
Masa kecik-kecik mesti takut keluar tangan dalam toilet bowl, ada benda intai dekat tingkap lah..
errr aku sambil cerita pon sambil takut. hehe.

Kalau nak duduk dapur pon takut tau. Sekarang pon takut.
Kadang-kadang cover line panggil-panggil en.bunbun.
Dengar dia menyahut tu kira ok  lah. (jangan takutkan aku ok)

Aku kadang-kadang marah en.bunbun suka kejutkan aku tiba-tiba duk belakang aku.
Macam nak baling senduk je. @#$%^&!
Lepas pada tu aku asyik terbayang bukan-bukan je.
Rasa macam ada usha aku lah apa lah.
 Ce tak kaco awal-awal, tak de lah aku ngelabah je kat dapur.

Sekarang ni aku banyak perlu kena mesti beranikan diri. Duk dapur sorang-sorang.
Kalau tak dapur tak berasap untuk makan malam.

Korang penakut jugak tak???
Aku ni pelik. Penakut tapi suka tengok cerita seram. (sebab tu kot jadi penakut)

Eh korang marah ke aku tulis-tulis pastu potong?
Nak tau tak..
Aku kan ada lah tengok cerita zombi tajuk "The Walking Dead"
Memang seramlah sampai mimpi pon mimpi zombi. Arghhh @#$%^*?
Baru ni aku mimpi dracula pulak. Apekes? 
Babai.

Feb 25, 2012

Cara Nak Buat Scroll Box Dekat Widget

8:28 AM 2 Comments
Salam.

Post sebelumnya ada ajar pasal cara nak buat scroll box dengan cara edit tamplete. Cara tu lebih sesuai kalau nak buat scroll box untuk bloglist/archive. 

Tapi ada cara lebih mudah untuk buat scroll box. Ia sesuai dekat apa sahaja widget yang menggunakan kod html. Mesti tak sabar-sabarkan. kikiki~ 

1. Pergi ke dashboard > layout/design > add gadget/gadget yang korang nak buat scroll box tu
2. Ubah kod html korang seperti di bawah ni
<div style="width:426px;height:100px;overflow:auto; ">Letakkan kod widget korang disini</div>
Saiz width dan height boleh diubah mengikut kesesuaian dan besar mana kotak yang korang nak. Ni contoh scroll box yang aku punya untuk exchange link.Boleh tengok saiznya aku ubah sikit supaya sesuai muat2 elok je. kiki~
<div style="width:568px;height:295px;overflow:auto; "><script src="http://www.blenza.com/linkies/autolink.php?owner=pelangiisya&amp;postid=05Dec2010" type="text/javascript">
</script></div> 
Mula-mula dulu aku tak buat tapi macam semak je panjang sangat dah. (tak banyak pon follower tapi panjang menyemak jugaklah. kiki~ pe lagi follow lah. hahaha gurau je.)

Selamat Mencuba. (*-*)v


Feb 24, 2012

Cara Nak Buat Scroll Box

5:19 PM 3 Comments

Salam...


Hey you berderet you punya blog list. Tak perlu show semualah. Buat semak blog jer.
Chop chop.. kalau korang nak jugak ada paparkan semua blog tu dan nak jimat ruang, bolehlah buat scroll box. Macam aku buat dekat blog list aku. Bukan apa.. Senang aku nak pantau semua blog yang aku follow. Kuikuikui~

Mudah je caranya.

1. Intai tajuk bloglist korang. Contoh aku punya : Linkie ♥ (copy tajuk tu siap-siap)

2. Pergi ke DASHBOARD  &gt;  DESIGN  &gt; korang TICK EXPAND WIDGET TEMPLATES

3. Tekan ctrl F dan paste tajuk bloglist untuk memudahkan cari bloglist dalam html. Nanti akan keluar tajuk tu dekat dalam html yang berderet tu.

4. Dekat bawah tajuk bloglist  korang mesti ada kod dekat bawah ni  
  •  <div class=’widget-content’>
5. Gantikan kod tersebut dengan kod di bawah ni
  • <div class='widget-content' style='overflow:auto; width:220px; height:400px;'>
 (korang boleh tukar saiz kotak tu mengikut kesukaan korang)

6. Sekarang korang preview dulu, tengok jadi ke tak.
7. Kalau jadi bolehlah save.

Feb 23, 2012

Feb 22, 2012

Tutorial Buat Kotak Iklan Untuk Churp-churp

5:40 PM 2 Comments
Salam.

