Mar 26, 2012

# blog tutorial

Tutorial: Tudung Bawal Versi Zaman Sekarang

Salam.

Wah wanita-wanita apa khabar semua. hik3x..

Sekarang ni macam-macam style tudung dipergayakan. Cuma tak berapa berkenan dengan yang siap bersanggul tinggi macam unta tu. Sampaikan sekarang ni aku nampak dah ada yang jual anak tudung siap toncet sanggul. Erk?

Kalau korang mengikut perkembangan semasa, tudung bawal yang telah tenggelam dengan kitaran tudung dunia kini telah kembali menggegarkan kita semua dengan kemunculannya bawal era baru. Hahaha.. ;p

Dia nak bersaing nih dengan tudung sarung, shawl, syra dan tah pape lagi. Ramai jugak golongan remaja sekarang sudah terpikat kembali dengan bawal yang macam-macam design dah sekarang.

Sekarang ni cara pakai tudung bawal pun dah pelbagai. Tak payah google-google.. Meh aku tunjuk walaupun aku guna bawal dulu kala. hikhikhik~

Cara 1:

Tutorial 1

Ini style apa nama aku pun tak tau ok. Ramai jugak yang pakai tudung style macam ni. Tapi tak taulah kalau steps yang aku buat ni sama ke tak. Meh aku huraikan supaya lebih jelas.

1. Tudung bawal tu buat jadi tigasegi macam biasa.
2. Bucu tudang biar sama panjang kedua-dua belahnya.
3. Bahagian kiri tudung dilipat dan ditarik keatas dan dipin seperti di gambar 3. Haha~
4. Ha macam ni lah rupanya bila dah pinkan macam dekat 3 tadi.
5. Bahagian kanan tudung pula kita lipat sikit menghala kebelakang.
6. Kemudian kacau (ekeke macam nak buat kuih lak) pinkan.
7. Bahagian bawah kanan tudung tu kan panjang. Jadi korang angkat dan toskan sikit dan pinkan di bahu.
8. Siap sudah. (~_^)v

Cara 2:
 
Tutorial 2
Ok cara kedua ni aku reka sendiri. Tak taulah kot-kot ada yang sama otak macam aku ada buat style yang sama. Sangat simple dan mudah je cara dia. Dia dia aku ni apa ke dia tah. Hoho. Layan je lah..

1. Pakai anak tudung tak kiralah nak beratap ke tak. Pakai tudung bawal macam biasa cuma   
    kebelakangkan  sedikit.
2. Ambil bucu tudung belah kiri dan bawak ke atas.
3. Pin bucu tudung.
4. Bahagian tudung belah kanan tu kemas-kemaskan sikit.
5. Bahagian bawah tudung kanan tu kan macam panjang. Jadi pinkan seperti di gambar nombor 5.
6. Selesai sudah...



5 comments:

  1. selepas membaca tutorial ini saya ingin mencuba berbuat demikian

    p/s: masam je muke orang ngajo tu :O

    ReplyDelete
  2. PESALLAH NAK SUSAH-SUSAH NAK MELILIT KAN TUDUNG TU, SAMPAI NAK TERCEKIK LEHER.
    PALING MUDAH, JAHIT TUDUNG TU MACAM TUDUNG SEKOLAH, PAS TU MASUK KEMUKA, KAN SENANG.
    TERTUTUPLAH BUKIT BUKAU YG ADA....:):):)

    ReplyDelete
  3. Kari: ai mula2 gambar senyum2 jugak. Pastu fikir pe kejadah aku nak senyum2. Bukan nak pikat orang pon. Cettt! haha. Kalau anda rasa anda wanita silakan.

    Orang yg tak ada pengenalan diri: fuh! susahkan lilit2. Ai kurang pintar anda nih. Jahit pon leceh jugak. Tudung sarung jer. Orang kedai dah siap jahitkan. hik3. ;p

    ReplyDelete
  4. wah...
    kind of creative jugak bile bawal pun dah bleh belit2 macam tue kan...
    menarik nie...

    ReplyDelete
  5. budak2 sekarang dah kretif. hik3.
    kretif ni tak pe asal jangan yang bukan2 suda. ^^v

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjah Mereka Pula:

Follow Us @soratemplates