Hai petang-petang yang damai ni ada dapat inbox dari kakak.

"kaklang mcm mana nk buat kotak iklan churp2 byk2 mcm dlm blog ko tu?"

Aiseh semenjak ada blog bukan main lagi dia. (adoi dah ada orang yang kenal tau blog aku. Maluuuu~) So aku pon bukan pandai sangat nak terang dan tak ingat macam mana boleh terbentuknya benda alah tu dalam blog aku ni. Jalan ringkas aku buat dengan check gadget aku tu dan copy segala mak datuk html code dia. Terbentuklah macam dekat bawah ni.

---------------------------------------------------------------------------------------------

<div style="background: #FFFFFF  repeat; repeat; padding: 5px; border:2px dotted #000000; border-top-left-radius: 20px 20px; border-top-right-radius: 20px 20px; border-bottom-left-radius: 20px 20px; border-bottom-right-radius: 20px 20px;"><center></center>

<center>

<a href="http://www.churpchurp.com/pelangi0105/share/MaxisiPhone4s"><img src="http://i.imgur.com/Y3CRL.jpg" /></a>

<a href="http://www.churpchurp.com/pelangi0105/share/PETMOS"><img src="http://i.imgur.com/2RLya.jpg" /></a>

<a href="http://www.churpchurp.com/pelangi0105/share/VWTestDrive"><img src="http://i.imgur.com/AZBr8.jpg" /></a>

<a href="http://www.churpchurp.com/pelangi0105/share/UIPMI4"><img src="http://i.imgur.com/IMtoB.jpg" /></a>

<a href="http://www.churpchurp.com/pelangi0105/share/mariefrancebodyline"><img src="http://i.imgur.com/tIRBi.jpg" /></a>


<a href="http://www.churpchurp.com/pelangi0105/share/288CarSolutions"><img src="http://i.imgur.com/aWcyn.jpg" /></a>


</center>
</div>

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Ok. Caranya:

1. Pergi ke Dashboard -> Layout -> Add Gadget -> HTML
2. Copy code di atas dan paste dekat html tersebut
3. Chop2.. Ha jangan ambik bulat-bulat.
4. Tukar dulu url churp2 korang yang warna pink tu.
5. Yang warna hijau tu silalah korang tukar iklan baru. Sebab iklan aku dah berzaman tak update.
6. Warna Biru tu gambar iklan korang. Biasa dekat iklan churp2 yang korang share tu ada gambarkan. Ha copy url gambar iklan tu dan paste dekat bahagian biru tu.

*cara nak dapatkan url gambar ialah dengan klik kanan dekat gambar dan pilih Copy Image Location.

Harap sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.


Mp3 Download Free - Sudirman

10:59 AM 0 Comments
Tribute to Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad - 20 years (22 Feb 1992-22 Feb 2012)

Salam Terakhir - Download Here
Merisik Khabar - Download Here
Nilai Cintamu - Download Here
Chow Kit Road - Download Here
Antara Hujan Dan Air Mata - Download Here
Milik Siapa Gadis Ini - Download Here
Di Dalam Sepi Itu - Download Here
Saya Anak Malaysia - Download Here
Pelangi Petang - Download Here
Toyol - Download Here
Dari Jauh Ku Mohon Maaf (aidilfitri) - Download Here
Setelah Kau Tiada - Download Here
Balik Kampung - Download Here
Basikal Tua - Download Here
Jauh Di Sudut Hati - Download Here
Joget Kenangan Manis - Download Here
Ketenangan Jiwa - Download Here
Kasih - Download Here
Bila Wajahmy Ku Terbayang - Download Here
Warisan - Download Here
Jali-Jali - Download Here

-Enjoy Your Favorite Song-

Al-Fatihah to Allahyarham.

Tribute Allahyarham Sudirman

10:15 AM 0 Comments
"Engkau tiba bagaikan pelangi... Tak bercahaya namun kau berseri... Tapi cukup menghiburkan hati ini..."


Salam.

Genap sudah 20 tahun pemergian allahyarham pada 22 februari 2012. Umurnya sebaya dengan arwah ayah aku. Allahyarham Sudirman meninggal pada 22 februari 1992. Mari kita baca sedikit petikan dari wikipedia mengenai beliau.


Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagaiPenghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik MasyarakatSeniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.
Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.

Sayangnya Allahyarham tidak mempunyai cahaya mata sepanjang perkahwinannya selama 3 tahun. Tanggal 25 Mei 1984 beliau bercerai dengan isterinya Kamariah Jamaludin atau Kay.

 

Suatu ketika dulu kecoh mengatakan yang Allahyarham meninggal kerana HIV.

Kematian Sudirman dikaitkan dengan pelbagai spekulasi sehinggalah ada pihak yang membuat tuduhan kononnya beliau dijangkiti HIV.
Allahyarham sebenarnya meninggal dunia akibat penyakit paru-paru yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna selain turut dikaitkan dengan penyakit misteri.
Malah Habsah Hassan dan juga wartawan veteran Utusan Malaysia, Bahyah Mahmod antara individu yang diberi peluang menatap jenazah Allahyarham pada hari kematiannya.
Imej Jalur Gemilang begitu sinonim dengan Sudirman ketika membuat persembahan.
Kata Habsah , tubuh Allahyarham begitu kecil seperti seorang kanak-kanak. Mungkin atas sebab itulah dia enggan gambarnya dirakamkan sewaktu sedang sakit kerana tidak mahu peminatnya meratapi ujian yang dihadapi itu.
Sudirman bagaikan sudah mendapat petanda dia sebenarnya tidak boleh hidup lama. Lagu Salam Terakhir yang ditulis oleh Manan Ngah sementara lirik oleh Habsah itu menggambarkan yang dia akan pergi buat selama-lamanya.
Kemuncak kejatuhan Allahyarham dalam kerjaya seninya bermula pada 17 Julai 1991 apabila dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Tawakal, Kuala Lumpur selama empat hari selepas dikatakan pengsan akibat terjatuh.
Selepas peristiwa itu, Sudirman sukar dijejaki apabila keluarganya merahsiakan lokasi tempat beliau mendapatkan rawatan.
Selama tujuh bulan peminat tertanya-tanya ke manakah hilangnya Allahyarham, akhirnya persoalan itu terjawab apabila beliau dilaporkan meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di rumah kakaknya, Datin Rudiah Arshad di Lucky Garden, Bangsar Park.
Dalam suasana pilu, jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang.
Ribuan peminat menziarahi jenazah Allahyarham termasuklah Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Kejayaan Allahyarham dalam dunia seni sehingga berjaya mengharumkan nama negara membuatkan beliau dikurniakan pingat kebesaran Darjah Johan Mangku Negara oleh yang Dipertuan Agong pada tahun 1992 yang membawa gelaran Datuk.
Sudirman, engkau pergi meninggalkan nama bersama jasa yang akan dikenang buat selama-lamanya. Al-Fatihah. mstar

Siapa yang menonton MHI hari ini pasti akan kenal siapa itu Kenny Lee seorang berbangsa cina dan anak jati Melaka (kalau tak silap). Mempunyai suara dan gaya nyanyian menyamaai Allahyarham. Jika dipejam mata pasti kita akan menyangka yang menyanyi itu adalah Sudirman.  Minatnya sungguh mendalam terhadap sudirman sehingga mampu menghafal semua lagu milik Sudirman dengan fasih. Untuk pengetahuan semua Kenny adalah juara pertandingan Bakat Nyanyian Bintang RTM Selatan pada tahun 1988.

kenny lee, sudirman

Sekian.
Dapatkan lagu-lagu Sudirman di Sini

Feb 21, 2012

Lima Benda Yang Semua Kita Mahukan

9:36 AM 0 Comments
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya


1:wajah yang cantik

2:duit yang banyak

3:kesihatan yang baik

4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5:tidur yang nenyak tanpa ganguan

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

kata nabi saw

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat 




Feb 20, 2012

Cara Nak Letak Linkwithin

10:05 AM 8 Comments
Salam.

Cara mudah untuk menambahkan jumlah pageviews, ranking alexa,  dekat blog ialah dengan meletak widget ini. Hasilnya nanti, dekat bawah post korang akan keluar beberapa post lain yang menarik. Contoh macam dekat bawah ni.

 

Berminat?? Jom kita ikut langkah-langkahnya:-

1. Layari website ini http://www.linkwithin.com
2. Isi maklumat yang diperlukan dan seterusnya klik Get Widget

 

3. Klik Install Widget 
4. Nanti akan keluar macam dekat bawah ni. Sila pilih blog jika anda ada banyak blog dan Add Widget

  
 5. Selepas itu, drag dan drop within box dekat bawah blog post. Tengok bawah.


 6. Klik Save

 

7. Done.

Happy blogging!!! \(*-*)/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates